Sunday, April 19, 2009

.: BILA NUR ISLAM BERSINAR -> SIRI 1:.


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu mata,tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak.Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali. " Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang -moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai.

SAMBUNGAN...

drpd ust hamzah

~JALAN ITU BUKAN MUDAH~


Semalam jumpe En Hakim (Pen. Pengurus Asrama) dengan Lela, bincang sikit pasal program yang akan diadakan di Masjid Putra pada 20 Jun 2009 ni(Sabtu) insya Allah...( Ya Allah Jadikanlah ia satu kenyataan kerana ku mahukan pelapis-pelapis untuk pendokong dakwah lahir dari golongan ini).

Terima kasih sangat-sangat pada En Hakim, beliau dah ibarat bapa kepada kami. Segala masalh berkaitan asrama dan masyarakat kolej kami kongsi bersama, terasa keprihatinan yang hadir itu bagai satu anugerah untuk kami berusaha dan terus berusaha untuk meng'ISLAH' masyarakat kolej dan sekitarnya. Dalam masa yang sama, saya ada mengutarakan kepada En Hakim tentang program yang dianjurkan oleh Aman Palestin pada 9 Mei ini. Tapi En Hakim nasihatkan saya dan Lela supaya hentikan sahaja hasrat saya itu kerana takut akan timbul masalah di kemudian hari.

Sekarang saya agak masih kurang pandai membaca senario yang berada di USIM ni, tapi ramai sahabat handai saya, guru-guru saya, ustazah saya dan sahabat seperjuangan saya sering mengatakn bahawa USIM ni, susah betul nak bawa masuk sinar dakwah...
Walaupun begitu...dalam pemerhatian dan penelitian saya, keadaan yang sukar dan agak mencabar (bagi diri saya) ni tak delah dapat menandingi kehebatan mehnah2 pada zaman Rasulullah saw dahulu. Zaman Nabi lagi susah untuk sebarkan dakwah. Alhamdulillah.. Walaupun sekatan-sekatan zahiriah ini wujud, sebenarnya ia tak menjadi penghalang utama dalam penyebaran dakwah.

Saya melihat dalam kolej Nilam Court ini, bamyak gerakan-gerakan yang ada, pelbagai u***h, banyak aktiviti luar dan sebagainya. Nampaknya agen-agen dakwah itu ada..Terima kasih sahabat seperjuangan seakidah.


Saya amat mengharapkan kalian membantu saya dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada sahabat-sahabat anda. Saya tidak kisah di mana jalan anda dan siapa anda, tapi yang penting sumbangan anda untuk mengislah kawan-kawan sangat-sangat dihargai. Kerana saya tahu, saya tak mampu untuk memantau dan menasihati semua orang walaupun itu adalah tanggungjawab saya setelah ditaklifkan sebagai Biro Pembangunan Insan.
~ ISLAH NAFSAK WA AD'U GHAIRAK~

Wednesday, April 15, 2009

..GEMPAR!..

Enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (klik di sini)
Terkejut saya semasa baca tajuk akhbar hari ini. Saya tak sangka isu ini wujud di universiti tempat saya belajar...

Sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas isu tersebut. Tapi saya sebagai pelajar U ini telah lebih maklum cerita yang sebenar berdasarkan sumber yang sohih. Saya bukan nak burukkan pensyarah terbabit, tapi saya rasa wajar bagi beliau untuk
bertindak dengan cara yang lebih baik sebagai pengamal undang-undang, bukannya senang-senang saje nak memburukkan imej universiti yang belum setahun jagung nak bina 'kewibawaan'.

Saya dapat tahu pasal 'madam' ni pun melalui kawan-kawan saya yang belajar dengannya...agak tak berapa baik kalau saya ceritakan di sini. Tapi boleh saya simpulkan yang cara pengajaran beliau agak ada 'masalah'. Apa yang saya pelik, beliau boleh membesar-besarkan isu ini yang sebenarnya adalah berpunca dari beliau sendiri.

Hakikatnya, beliau pernah mengajar di IPT lain sebelum masuk ke USIM ni, dan beliau juga turut diminta buat sedemikian untuk meneruskan perkhidmatan ke tempat lain..

Mungkin pelajar USIM kene ambil pengajaran dari 'peristiwa hitam ini'.

Sunday, April 12, 2009

~My Classmates~


ini kumpulan presentation Family Law saya (yang tengah tu Mdm haliza)

bersemangat betul Lela bersyarah..

3 April lalu~adalah hari terakhir kelas Family Law...dan kami ditaklifkan satu tugasan sebelum mengakhiri kelas kami untuk subjek berkenaan.

Yeah!kami ditugaskan untuk buat legal council by grouping..alhamdulillah..budak2 dalam group saya ni bagus & excellent termasuklah saya sendiri(angkat bakul tu)..hehe..

Ape pun sebenarnya tak sempat nak buat persiapan yang bagus sebab malam sebelum nak presentation ni ada orang kene histeria..nak dijadikan alasan..tak sempat nak kumpul point ape nak cakap masa jadi legal council..

Dapat pula client yang tiga suku tak sangka kreatif betul kumpulan yang lagi satu..kitorang guna client kumpulan lain...barulah dapat tunjuk belang masing-masing..nak kene jawab soalan-soalan client yang ntah ape2 ntah..sabar jela.....

Ape pun jadi legal council secara paksa rela ni..memberi saya sedikit sebanyak pengalaman dalam diri saya ni. Sebenarnya saya sangat suka bercakap, tetapi saya sangat sangat khuatir kalau isi percakapan saya tidak beri manfaat pada orang lain (merapu je pandai..)

Pengajaran daripada legal council:
  • melatih diri jadi berani
  • tampil kehadapan
  • yakin dengan kebolehan diri walaupun ( tak berapa pandai)
  • melatih bercakap dengan sopan walau dalam apa jua keadaan
Sebenarnya legal council bukanlah perkara asing di dengar oleh telinga saya..cuma ia perkara luarbiasa untuk saya adaptasikan..sebabnya selalunya yang terlibat dengan aktiviti ni, pelajar yang ambil course "pure law" je..saya ni tak lah macam mereka..

Tapi..bolehlah cuba lain kali...tak gitu

Bak kata pepatah
Blockquote
Belakang Parang Kalau diasah akan Tajam Jua....



Saturday, April 11, 2009

.: Sedarlah wahai diri ini..:.

Hari ini, seperti hari-hari biasa...aku masih lagi berperang dengan jiwaku yang tak tentu hala ini..jika difikir-fikir mahu saja dibuang hati ini...

kerna, kerna kehadirannya kekadang aku merasakan hidup ku ini hanya mengikut hati dan perasaan..dan bukannya mengikut aturan Tuhan..

Aku rasa ingin bebas..ingin bebas..dari kongkongan wahyu..mahupun panduan Ilahi..argh!!!itu semua SYAITAN!

tidak! hakikatnya aku perlu dan aku bergantung hanya padaNya...

Ya Allah..Engkau lah tempat aku bergantung..

Allah Maha Besar lagi Mengasihani

Petang tadi,,Allah menggerakkan aku untuk membaca buku Karangan Fathi Yakan..hakikatnya aku banyak sekali buku karangan beliau..cuma aku je yang tak nak baca..

Betapa lembut dan indah bahasa yang digunakan dalam nukilan beliau..

Ya Allah betapa berjasanya beliau..dalam menghidup dan meniup roh2 muda-mudi..
agar kuat dan teguh dan tanah menghadapi dugaan dunia yang menyimpang dan penuh pancaroba ini..

TQ Ya Sheikh...

Walaupun engkau tidak hadir sebagai mursyid ku jauh sekali menjadi murabbiku..

bahkan hakikatnya kau telah lakukan semua itu demi mengembangkan Islam ke seluruh pelosok bumi Allah ini..

JZKK Ya Sheikh...

Friday, April 10, 2009

II mulakan hidup baru II

hidup hanya sekali
peluang yang ada juga sekali
peperiksaan final juga sekali

jadi buatlah yang terbaik
kalau dirasakan kejayaan bukan untuk diri sendiri

mungkin

perlu difikir hakikatnya ia adalah hadiah
buat bonda yang sedang menunggu kepulangan kita di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...