Slm alayk kepada sahabat2 yang ada tersinggah ke laman ni..nak minta sikit pertolongan..rajin tak untuk komen picture promote ni..kalau ada ape2 kekurangan..sila2 la beri cadangan..
Komen2 anda sangat2 dihargai..tq
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Bismillah walhamdulillah.. slm alayk semua.. lama sangat dah tak ter'up date' blog nye
Terima kasih buat sahabat2 yang doakan kesejahteraan saya..terutamanya Ustazah Zaimah, Ummu Naufal, Radhiah, Maryam dan juga sahabat2 yang lain.
Very appreciate to my akhawats..sedikit sebanyak meringankan beban saya.. Alhamdulillah..dapat ganti handfone kak ira.. Dan sangat sedih sebab dah hilangkan duit untuk bayar yuran.. (mak dah tak percaya nak bagi duit banyak lagi..)
Dunia..dunia..
dan saya nak bawa satu hadis yang memberi kesan di jiwa saya sewaktu pertama kali saya membacanya..
Muaz bin Jabal (ingat tak kawan2 siapa muaz ni..ya..beliau adalah sahabat yang diutus Rasulullah ke Yaman..dan peristiwa yang berlaku dalam hadis tu jadi dalil harus berijtihad dengan aqal..)
bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
"Wahai Rasulullah! Beritahulah kepada saya suatu amalan yang boleh memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari api neraka"
Nabi bersabda:
"Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. (Nabi memuji soalannya dan mengagumi kefasihannya). Ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah. iaitu dengan menyembah Allah, tidak menyekutuinya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan menunaikan haji ke Baitullah"
Nabi kemudian bersabda lagi:
"Mahukah engkau aku tunjukkan pintu2 kebajikan?(cara pendidikan yang berjaya dan menarik minat penuntut)..Puasa adalah perisai. Sedekah boleh memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Begitu juga solat di tengah malam"
Nabi pun membaca: ayat sajadah 16-17 تتجافى جنوبهم hingga habis ayat 17. (saya memang tersentuh dengan ayat ni, boleh kata ayat fevret)
Nabi bersabda lagi:
"Mahukah kamu aku tunjukkan kepala segala urusan, tiang dan kemuncaknya?"
Muaz menjawab:
"sudah tentu mahu, wahai Rasulullah!"
Nabi bersabda:
"Kepala segala urusan ialah Islam. Tiangnya adalah solat. kemuncaknya adalah jihad."
Nabi bertanya lagi:
"Mahukah engkau aku beritahu penguasa segala perkara? dan jawapannya, Nabi memegang lidahnya seraya bersabda:
"Kamu mesti menahan ini (lidah)".
Muaz berkata:
"Wahai Nabi Allah! Adakah kami akan diambil kira dan dihukum kerana apa yang kami ucapkan?"
Baginda menjawab:
"Moga ibu kamu kehilangan kamu (ungkapan ini lahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Muaz tentang perkara seumpama ini). Bukankah manusia dihumban ke dalam api neraka di atas muka mereka melainkan kerana tuaian lidah mereka?"
~Resolusi:
Bila baca hadis ni, dapat renew iman dan niat... * dapat cek semula apakah amalan yang mendekatkan ke syurga, menjauhkan diri dari neraka.. * apakah pintu2 kebajikan * apakah maksud kepala urusan, tiang dan kemuncaknya * apakah sebaik2 amalan kebajikan selepas amalan fardhu * kepentingan menjaga lidah
p/s: untuk kupasan lanjut hadis ke 29 ini, ikutilah entry akan datang.. dalam fatrah mengingat hadis..^^
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Tidak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaan saya waktu ini..
Ini adalah ujian Allah untuk saya buat kesekian kalinya..
Tanpa diduga tentulah juga tidak disangka..
Cermin kereta saya pula dipecahkan..(kejadian ni berlaku kat Masjid Bandar Baru Nilai, ye..masjid dekat UIA, antara jam 7.40 malam hingga 8.10 malam, 13 April 2010)
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Bagi saya ujian ni cukup besar..kereta saya baru sahaja dibaiki akibat kemalangan yang baru sahaja menimpa saya..
Baru seminggu kereta saya berada di hadapan mata saya..
Tapi Allah berikan saya ujian..
Pertama kali saya Nampak berdekatan kereta saya..ada serpihan kaca..saya fikir..
Habislah tayar kereta ni..pancit kang…macamna saya boleh park kat sini..
(Masih tak sedar cermin seat belakang dah pecah)
Bila masuk kan telekung dalam kereta..masih termangu2..mana beg saya..eh..
Kenapa ada permata2 kecil bertaburan..
Ya Allah..rabun betul..tingkap kereta kena pecah..
Habis semua beg kene curi..Ya Allah…Ampunkan dosa2 ku..
Habis semua hilang; IC, lesen, duit, handfon kak ira, 2 handfon saya yang rosak, kad bank, buku bank..
SEdihnya..
Saya nak balik putrajaya sebenarnya..memandangkan rindu pada orng tua..
Asal dapat jumpe budak2 kecik jadilah..
Untuk mengubat rindu kat kampong..dan yang penting nak ubat rindu pada mak..
--------------------------------------------
Saya memang nak pulang..saya rimas duduk kat nilam..
Serabut..assignment saya baru sahaja siap petang tadi..
Jadi saya amek keputusan hantar semua asgnmnt tu dalam jam 6 petang tadi..
Dan selepas itu…
Saya nak balik rumah abang saya di putrajaya…
Memandangkan sewaktu saya bertolak dari kampus hamper waktu maghrib…
Saya pun singgah ke masjid..nak solat maghrib..teringat peristiwa exsident hari tu
Antara sebabnya..terkejar2 nak cepat..nak solat..
Jadi, saya solat dahulu
------------------------------------------
Di masjid, ada kuliah maghrib, disampaikan oleh Ust Asmeng..pensyarah yang mengajar saya
Jadi, saya tertarik untuk mendengar kuliah tu..
Nak mengubat kelukaan hati..
-----------------------------------------
Tiba2..hati saya terdetik..
Macamane agaknya kalau kereta kena pecah
Kat sapa la nak ngadu..
Kat sini tak de sape saya nak beritahu masalah saya..
Oh..ust asmeng…
--------------------------------------
Selepas itu..saya pun keluar masjid…
Sebab fikir..malam semakin larut..takkan saya nak tunggu makin malam nanti
Bahaya pula..
Sorang2 nak pergi rumah abang lukman..
Dan setelah itulah…
Segala2 bermula…Allah..Allah..Allahu Akbar..
-----------------------------------
Ya Allah Ya Aziz Ya Ghafar..
Ampunkanlah hambaMu ini..yang sering tidak lepas dari berbuat dosa
Setelah kejadian ini..aku menangis..
Memikirkan..apakah dosaku..
Sehinggakan Allah menguji aku begini..
Aku harap..ujian Allah ini..menjadi kifarah dosaku..
Ya Allah…
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan ketentuanMu
Jadikan aku hamba yang sabar dengan ujianMu
Aku tahu di sana ada hikmah yang tersembunyi
Aku mohon pada Mu ya Allah…
Permudahkanlah aku hadapi kesemua dugaanMu ini
Dengan hati yang ikhlas dan sabar..
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
ilmu dan iman daripada tergelinciryang membawa kepada bid'ah atau
kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah
dan petunjuk.
Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang
telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman.
Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:
(Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).
Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad
Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:
(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-
balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).
Credit to:muqaddimah al-munthalaq
Pagi semalam saya dan beberapa sahabat saya telah menghadiri meeting Pembina kawasan USIM dan UIA..dalam meeting tersebut kami telah merancang aktiviti terdekat yang akan dijalankan juga aktiviti sepanjang semester hadapan..
Alhamdulillah..beberapa aktiviti telah dibincangkan dan mencapai kata sepakat akan mengadakannya untuk semester hadapan..
Berat mana sekalipun tugas ini..jika benar2 diaplikasikan makna amal kolektif itu..insya Allah..pasti di sana ada rasa keringanan lebih2 lagi pergantungan kepada Yang Maha Besar..
Dalam keserabutan memikirkan tugas2 yang bakal dibuat..terdetik di hati.. ya Allah..betapa teruknya aku jika hanya pandai berkata tapi tidak dilaksana..ya Allah..malunya aku pada Allah..
Selesai sahaja perbincangan kami..kami dihadiahkan dengan sebuah tazkirah dari ukhti rina..sangat2 terkesan di hati yang tandus ini..sangat menghargai peringatan itu..seolah2 its direct to me!
Ukhti rina mulakan dengan kata2 dari muaz bin jabal..(siape muaz bin jabal??(saya ada baca sedikit tentang hayat nya..beliau di Islamkan di tangan Mus’ab Umair..dan beliau juga termasuklah dalam hadis yang saya belajar di kuliah, hadis tentang harus berijtihad dengan aqal..)
Apa kata muaz? Marilah kita duduk sebentar, marilah beriman sejenak..
Kata2 yang sangat rendah diri..sedangkan beliau merupakan orang yang akbar (pastinya banyak contribute u Islam)..
Jadi..kita ni bukanlah di kalangan alim ulama’..maka lebih2 lagilah kita kene beringat selalu..
Ukhti rina mengingatkan kami bahawa kerja yang kita semua lakukan ini..bukanlah kerja yang mudah..bukan senang..ini adalah PROJEK BESAR..iaitu nak capai USTAZIYATUL ALAM>ISLAM SEBAGAI GURU SELURUH ALAM..iaitu Islam memerintah dunia ini..
Kami diberi analogi:
“berapa lamakah kita mahu membuat persiapan kenduri perkahwinan yang hanya akan berlangsung lebih kurang 4 jam sahaja??jawapannya..paling kurang dlam 6 bulan…”
“maka jika kenduri itu yang hanya akan berakhir selepas 4 jam pun mmerlukan masa persiapan selama 6 bulan..lebih2 lagi lah kerja untuk menjadikan Islam memerintah dunia..selama2 nya..tentu memerlukan masa yang sangat panjang, hingga beratus2 tahun..sedangkan rasulullah juga tidak hidup dan merasa kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyah (adakah betul dalam pemikiran saya ini??) …
Jadi, kita juga perlu mencontohi Rasulullah..mungkin juga kita tidak akan merasa kegemilangan Islam..tapi cukuplah kita dah berusaha ke arah itu..
Oleh itu..kita perlukan RIJAL2 sebagai persiapan untuk membangunkan projek mega ini..
Dan sebagai panduan:
Apa yang penting adalah NIAT YANG IKHLAS…
Kita perlukan pengorbanan..korban masa,tenaga,harta, nyawa..dan apa2 sahaja yang menghalang dakwah ini..
Dan bila Allah beri ujian pada kita..jangan bersikap lemah..tapi hadapi dengan sabar, tabah dan yang penting hadapi sebaik2nya..dan jangan FAIL dengan ujian Allah ini..
Yang kedua perlu ada dalam diri kita: HIMMAH ‘ALIAH (semangat yang tinggi); tak boleh jadi jika kita ikhlas sahaja hadapi semuanya tapi tak bersemangat pun…sebagai contoh: dalam peperiksaan..kita kata kita belajar ikhlas kerana Allah..tapi bila peperiksaan..kita fail..ni x boleh jadi..
Kami juga ditanya tentang apakah MALAPETAKA YANG PALING DAHSYAT yang berlaku pada seorang daie…
Ada yang menjawab futhur..malas..panjang angan-angan..
Tapi jawapannya..adalah masa lapang..bagi seorang daie..beliau tak akan ada masa lapang..masa yang ada pasti diguna untuk dakwah..dan sangat khuatir jika masa lapang itu akan melalaikan meraka…
Faiza faraghta fan sab…(surah insyirah)
Membawa mafhum..bila kamu dah selesai suatu urusan..maka tetaplah kamu bekerja keras..
Jika dilihat dalam konteks sebagai seorang pelajar..bila kamu dah selesai peperiksaan kamu (tak lama lagi exam), maka kamu tetap kena bekerja keras, berusaha untuk terus berjaya..
Dan dalam konteks sebagai daie dan pelajar..bila kamu dah selesai sesuatu urusan..kamu tidak boleh melupakan tugas yang menanti kamu di hadapan sana..(exam..dakwah..)
“AKADEMIK BUKAN NO. 1, TAPI DAKWAH BUKAN NO.2”
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN…
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...