Friday, August 27, 2010

Rintihan Ramadhan



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, August 15, 2010

Khilafah..amr ijtihadi atau asl hukm?


Bismillah wal hamdulillah..

Terima kasih ya Allah masih lagi member i peluang kepada ku untuk mengecap nikmat ramadhan untuk hari yang ke 3 ini..

Alhamdulillah..

Hari ini ada pembentangan bertajuk KHILAFAh..tajuk ini di bawah subjek Fiqh Dusturi..tajuk yang sangat seronok untuk dibincangkan..dan pembentang hari ini ialah Khairul Azhar..bagus juga cara dia membentang..

……………………………….

Seusai sahaja pembentangan beliau..ust Aunurrahim..menimbulkan persoalan..

“Adakah khilafah ini daripada aslu al-hukm atau daripada perkara ijtihadi?”

Jawapan kepada persoalan ini membawa kepada jawapan fardhu ain atau fardhu kifayah terhadap muslimin untuk mencapai khilafah.

Ustaz Aun sangat suka Tanya pendapat saya (perasan)..tapi seronok juga..ade juga lecterure yang kenal saya..tentang persoalan husin..

“Apakah yang dimaksudkan tentang fardhu ke atas setiap muslim dalam mencapai khilafah?”

Justeru..ustaz beri peluang kepada saya untuk menjawab..

Apa pun..sebenarnye saya tahu saudara husin arif akan jawapannya..beliau memang suka Tanya soalan yang beliau tahu jawapannya..mungkin mahu sahabat2 lain tahu apa yang beliau tahu..dan itulah wasilah nya..(ijtihad saya)

Apa pun saya suka dapat berkongsi apa yang saya tahu..tentang kefardhuan khilafah itu..

Saya jawab: “Untuk mencapai khilafah adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam..selagi tidak ada khilafah di atas muka bumi ini..maka selagi itulah ketanggungjawaban dan kefardhuan ke atas setiap muslim berusaha ke arah itu..”

“ma la yatimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajib..”

One of qaedah fiqhiyah yang berkaitan dengan perkara ini..

Dan saya berkongsi dengan sahabat2 saya..one of maksiat di muka bumi ini ialah tiada nya khalifah..bukanlah maksud maksiat itu sekadar berzina, mencuri, berbohong..dan apa yang saya faham dengan maksud maksiat ialah apa2 sahaja yang menyalahi perintah Allah, maka dikategorikan sebagai maksiat. Maka nya tiadanya khilafah di muka bumi ini adalah one of maksiat yang dibuat oleh kita..kerana apa?kerana tak mendaulatkan atau tak meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan..

……………………………………….

Tapi ustaz tak komen pun pandangan saya..mungkin nak test ape fikrah yang saya ada..he3

Tak kesah la ustaz..

………………………………………

Seterusnya..masuk pula pada isu kedua..isu berbangkit..isu minggu lepas..ustaz bertanyakan pendapat kami..mana satu yang benar antara 2 konsep ini..adakah:

Islam itu agama…atau islam itu agama dan Negara..

Ustaz berpendapat Islam itu agama…dan ustaz menyuruh kami mencari hujjah2 jika kami menyokong Islam itu agama dan Negara…

………………………………………..

Saya pun sebenarnya tidak tahu mana satu konsep yang paling tepat..

Tapi bagi saya Islam itu agama dan Negara…

Islam tidak dapat dipisahkan antara agama dan Negara..kedua2 nya saling memerlukan..

Negara adalah one of aspect in Islam, yang Islam titik beratkan..

Saya tahu..dalam seerah Rasul saw..baginda menyebarkan dakwah Islam tanpa tertubuhnya Negara Islam madinah pada waktu itu..mula2..Rasul saw sebarkan dakwah sorok2 (tanpa Negara)..kemudian..terang2an(tanpa Negara juga)..kemudian berpindah ke madinah..dan di situlah terbinanya Negara Islam yang pertama di muka bumi ini..dan penyebaran dakwah Islam lebih luas (ada Negara)..

Bermakna..adanya Negara dalam penyebaran Islam lebih menguntungkan pihak Islam..

Em..saya pun tak dpt kupas perkara ini dengan baik..mungkin tunggu next lecture ustaz by next week..

……………………………………..

Proposal maseh tak siap lagi..ya Allah kuatkan mindaku..bantu daku untuk berfikir secara tajam..n_n



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Monday, August 9, 2010

satu cinta



Best pula lagu ni..tengah sakit2 kepala..boleh release..

hanya Allah tempat bergantung
dan satu-satunya tempat untuk mengadu masalah
dan satu-satunya sumber inspirasi dan kekuatan :)

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, August 8, 2010

Tetamu ku di tahun ini..




Bismillah walhamdulillah..

Terima kasih Allah masih memberi peluang nikmat iman dan Islam dalam hidup ini..

Walau bagaimana keadaan sekalipun, Engkau tetap memelihara ku

Sakit kepala sangat2..xtahu disebabkan memikirkan hal apa..banyak betul perkara dalam kotak pemikiran ini..sampai kadang2 xtahu mana yang harus diselesaikan dulu kerna memikirkan semuanya penting2 dan urgent2 belaka…

Hingga ke saat ini..sekalimah perkataan untuk proposal tesis pun masih belum mmpu dikeluarkan oleh minda ku ini..Allah..

Teringat pesan seorang sahabat ketika di darul Quran dahulu..beliau kata jika kita ada banyak perkara yang perlu diselesaikan..selesaikan dengan tenang dan satu2..ibarat meletakkan pinggan-mangkuk kaca di atas raknya..jangan campak saja..habislah pinggan-mangkuk tu semua pecah berderai nanti..hem..samalah dengan masalah yang ada…jika diselesaikan dengan gopoh gapah..takkan selesai juga.

-------------------------------------------

Dalam masa yang sama..terfikirkan pula huquq akhawati..janji akan adakan halaqah malam ini ba’da Isya’…tapi sempat ke..petang ini mahu bertolak ke Senawang,..nak bincang pasal ihya ramadhan untuk adik2 KRIM..


Untuk ramadhan kali ini..same2 la tambah iman dan amal...ganjaran di bulan Ramadhan sangat banyak..1 amalan sunat bersamaan 70 x ganda amalan fardu..kan ke banyak tu..:)




~walau badan dan akal penat, namun jiwa ini merasai kepuasannya..



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Saturday, August 7, 2010

Pulasan vs Rambutan

Baitul Muslim : Satu Dialog


Dialog ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana individu,
sama ada yang hidup atau yang telah pergi.
Sekadar berkongsi pandangan untuk pertimbangan pembaca.


Soalan: Boleh ke Ikhwah Kahwin Dengan Bukan Akhawat?


Ikhwah A: Ana rasa boleh je. Jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Kalau telah ditakdirkan dengan bukan akhawat, nak buat camne?


Ikhwah B: Mana boleh camtu. Betul jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Tapi di mana usaha manusia? Cukup dengan berserah saja? Memang Allah telah mentakdirkan jodoh kita, tapi manusia berikhtiar mencari jodohnya yang sesuai.


Ikhwah A: Bukan akhawat pun orang Islam jugak. Takkan tak boleh? Bukankah telah cukup syarat utama dalam hadis Nabi s.a.w. supaya pilih agama wanita tersebut untuk berkahwin?


Ikhwah B: Yang tu Islam secara umum. Islam belum tentu beriman. Iman pun tengok dulu tahap keimanan. Jika Islam sahaja, tapi imannya kurang, lebih baik pilih akhawat. InsyaAllah imannya lebih ok berbanding dengan bukan akhawat.


Ikhwah A: Kalau bukan akhawat ni kuat imannya, agamanya, ana rasa tiada masalah. Lagi senang kita ajak dia ke arah dakwah.


Ikhwah B: Enta boleh jamin ke tiada masalah? Enta yakin ia senang diajak ke arah dakwah? Ana yakin biar kuat agama sekalipun, belum tentu ia faham tugas dakwah. Berbanding dengan akhawat, ia sudah faham akan tugas dakwah. Jadi, insyaAllah, tak payah ajak ke arah dakwah. Akhawat dah memang faham tugas dakwah dan lakukan dakwah.


Ikhwah A: Kalau macam tu, sampai bila dakwah nak berjalan? Macam mana kita nak ajak bukan akhawat jadi akhawat? Bukankah kahwin dengan bukan akhawat ni salah satu usaha dakwah ke atas mereka?


Ikhwah B: Banyak lagi cara dakwah yang lain. Mengapa difokuskan kepada kahwin sahaja? Jika boleh dakwah pada isteri sekalipun, ia komponen yang kecil, hanya seorang sahaja. Kita nak dakwah ramai orang. Dakwah ni memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Isteri yang bukan akhawat, yang tak faham dakwah dah tentu komplen jika si suami yang mengorbankan masa dan tenaga kerana program dakwah. Dah tentu konflik akan berlaku.


Ikhwah A
: Sebab itu persefahaman penting. Si suami perlu memahamkan si isteri yang bukan akhawat ni. Jika berbincang, insyaAllah tak berlaku konflik.


Ikhwah B: Konflik dan perbincangan itu pun dah ambil masa untuk diselesaikan. Sedangkan tugas dakwah kita makin banyak. Ini bukanlah membantu tugas dakwah si suami. Bahkan merencatkan lagi program dakwah si suami.


Ikhwah A: Dengan konflik dan perbincangan tu la yang akan mematangkan hidup dakwah si suami. Hikmah suami diperlukan dalam mendidik isteri yang bukan akhawat.


Ikhwah B: Enta ni serius ke nak buat tugas dakwah? Enta nak ke dakwah enta terjejas hanya kerana mengambil hati isteri yang bukan akhawat? Berapa ramai ikhwah yang akhirnya menyesal kerana mangambil bukan akhawat. Mulanya amat yakin untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat. Tapi, apa yang jadi? Si suami sibuk melayan karenah isteri. Bila dakwah nak berjalan apabila rumahtangga tak bahagia?


Ikhwah A: Enta boleh jamin ke berkahwin dengan akhawat akan bahagia? Tak semestinya. Kebahagiaan terletak pada kebijaksanaan si suami mengendalikan rumahtangga dan ketaatan si isteri. Jika bukan akhawat tu seorang yang taat pada perintah suami, dah tentu bahagia jugak. Si suami pun akan senang buat kerja dakwah.


Ikhwah B: Benar, berkahwin dengan akhawat belum tentu bahagia. Tapi majoriti yang berkahwin dengan akhawat, mereka bahagia dan lagi senang buat kerja dakwah sama-sama. Buat kerja dakwah sama-sama kan lebih bahagia? Cuba enta fikir, enta lebih suka yang mana satu: Akhawat yang meyokong dan membantu kerja dakwah enta atau pun bukan akhawat yang belum pasti membantu bahkan merencatkan lagi dakwah enta?


Ikhwah A: Kenapa kita “rigid” sangat? Seolah-olahnya kahwin dengan bukan akhawat tak boleh langsung. Jika si suami tu ikhlas mendidik si isteri untuk menjadi akhawat, dah tentu si isteri akan faham dakwah dengan izin Allah.


Ikhwah B: Bukan masalah “rigid”. Ia adalah fakta. Berdasarkan pengalaman ikhwah lain, kebarangkalian untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat adalah rendah. Bahkan berlaku sebaliknya apabila kebarangkalian ikhwah tu pula meninggalkan medan dakwah adalah tinggi. Ana tak menafikan keikhlasan si ikhwah mendidik isteri yang bukan akhawat. Cuma kita perlukan pengalaman ikhwah terdahulu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.


Ikhwah A: Ana berkeyakinan bahawa yang bukan akhawat boleh dididik ke arah dakwah selepas perkahwinan nanti, insyaAllah.


Ikhwah B: Ana tak dapat menghalang pilihan enta jika niat enta ikhlas. Ana mendoakan supaya enta diberi kekuatan untuk mendidik bukan akhawat. Cuma ana terfikir, jika ramai ikhwah berkahwin dengan bukan akhawat, siapa pula yang akan berkahwin dengan akhawat? Jika dapat suami yang bukan ikhwah, apakah nasib akhawat nanti untuk melakukan kerja dakwah?


Belum tentu akhawat dapat menjalankan kerja dakwah. Bahkan menjadi bebanan akhawat pula untuk mendidik si suami yang tak faham dakwah. Lebih teruk lagi, si suami yang bukan ikhwah ni akan menghalang tugas dakwah si akhawat ni. Na’udzu billah…


Bukankah ini menjadi satu kesalahan kepada ikhwah kerana berkahwin dengan bukan akhawat? Ikhwah membiarkan akhawat dikahwini bukan ikhwah menyebabkan tugas dakwah akhawat terhenti sedangkan dakwah tu wajib. Cuba renungkan.


Ikhwah A: Akhawat tu boleh saja menolak pinangan bukan ikhwah. Akhawat ada hak.


Ikhwah B: Bagaimana kalau bukan ikhwah tu adalah pilihan keluarga? Bukankah bapa akhawat tu wali mujbir yang boleh memaksa akhawat tu untuk berkahwin dengan bukan ikhwah?


Ikhwah A: Ia bergantung kepada kebijaksanaan akhawat untuk mengelakkannya. Sebagai bapa, sudah tentu ia menanyakan persetujuan akhawat tersebut. Tak guna bapa tu paksa jika hati anaknya tak bahagia.


Ikhwah B: Sampai bila akhawat tu nak menunggu? Tunggu ikhwah lamar, tak lamar-lamar pun. Takkan nak tunggu sampai jadi andartu? Akhawat pun seorang manusia yang inginkan sebuah rumahtangga.


Ikhwah A: Kan ramai lagi ikhwah yang akan melamar akhawat…


Ikhwah B
: Jika semua ikhwah berfikiran begini, ana pasti banyak tugas dakwah & jamaah terbantut hanya kerana perkahwinan. Tugas dakwah ikhwah terbantut kerana berkahwin dengan yang bukan akhawat. Tugas dakwah akhawat pula terbantut kerana berkahwin dengan bukan ikhwah. Ini sangat membimbangkan.


Ikhwah A: Kita perlu fikir dari sudut positifnya… Ikhwah dapat berdakwah kepada isteri yang bukan akhawat. Akhawat pula dapat berdakwah pada suami yang bukan ikhwah. Jika peranan ini terjadi, ana yakin kerja dakwah & jamaah akan berjaya.


Ikhwah B: Mudahnya berbicara dengan teori sedangkan praktikalnya belum pasti begitu. Ini masalah perkongsian hidup hingga ke mati. Bukannya masalah macam bola. Boleh ditendang sana ditendang sini.


Ikhwah A: Emosi betul enta ni. Bagi ana, nak kahwin dengan akhawat ke, bukan akhawat ke, terpulang pada ikhwah. Jika seseorang tu yakin bahawa kahwin dengan bukan akhawat boleh membentuk rumah tangga Muslim, ana rasa tiada masalah. Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan kita dapat membentuk 100% rumah tangga Muslim. Kenapa meletakkan kesalahan pada ikhwah hanya kerana tidak berkahwin dengan akhawat?


Jika akhawat berkahwin dengan bukan ikhwah, kesalahan bukan terletak pada ikhwah. Kesalahan terletak pada akhawat tu sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapa dan tidak menyatakan pilihannya sebenar. Ibu bapa juga bersalah kerana tidak memilih lelaki yang beriman sebagai pasangan hidup akhawat tersebut.


Ikhwah B
: Benar, ana tak jamin 100%. Tapi ana jamin 200%. Cuba lihat surah At-Taubah ayat 71. Lelaki beriman menjadi penolong kepada perempuan beriman dalam dakwah. Jika lelaki beriman tak tolong, apakah nasib perempuan beriman dalam dakwah nanti. Perkahwinan adalah salah satu pertolongan kepada akhawat untuk melancarkan kerja dakwah.


Ikhwah A: Ayat tu betul tapi tiada dalil jelas ikhwah wajib berkahwin dengan akhawat. Cuba lihat surah An-Nuur ayat 26 pulak. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Di kalangan bukan akhawat pun ada juga yang baik, punya kesedaran agama. Di kalangan bukan ikhwah pun ada yang baik dan beragama. Cuma kesedaran dakwah perlu diterapkan. Enta tak boleh nafikan ayat ini.


Ikhwah B
: Nampaknya perbincangan kita dah jauh. Apa kesimpulan kita nak buat sekarang? Enta masih berpegang dengan hujah anta. Ana tetap berpegang dengan hujah ana.


Ikhwah A: Kesimpulan ana ialah… Dalam dakwah, berkahwin dengan akhawat adalah digalakkan. Takde la sampai wajib berdasarkan hujah ana. Namun, janganlah kita menafikan ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat. Jika ikhwah tersebut berkahwin dengan bukan akhawat, tetapi peranan dakwah & jamaah masih berjalan lancar, ana rasa no problem, go on. Bukan berkahwin dengan akhawat tu wajib tapi dakwah tu yang wajib.


Ikhwah B: Kesimpulan ana pula ialah… Ana merasakan berkahwin dengan akhawat tu adalah perlu untuk menjalankan dakwah bersama-sama. Lebih baik berkahwin dengan wanita yang sudah biasa dengan dakwah berbanding dengan yang belum ada pengalaman dakwah.


Ikhwah A: Kalau macam tu, apa kata ikhwah kahwin dua-dua sekali? Kahwin dengan akhawat dan bukan akhawat. Ikhwah berpoligami. Macam mana? Bagus tak idea ni?
Ikhwah B: Bagi ana, takda halangan. Lelaki ada kuota sampai empat, hehe… Tapi tengok juga pada kemampuan ikhwah tu.

Ikhwah A: Tapi akhawat rela ke?


Ikhwah B: Sebagai akhawat, mereka perlu faham dengan hukum Allah. Bukan masalah rela atau tidak. Mereka tak boleh halang poligami. Jika itu kehendak suami dan suami mampu serta masih meneruskan tugas dakwah, no problem.


Ikhwah A: Jadi enta setuju la kahwin dengan bukan akhawat? Haa… Kantoi. Tadi cakap lain.


Ikhwah B: Dari sudut poligami, ya, ana setuju. Yang penting mesti ada akhawat.


Ikhwah A: Wah, hebat enta ni! Nak kahwin dua pulak… Hehe…


Ikhwah B: Kita ni dah ke tajuk poligami ni. Dah jauh tersasar dari topik sebenar. Eh, bukan ke enta ada test esok?


Ikhwah A: Ha’ah. Tak perasan la pulak. Syukran ingatkan ana.


Ikhwah B: Itulah sibuk cerita pasal kahwin. Test pun tak ingat.


Ikhwah A: Untuk masa depan, hehe.. Enta pun apa kurangnya. Exam tak lama lagi, sibuk berhujah pasal kahwin. Mana ada dalam silibus subjek course enta?


Ikhwah B: Sama-sama la kita, untuk masa depan. Silibus ada, dalam silibus hidup


Wallahulam

artikel ini di ambil dr http://kausar.org/200811/bm





tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...