Tuesday, June 30, 2009

Ahlan Ya Rajab

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


rujukan: iluvislam.com dan www.al-azim.com

Thursday, June 18, 2009

Isi lebih cantik dari kulitnya




Bismillah wal hamdulillah..

Malam ni, baru la dapat nak berkongsi rasa...

Tak lama lagi..akan bergelar lah diri ini senior tahun 3 Fiqh Fatwa..
Macam gah bunyinya..
Tapi layakkah aku....
Untuk bergelar mahasiswi Islam suatu hari nanti

Dengan ilmu yang ceduk-ceduk
Dengan presentation yang terangguk-angguk
Adakalanya bile berbahasa arab macam berabuk
Berbahasa english..lagilah hancus..

Baru dapat menyelami perasaan para senior yang bebetul menghargai masa belajar ini..
Pernah diingat selalu hal ini...
tapi diri yang tidak mahu merebut peluang yang ada..

Ya Allah..
Apalah yang boleh aku sampaikan kepada masyarakat di sana..
Tersalah ijtihad, dapat satu pahala..
Tapi kalau asyik salah je...
Dapat pahala ke...

Lagi 2 tahun untuk menuntut ilmu di sini...
Masih ada masa lagi untuk baiki kekurangan yang ada
Cuma kengkadang diri tak teguh dek panas..
tak tahan dek hujan..
Baru diuji sedikit dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran..
Rasa diri tidak berada di bawah lindungan Tuhan..

Ya Allah..
Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang..

La tai'asu min rauhillah...

Terus usaha..
Kata mahu jadi serikandi Islam, pemacu umat

Aii..takkan baru diuji sedikit..sudah melatah..
Malas..Bosan..Penat..Tak larat..Jemu..dan seumpama dengannya..

Sebelum nak merasakan diri itu pelajar Tahun 3 Fiqh Fatwa..
Perlu diingat ye..

Bulan depan peperiksaan..
Buat sahabat-sahabat yang ada terajin baca blog ni..saya pohon sangat pada sahabat semua, agar doakan kejayaan saya ye..dipermudahkan untuk jawab periksa..

Tarikh exam:7 hingga 9 Julai
Naik sem aje..terus exam
Exam ganti masa pospone exam tempohari (masa tu abang saya meninggal)
3 paper: Qawaid Fiqhiyyah, Malaysian Studies dan Mabahith Adillah Ahkam..

3 paper yang agak sukar untuk studi sorang-sorang..
Tapi ape boleh buat..
Terpaksa ambil juga..
Tak tahulah kali ni..dapat DL lagi atau tak..
Macam payah aje..

~harap sangat sahabat-sahabat doakan saya dipermudah untuk melalui imtihan ini~
JZKK

Friday, June 12, 2009

Jom Temuduga


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal...
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wednesday, June 10, 2009

Impian?



Alhamdulillah Segala Puji Hanya UntukNya..

7 Jun 2009

Dapat juga sertai riadhah Pembina baru-baru ni, walaupun kami dari USIM dua kerat je..dapat juga menyambung silaturrahim dengan pelajar-pelajar UIA..seronok sangat dapat bertemu dengan adik-adik tu..

Dalam usia yang muda, dah punyai kesedaran bagaimana untuk menyumbang sesuatu untuk Islam..saya? umur sebegitu masih di awang-awangan ingin menggapai cita-cita dunia saya...

Pagi itu, sebelum kami beriadhah, selingan tazkirah menyerikan dan memberkati lagi riadhah kami..Kami diingatkan tentang Mukmin Qawiyy..

Disebutkan dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Mukmin yang terbaik adalah mukmin yang kuat, bukan mukmin yang lemah.

Dalam tazkirah ini, diingatkan tentang penjagaan kesihatan badan, tuntutan jasmani dan rohani, juga didedahkan tentang peranan Pembina dalam masyarakat kini. Bukanlah untuk memperjuang nama Pembina, tapi ingin menjulang kembali syariah Islam..walaupun pada dasarnya tampak dangkal dan seperti tidak percaya..inilah dia salah satu usaha yang kecil yang dibuat oleh banyak orang agar Islam kembali menjadi perlembagaan pertama di seluruh dunia.

Seronok dapat sama-sama bermain: main badminton dan piring terbang.....

8 Jun 2009

Jumpe Puan Roslizawati. Hantar paper work. Terima kasih kak munirah. Banyak sangat membantu saya. Banyak beri dorongan dan tunjuk ajar pada saya yang sememangnya cetek ilmu dalam bidang pengurusan.

9 Jun 2009

Alhamdulillah..Dapat lebih mengenali Asiah, Nurul, dan sudah tentunya sahabat Nurul: Hafizah..Juga dapat menyambung silaturrahim dengan Kak Zila. Beliau dari Perlis. Mahu memperkenalkan anak buahnya, Najwa. Alhamdulillah..Moga ukhuwah antara kita semua tiada penghujungnya...

Dan yang paling best~balik rumah pada hari tersebut..

Dan bersyukur sangat Ya Rabbi...paper work lulus! Masya Allah..ini semua berkat dorongan dan sokongan kak Munirah...dan sahabat-sahabat yang lain(nampaknya kene belanja mereka ni..)

Minggu depan...akan balik ke Nilai(betul-betul balik) untuk persediaan menyambut adik-adik degree...

Ahlan ahlan ya akhawati...

Sunday, June 7, 2009

Saturday, June 6, 2009

Sijil Diploma kene lelong?

Ya Allah! Terkejut bila dapat panggilan dari Pak cik Azhar (pak cik guard dekat hotel nilam..glamour kan nama pak cik ye..)..

Beliau mengesahkan betul ke panggilan yang dibuat ni..alhamdulillah..betul. Rupanya ada berita yang mengejutkan! Beliau beritahu saya yang sijil diploma saya ada kat tong sampah. Tong sampah? Tong sampah?? Huahua..biar betul..terkejut bercampur tak percaya..

Kebetulan, memang saya nak balik nilam pun..dan bila sampai..terus sapa Pak cik Azhar..dan bertanya tentang sijil tersebut..Ye! Memang betul..sijil saya..

Ya Allah..syukur ya Allah..mujurlah pak cik Azhar yang jumpa..kalau lori sampah? dah lama dah dibahamnya...(mak aku tahu ni..sumpah seranah la aku dapat)..(*_*)

Ini kalau mintak keje dah dapat dah tau..membebel pak cik azhar pada saya..lepas ni berhati-hati sikit..jangan tinggal sembarangan dokumen yang penting..

Baru teringat..macam mane telah dibuang orang..rupanya..sijil ni simpan dalam kotak. Kotak tu letak kat surau...ha..akhirnya mak cik cleaner..bersihkanlah surau tu termasuk kotak tu sekali..

Alhamdulillah..

p/s~sayangi harta anda...(^_^)

Thursday, June 4, 2009

Sampai Bila?? (ii)

Alhamdulillah..

Buat masa ni, dah kekeringan idea nak post pasal ape..sebab tak jumpa sape-sape, melainkan keluarga yang tercinta..

Cume nak meluahkan kepenatan melalui rintangan yang tak berduri semasa pergi ambil cek tempohari...

Subahanallah..penat tak terkira..
Mulanye mak nak temankan, tapi tak bagi mak temankan, sebab kesian kat mak, nak bersusah payah berkorban kerna aku..(biasalah sindrom anak bongsu.apa2 aje, kena tanye bonda)..

Jadinya, yakinkan mak, nak balik nilai dan ajak kawan yang free tak buat apa-apa kerja..

Alhamdulillah...mak izinkan..

Tanya kawan-kawan, semuanya bizi, bizi jadi ajk c-fest, bizi dengan kelas, poket bocor dan sebagainya..Nak tak nak..kenalah pergi jugak..takkan nak lepaskan je cek tu..

Nak dapat duit zaman sekarang ni, bukannya senang, sendiri pun poket bocor, tak dapat nak tanggung orang..sikit-sikit belajar infaq, insya Allah..(^_^)

Nak dijadikan cerita, pergilah juga ke JAIS di Shah Alam, yang jauh berbatu-batu dari Nilai..
Perjalanan yang agak membosankan, sambil-sambil tu bacalah buku..helai demi helai dibaca, tapi tak sampai-sampai..kepala dah berpinar..mata dah nak terlelap..

Dalam ktm, duduk sebelah seorang perempuan bersama anak beliau..anaknya sangat comel..pandai speaking english..muka chinese look..tapi emaknya..tak macam cina pun..tak pe..(tinggalkan sebentar kisah ini)

Alhamdulillah..
Sampai di KTM Shah Alam lebih kurang jam 11.45 pagi..terus rush ambil cab..minta pakcik hantar ke JAIS..alhamdulillah..tak de lah mahal sangat..RM 5 je..(tak macam dari Batang Benar ke Nilam Court RM 8..padahal tak de la jauh sangat).

Sesampai je kat JAIS, dah macam rusa masuk bandar..tercongok-congok..ke hulu, ke hilir...kat tempat yang sama..ada JAIS dan PPZ dan ape entah lagi..hehee

Terus cari pintu JAIS, dan naik ke tingkat yang berkaitan...tingkat 2.sampai aje..pintu pejabatnya dah kunci..alamak!dah lunch hour pulak ke? sedih betul...terpaksalah...membazir masa lagi...carilah surau..tak kan nak pegi lunch jugak? kat tempat orang tak biasa..sanggup tahan lapar..

Punyela lama nak tunggu zohor...huahua..boring betul...nak bersembang dengan makcik cleaner..diorang punye muka aje, dah tau penat..takkan nak diajak borak...

Alhamdulillah...dipendekkan cerita, Allah kirimkan seorang kakak yang bekerja di JAIS..apelagi berkenalanlah dengan beliau..terima kasih ye (nadihah dan atikah)..kakak la sangat, rupenye muda lagi..praktikal kat situ..mereka dari UDM..perkenalkanlah diri yang dhaif ni dan tujuan ke sini..

Rupa-rupanya..ada satu lagi yang saya tak duga..dapatlah bertemu dengan xYDP yang sebatch dengan saya..Ust. Nazar..wahwah..tak sangka pula..sedang praktikal di sini..Dalam keresahan dan kegelabahan yang bersarang di dalam hati ini, sedikit sebanyak dapat la dikurangkan juga..sebab jumpa dengan orang yang dikenali...dan yang bestnya..ambil cek tu kat tempat Ust Nazar praktikal..lagilah senang..takde la macam mula-mula sampai..tak de arah tuju..kaunter pertanyaan pun tak nampak..Alhamdulillah..dah dapat cek tu...

Tiba-tiba, kegelabahan tadi menyelubungi semula diri ini..Alamak..dah cuak dah ni..nak naik ape balik ni..dah la tak nampak bus stop kat JAIS ni..huahua..sedih kembali...macam mana nak pergi ktm balik ni....

Tak pe..kuatkan diri..buat cam berani aje..saya pun meneruskan la langkah kaki yang longlai lagi takut ni..berjalan la kaki mencari bus stop..manala bus stop kat bandar anggerik ni..tak nampak pun..jauh dah berjalan..x nampak satu bumbung bus stop pun..dari bangunan JAIS tu (da la depan masjid negeri)..saya da berjalan sampai la kat ne ha...nampak macam SACC mall...hmph...muka dah macam udang bakar..panasnya..tapi lebih baik panas dari hujan...

Kenal SACC mall pun sebab pernah duduk Shah Alam kejap (rumah mahfudzah..ape khabar la beliau sekarang..) Ok diteruskan cerita..nak tanya orang kat mana boleh ambil cab..takkan nak tanya sembarangan..ha..beli air mineral la kat stall tu...sambil-sambil tanya la pakcik yang menjual air tu..rupa-rupanya..jalan sikit je lagi..di belakang hotel ape entah..adalah PKNS...ha kat situlah...saya ambil cab..memang tau pun kat PKNS tu ibarat pusat la kat Shah Alam...tapi nak katanya...perjalanan yang punya la berbatu-batu (batu kerikil), tak jumpa walau sebiji bus stop..huahua..

Terus ambil cab nak ke ktm Shah Alam...muka dah masam mencuka dah..abang teksi ni nak buat lawak pulak! Tanya saya dari mana nak ke mana. Saya kata dari JAIS nak ke ktm. Dia kate nak kahwin ke? Ke nak mintak cerai? Wa ewah...asal pergi jabatan agama aje, itu je la sebabnya..yang lawaknya lagi boleh pulak dia cakap saya ni hakim syarie..(apela..takkan hakim syarie nak naik teksi). Saya mengadu la mengatakan perkhidmatan teksi kat bandar anggerik ni tak best langsung..disebabkan die tau saya penat berjalan..die ajelah yang berceloteh lebih-lebih..dah tak larat nak layan..

Di ktm! ha..jumpe lagi dengan si comel yang pandai speaking tu..saya pun tegur la ibunda beliau..huhu..speaking jugk tu..(berlagak sikit..)..rupa-rupanya..mak budak ni..indonesian..dan berkahwin dengan lelaki berbangsa Cina.patutla anak dia muka macam cina...Allah..tak sangka...saya tak sampai hati nak tanya si ibu beragama apa...tapi saya yakin pasti si dia beragama kristian..Ya Allah..beristighfar saya...

Sampai di KTM Batang Benar..KTM yang menakutkan...nila stesen yang akan saya berhenti setiap kali pulang ke nilai..ramai mat indon..mat bangla..mat nepal..mat myanmar..Allah..menakutkan...takut ada apa2 yang buruk terjadi..alhamdulillah.."niat keluar kena baik baru selamat di perjalanan"..pinjam pesanan dari kakak ipar ku...

Alhamdulillah..akhirnya sampaila ke hotel nilam court..yang sesuke je nak keluar masuk..(habis la kalau en hakim tahu..jangan marah ye..)

Naik aje..rumah yang tingkat 4 tu..kunci pulak!ish..sabar ajelah...dah la tak de kunci..kenalah tunggu ahli bait pulang...

~Ape2 pun bermula detik keluar nya saya dari rumah hingga melangkah kembali masuk ke pintu rumah itu, ade beberapa ibrah yang saya perolehi:

i-sebenarnya saya takut sangat nak pergi sorang, tapi saya fikir2..takkan saya nak biarkan aje (cek tu)..kaitannya dalam hidup saya..saya mesti berprinsip dan berpendirian tegas..walaupun tiada yang ingin bersama saya untuk teruskan langkah kaki mencari yang haq (saya ibaratkan cek tu macam perkara yang haq)..saya tetap kena teruskan..saya yakin Allah pasti bersama saya..

ii-dalam rasa kegelisahan yang amat mendalam tadi..tak putus-putus saya memohon Allah..tunjukkanlah jalan..peliharalah saya di perjalanan..supaya saya pulang dengan selamat..takut-takut bila sedar aje dah ade kat Thailand ke..Burma ke...tak ke naya..kaitan dalam hidup saya..Allah tempat pergantungan yang paling tinggi..

iii-harap pada orang..saya kalau boleh memang ada berharap pada teman-teman untuk menemankan saya di perjalanan..tapi..semua ada hal..takkan nak tunggu juga..saya paling tak suka orang tunggu saya..saya tunggu orang??(kene fikir nak jawab ape..)...
Kalau dikaitkan dengan dunia dakwah..takkan nak tunggu aje musuh-musuh Islam membaham umat Islam..ayuh!kene pantas anak-anak!jangan berlengah lagi!

~Terima Kasih Ya Allah..HambaMu yang hina ini masih lagi dapat menghirup udaraMu dan mengecapi nikmat iman dan Islam~

Tuesday, June 2, 2009

Peringatan Buat Hamalatul Quran

Sahabatku para penghafal al-Quran,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat di sebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat lelaki ajnabi tanpa urusan yang mengharuskan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik yang akhirnya melalaikan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan lelaki tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Barakallahu fikum…




credit to: saidhawwa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...