Saturday, March 20, 2010

Sodomy...

Bismillah wal hamdulillah...
Akhirnya dapat juga tajuk u reseach proposal..
dan saya nak berkongsi dengan sahabat2 yang tersinggah kat sini...

tajuk yang disepakati:
"Differences between sodomy, rape and zina according Islamic View and the punishments in Malaysia"
panjang betul tajuknya..kalau madam dapat ni..kene cut la tajuk ni nampak gayanya..
untuk mempermudahkan readers sebenarnya

Perbezaan Antara Liwat dan Zina

Liwat dengan zina adalah dua perkara yang berbeza, di mana liwat didefinisikan sebagai memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur lelaki yang lain. Manakala zina pula adalah memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan. Maka dengan itu, hukuman liwat adalah tidak sama dengan hukuman zina, kerana di antara keduanya terdapat perbezaan dari segi fakta dan definisi yang telah disebutkan di atas.

Hukuman Untuk Peliwat dan Orang Yang DiLiwathi

Dengan demikian, telah jelas bahawa liwat tidak sama dengan zina. Sekaligus, hukumannya juga berbeza dengan hukuman zina. Namun, kedua-dua hal tersebut termasuk kategori hudud, bukan jenayah (jinayat), ta'zir mahupun qisas. Apatah lagi mukhalafat. Selain itu, mendatangi wanita pada duburnya, tidak disebut sebagai liwat. Bahkan perbuatan tersebut juga, tidak dinamakan liwat. Ini kerana, perbuatan yang dikategorikan sebagai liwat bukan sekadar memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur, akan tetapi ia adalah hubungan kelamin lelaki dengan lelaki sahaja, tidak perempuan, walaupun seorang lelaki tersebut telah mendatangi seorang wanita melalui dubur. Ia tidak dianggap sebagai meliwat wanita tersebut, kerana liwat hanya melibatkan hubungan kelamin antara lelaki dengan lelaki sahaja. Maka hukuman yang akan dikenakan kepada lelaki yang mendatangi wanita melalui dubur adalah ta'zir, bukannya hukuman hudud sebagaimana hukuman hudud bagi liwat.

Oleh yang demikian, Khalifah atau Qadhi, wajib menjatuhkan hukuman ta'zir kepada pelaku-pelaku yang telah melakukan hal tersebut-(mendatangi wanita melalui dubur)-dengan hukuman yang menyakitkan, sehingga hukuman itu dapat menebus kesalahan yang telah ia lakukan, di samping mencegah pelakunya daripada mengulanginya semula. Ini kerana, fungsi hukuman (`uqubat) dalam Islam adalah sebagai pencegah (zawajir) dan penebus (jawabir).

Islam telah menetapkan bahawa hukuman liwat adalah bunuh, sama ada pelakunya belum berkahwin (ghair muhshan) ataupun yang telah berkahwin (muhshan). Sesiapa saja yang telah terbukti melakukan liwat, maka ianya dihukum bunuh. Dalilnya berdasarkan sunnah dan ijma' ash-sahabah. Dari Ibnu `Abbas r.a berkata; Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wa Sallam bersabda;

"Barang siapa yang kamu jumpa, yang mana ia melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, maka bunuhlah keduanya." [ HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmizi]

Inilah dalil yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wa Sallam di dalam hadisnya bahawa hukuman liwat adalah bunuh kedua-duanya. Manakala dalil yang ditunjukkan oleh ijma' ash-sahabah adalah kesepakatan para sahabat untuk membunuh pelaku liwat, sama ada yang belum berkahwin mahupun yang telah berkahwin. Hukumnya tetap sama iaitu bunuh. Ijma' Ash-Sahabah juga merupakan dalil syarak sebagaimana Sunnah. Dalil syarak yang disepakati oleh ulama ushul fiqh (ushuliyyun) hanya 4 sahaja iaitu;

1. Al-Quran Al-Karim

2. As-Sunnah An-Nabawiyyah Al-Muthahharah

3. Ijma' Ash-Sahabah

4. Qiyas Asy-Syar'iyyah

Imam Baihaqi telah mengeluarkan hadis, dari `Ali Bin Abi Thalib r.a bahawa beliau merejam pelaku liwat. Hadis lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi, dari Abu Bakar r.a bahawa beliau mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan kes liwat. Di antara para sahabat Rasulullah itu, yang paling tegas pendapatnya adalah `Ali Bin Abi Thalib r.a. Beliau mengatakan;

"Liwat adalah perbuatan dosa yang belum pernah dilakukan oleh umat manusia, kecuali satu umat yakni kaum lut sebagaimana yang telah kamu ketahui. Dengan demikian, pelaku liwat mesti dibakar dengan api."

Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad, dari bapanya, dari `Ali Bin Abi Thalib r.a selain dari kisah ini berkata;

"Rejam dan bakarlah dengan api."

Imam Baihaqi juga mengeluarkan hadis, dari Ibnu `Abbas bahawa beliau ditanya tentang hukum hudud bagi pelaku liwat, maka beliau r.a berkata;

"Jatuhkanlah dari atas bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, kemudian hujanilah dengan lemparan batu."

Diriwayatkan dari `Ali Bin Abi Thalib r.a bahawa beliau membunuh pelaku liwat dengan pedang, kemudian membakarnya, disebabkan besarnya dosa liwat ini. `Umar r.a. dan Othman r.a. berpendapat;

"Pelaku liwat dilempari dengan benda-benda keras sehingga mati."

Semua ini adalah pendapat dan tindakan para sahabat dalam melaksanakan hukuman bagi pelaku-pelaku liwat iaitu dibunuh, walaupun uslub pembunuhannya berbeza-beza. Namun demikian, hukumannya tetap dibunuh, sama ada direjam, dipancung, dilempar dari bangunan yang tinggi dan berbagai lagi uslub yang boleh digunakan untuk melaksanakan hukum bunuh ke atas pelaku-pelaku liwat.

Hukuman hudud liwat dapat dijatuhkan dengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengan sendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat dengan bukti syar'ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelaku liwat adalah kanak-kanak, orang gila atau dipaksa dengan pemaksaan yang sangat, maka ia tidak dijatuhi had liwat. Persoalannya jika seorang itu mendakwa diliwat dengan cara paksa, maka kita perlu mengkaji pengakuannya, adakah pemaksaan yang bersifat mengancam keselamatan anggota atau nyawa (ikrahul mulji')? Kalau tidak ini bermakna bahawa dia sebenarnya merelakan dirinya diliwat. Hukum orang yang mengaku liwat ini adalah dibunuh, dan kepada peliwat yang dituduhnya jika dia mengaku maka dia dihukum bunuh juga atau yang diliwat tadi berjaya membuktikan dengan 2 orang saksi mata, sekiranya gagal berbuat demikian, maka tambahan hukuman takzir kepada orang yang mengaku diliwat kerana mencemarkan nama orang lain. Hanya dalam sistem kapitalis sahaja pengakuan seks boleh dijadikan skandal untuk membunuh karier orang lain


credit to:www.mykhilafah.com/fikih/832-skandal-liwat-negara-malaysia

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...