Tuesday, February 22, 2011

Allah sedang berbicara denganmu..

Beratnya terasa jiwa pada hari ini..berat kerna masalah bertimpa2, atau berat kerna memikirkan hal ehwal anak2 mutarabbiku..atau berat kerna memikirkan tanggungjawab untuk membentangkan taklifat pada petang ini..

Berdebar2 nya rasa hati ini..berdebar dengan keputusan anak mutarabbiku..berdebar juga untuk pembentangan petang ini. Walau bagaimanapun..debaran petang ini tidak sekencang debaran penangan anak mutabbiku..apa2 pun..semuanya membuatkan jiwa ku ini tidak duduk diam tenteram tiada sakinah seperti sebelum2 nya..(T_T)

Ya Allah..perkuatkanlah jiwaku perkukuhkanlah jiwaku..ku harap sangat2 bantuan sisipan dari mu Sang Pencipta ku..hanya Engkau sahajalah sumber kekuatan ku ini..

……………………………………

Tiba2..pegawai yang memberi taklifat itu memohon untuk menunda pembentangan kami..ke suatu masa yang tidak diketahui bila la pula masanya..

Ya Allah..seronok nya rasa jiwa..seolah2 telah terjatuh satu batu dari pundak ini..

…………………………………..


Teringat pula episod malam tadi (x dapat mendatangkan diri ke mesyuarat mukhayyam PEMBINA)..ya Allah..maafkan diriku akhawat semua..tentu saja akhawat semua dah tak tahu nak selesaikan macam mana lagi masalah aku ini..

Macam2 pula mehnah yang dilalui..


Difikir2 memang aku nak pergi ke mesyuarat itu..tetapi hati ini sebenarnya tidak mahu menimbulkan kekusutan dan pertelingkahan hati dengan kekandaku…

Allahu rabbi peliharalah hubungan kami adik beradik peliharalah tali persaudaraan antara kami….

Aku tetap jua menyayangi kekandaku juga rakan2 seperjuanganku..



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Jernihkan niatmu, pasti saja bantuan Allah mengirimu.


Bismillah wal hamdulillah…ape khabar semua para pembaca maya? Moga sentiasa dalam rahmat dan inayahNya. Moga sentiasa memacu hala tuju hidup untuk mencapai redhaNya. Moga2 juga tulisan ini mampu untuk melonjakkan hati orang2 yang beriman untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

……………………………................

Di suatu petang yang hening, (seolah2 cuaca petang itu menyokong dan meneman aku untuk meneruskan perjalananku), aku telah merancang untuk menghala laluanku ke arah selatan, apa la lagi tujuan ku melainkan untuk bertemu saudara2ku di sana untuk saling ingat-mengingati, berpesan2 untuk mengingati Allah Sang Pencipta alam ini. Seperti biasa, sebelum kaki ku ini melangkah keluar dari teratak kekanda ku, pasti saja kekanda ku akan menyapa ku dan mengingatkan aku apa sebenarnya tujuan aku ke sana.


Seringkali beliau mengingatkan aku bahawa aku tidak akan dapat apa2, tidak ada bayaran dunia untuk ku ke sana, lantaran aku masih belum mampu untuk menyara diri sendiri.

Soalan demi soalan menerjah ke arah diriku “Sebenarnya..apa yang kau buat ni, nak perform pada siapa? Nak tunjuk pada siapa? Apa yang kau nak perjuangkan sangat?? Hari2 ada usrah..orang lain usrah sebulan sekali aje..aishh..”

“Allah..tidak mampu aku untuk menjawab soalan yang bertubi2 ini..”getus hati kecil ku..

Ya Allah..thabbit qalbi ya Allah..

Bahkan kekanda ku pernah berkata kepada ku, mungkin kamu nak bayaran di akhirat kan, saham di akhirat. Ya! Sahut ku sambil ketawa..tapi jauh di sudut hati kecil ku..mahu saja aku meraung sekuat2 hatinya..

………………………………........

Sore itu, sebelum aku melangkah keluar dari teduhan itu..kakak ipar ku mengajak aku untuk menjamah nasi. Demi memelihara hubungan kami dan menjaga hati mereka…aku pun bersama2 menjamu selera..ikutkan hati kecil ini..baik saja aku pergi cepat2..tanpa perlu aku berteka-teki, bermonolog sendirian..

Di meja makan itu…bersama2 kami menikmati nasi arab berlaukkan kambing..hidangan yang sememangnya enak, dirasakan kesat sahaja melalui esofagusku..kekanda ku masih lagi tidak berhenti mengusik ku (mengusikkah @memerlikah@mengujikah..tak tahu mana satu yang betul)..mengatakan jika mahu jadi orang dalam masyarakat..terus sahaja jadi ketua..tidak usah payah2 untuk jadi kuli katanya..

Em..nampaknya kata2 itu umum tapi bermaksud khusus ditujukan kepadaku..(jangan jadi kuli katanya)..

………………………………

Wahai sang tubuh yang mempunyai sekeping hati ini…adakah sepanjang kamu mengikuti tarbiyah ini, kamu merasakan kamu hamba kepada saudara2 kamu, hamba kepada mutarabbi kamu atau pun hamba kepada masulah kamu??

Aku tidak pernah merasakan aku hamba kepada mereka..bahkan adakah masulah ku juga disama ertikan juga sebagai hamba dan aku adalah tuannya..kerna suatu ketika dahulu..masulah ku pernah melakukan apa yang aku lakukan sekarang..adakah pengorbanan mereka kepada ku, aku ertikan bahawa mereka ialah hambaku??oh!!tidak sama sekali..

Aku jadi begini kerna tarbiyah itu mengajar aku kesusahan mencari sinar hidayah, tarbiyah mendidik diriku bahawa pengorbanan seseorang yang mampu mendekatkan diri saudaranya kepada Sang Pencipta akan mendapat ganjaran yang besar di sisiNya..iya! ia boleh diibaratkan bahawa mereka yang Berjaya mendekatkan atau menyedarkan saudaranya lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.

…………………………..

Kali ini, aku harus lebih berhati2 dan memelihara halaqah ku..halaqah yang nadinya bersambung dengan Sang Khaliq..aku tidak mahu pisang berbuah untuk kali keduanya, aku mahu mendidik mereka seolah2 mereka adalah anak2ku, adik2ku, juga saudara2ku yang amat aku cintai dalam perjuangan Islam ini. Aku tidak mahu mutarabbiku mengalami futur (kelesuan) dan kemunduran. Aku tidak mahu, akulah penyebab mereka futur disebabkan lemahnya doronganku terhadap mereka. Maafkan diriku akhawati.

Jika aku membiarkan mereka goyah, bererti aku telah memberikan gunting kepada setannya untuk memotong tali ikatan antara aku dan mereka.

Jika aku tidak mampu untuk mendapatkan gunting itu hingga tidak bisa mengejutkannya, maka setan merasa puas bila hanya dapat berpegangan pada ujung tali itu dan setan terus berupaya untuk membukanya sedikit demi sedikit.

Allah..sungguh syaitan itu tidak akan melepaskan orang2 yang mengejar cinta Ilahi..

Ia adalah gambaran kepada kita agar kita bersikap waspada dan dapat menghidarinya melalui ungkapan berikut:

“Sesungguhnya berbagai keluhan itu muncul kerana kerosakan sejak permulaannya. Barangsiapa yang benar permulaannya maka benarlah kesudahannya dan barangsiapa yang salah permulaannya maka bisa jadi dia binasa”.

………………………….........

Sesungguhnya, apa yang dimaksudkan dari kejernihan permulaan itu adalah niat yang baik dan cita2 yang tinggi.

Al-Buhturi menggambarkan bahawa niat itu bebas daripada hawa nafsu, cita2 dan kepentingan, tidak diperbudak oleh material, tidak pula oleh kecantikan wanita, serta tidak pula diperhamba oleh kedudukan maupun cita2 peribadi.

Dorongan yang memotivasi da’I sama sekali tidak timbul dari keinginan peribadi dan tidak pula dari kepentingan duniawi, melainkan setiap gerak dan diamnya hanya mengarah untuk meraih pahala ukhrawi.

Demikianlah hal yang telah dilakukan oleh orang2 saleh terdahulu…dan seharusnya juga dilakukan oleh para da’ie hari ini. Insha Allah biiznillah.

…………………………………………

Ya Allahu rabbi..luruskanlah niatku..jangan biarkannya dicemari dengan kekeruhan kerna akan terjadi kegoncangan dalam hati dan kekacauan tanpa ada ketenangan.

Ampunkan diriku ya Allah..

Pegangilah hatiku, bimbinglah setiap gerak langkahku tutur kata ku..

~’Abdullah ibnu Mubarak berpesan:

“Banyak amal kecil yang menjadi besar kerna niatnya dan banyak amal besar yang menjadi kecil kerna niatnya pula..”



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Wednesday, February 2, 2011

Jangan mengalah, nanti dikau alah..

Bismillahirrahmanirrahim..

~permulaan bicara yang biasa aku tuturkan setiap kali ruang ini disingkap…entah kenapa hari ini hari yang tersangat tidak memberi makna pada diri saya..saya tak tahu di mana silap saya..sehinggakan hati kecil ini bertalu2 bertanyakan soalan yang sama..mengapa ni? Kenapa jiwa tidak tenteram sahaja?

…………………………………………

Minggu ni di tempat praktikal saya, kebanyakan staf di sini mengambil cuti untuk sama2 manfaatkan masa bersama keluarga tercinta, lantaran kebanyakan budak sekolah diberi cuti sekolah seminggu walhal baru sahaja memulakan sesi persekolahan selama seminggu.

Sebenarnya..saya sendiri tidak tahu apa yang perlu dikongsi di laman ini..

Hakikatnya banyak yang ingin dikongsi, tapi tidak tahu mengapa bila saat ia dicetuskan ia tidak mahu keluar bak air yang mengalir..(mungkin tersekat dek batu batan yang semakin membesar) (T T)

Mode: sabar je la orang yang bekerja boleh amek cuti..bebudak praktikum terkuntang kantingla datang juga untuk melunaskan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pelajar. Ye. Pelajar yang mendamba redha Ilahi juga mendamba markah dari para penyelia.

………………………………………..

Kehidupan saya di saat ini sangat baik, Cuma kadang2 saya masih belum puas dengan ape yang saya kecapi hingga ke saat ini..Selalu saya terfikir2….kenape la kehidupan orang yang tidak bergelumang dalam ilmu agama dan persekitaran yang soleh lebih baik kekuatan imannya amalnya qudwahnya juga pemahaman Islamnya..

Isu ini ditimbulkan dalam Bengkel Penguasaan Bahan Masulah baru2 ini..saya amat suka dan setuju dengan jawapan Dr Fadhilah Shaari. Beliau mengatakan mereka yang termasuk di dalam golongan ini mempunyai jiwa yang halus, ye sensitive barangkali dengan isu2 keagamaan dan sangat menitik beratkan sesuatu perkara yang baru dipelajari (especially berkaitan dengan Islam), serta menggenggam erat2 pemahaman tersebut. Hal ini jauh berbeza dengan mereka yang sudah terbiasa dengan persekitaran yang soleh dan biasa dengan ilmu2 agama..sehinggakan tahap sensitive dalam jiwa mereka seolah2 tercabut dari dlm jiwa mereka..Saya tidak menafikan wujudnya situasi ini dalam diri saya suatu ketika dahulu..Saya dibesarkan dalam keluarga yang baik, juga menitik beratkan soal agama, disekolahkan di sekolah agama, hingga bila memasuki alam kampus juga dibayangi dengan suasana ‘biah solehah’..saya menyedari perkara ini berlaku dalam diri saya apabila saya menceburkan diri dalam tarbiyah (dalam erti kata sebenar).

~Sebagai contohnya; kami pelajar pengajian Islam..sudah biasa dengan hukum hakam, ayat al-Quran dan hadis2..hatta kuliah kami setiap hari akan berkisar tentang perkara itu sahaja..fenomena ini telah membuatkan sebahagian daripada kami memandang bahawa usrah itu tidak perlu dan tidak penting kerana tentunya perkara yang sama akan dibincangkan jua di dalam usrah.

Hakikatnya tidak semua asbab nuzul, sirah2 di sebalik ayat juga pengajaran tersirat dari hadis kami ketahui. Ilmu ma’ani tersebut tidak dipelajari di dalam kuliah2 melainkan kami bertuah memiliki guru2 yang menyedarkan hakikat ini. Ironinya, di dalam usrah sesi perbincangan itu berlaku lebih daripada membincangkan ilmu..sehingga akhirnya boleh merubah seorang manusia dari baik kepada yang lebih baik.

~Contoh yang lain, hal ini dialami sendiri oleh diri saya…Saya perlu menulis dengan begitu berhati2 sehingga tidak menghiris hati sesiapa pun..Begitu jugalah pengalaman dalam kehidupan saya..sepanjang sesi praktikal berlangsung, saya menumpang berteduh di rumah kekanda saya yang sangat baik hati dan bertimbang rasa untuk mengizinkan saya tinggal bersama keluarganya.(Pengalaman yang cukup baik untuk belajar bagaimana menguruskan rumahtangga setelah bekerjaya) (^_^)

Apa yang pro tentu juga ada kontranya…walaupun kekanda saya merupakan seorang ustaz juga seorang imam di salah sebuah masjid di area wilayah ini, kekanda saya tidak membenarkan saya untuk keluar berkunjung ke usim…bagi menziarahi adik2 saya..tetapi disebabkan diri saya yang suka berdegil dan keras kepala ini, akhirnya saya Berjaya juga ke usim sana bagi melunaskan tanggungjawab saya dengan mutarabbi kerana mereka adalah amanah dari Allah untuk saya.

Pernah suatu ketika, sebelum saya bersalaman dengan kekanda saya (masa tu nak pergi usim), beliau sempat menuturkan kata2 yang sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam di dalam hati saya…

Kau nak tahu tak, kalau arwah bapak masih hidup ni, dia pun tak kan benarkan kau keluar sesuka hati je tau!”gertak kekanda saya..

Dengan tidak semena2 mutiara2 jernih merembes bercucuran dari mata saya, dan saya cuba menenangkan diri saya yang di saat itu sudah pun berada di dalam kereta. Saya mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan jiwa saya yang bergetar2..

Dan banyak lagi teguran sinis dan sarkastik..tapi dikuatkan jua keinginan hati.

Alhamdulillah..Allah bagi kekuatan..tapi saya perlu bijak mengatur langkah, mengambil hati, menolong ape yang patut sekiranya kami ada masa untuk bersama2.

Sesungguhnya saya amat menyayangi beliau kerna saya tahu kenapa beliau tidak membenarkan saya ke sana atas alasan keselamatn saya sebagai seorang adik perempuan beliau. Ye, satu2 nya adik perempuan yang beliau ada.(bangga juga tapi ada juga baur2 kekecewaan)

Ironinya di sini…itulah dia antara situasi apabila sesuatu golongan manusia telah ter’biasa’ dengan kehidupan syari’e..merasakan tidak peri pentingnya usrah dan tarbiyah itu..

Apapun, saya kena kuat hadapi perkara ini, tabah dan cekal jua berpendirian teguh dengan prinsip yang dipegang.

Ayat inilah yang akhirnya memotivasikan diri saya semula, firman Allah dalam kitab agungNya:

قل إن كان ءابآءكم وأبنآءكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمرهوالله لا يهدي القوم الفاسقين (24)

Bermaksud: “Katakanlah: Jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah Allah sampai memberikan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 fasiq.

Surah Taubah: 24




tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...