Wednesday, May 5, 2010

Pintu Kebajikan dan Jalan Hidayat

Bismillah walhamdulillah..
slm alayk semua..
lama sangat dah tak ter'up date' blog nye

Terima kasih buat sahabat2 yang doakan kesejahteraan saya..terutamanya Ustazah Zaimah, Ummu Naufal, Radhiah, Maryam dan juga sahabat2 yang lain.

Very appreciate to my akhawats..sedikit sebanyak meringankan beban saya..
Alhamdulillah..dapat ganti handfone kak ira..
Dan sangat sedih sebab dah hilangkan duit untuk bayar yuran..
(mak dah tak percaya nak bagi duit banyak lagi..)

Dunia..dunia..

dan saya nak bawa satu hadis yang memberi kesan di jiwa saya sewaktu pertama kali saya membacanya..

Muaz bin Jabal (ingat tak kawan2 siapa muaz ni..ya..beliau adalah sahabat yang diutus Rasulullah ke Yaman..dan peristiwa yang berlaku dalam hadis tu jadi dalil harus berijtihad dengan aqal..)

bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

"Wahai Rasulullah! Beritahulah kepada saya suatu amalan yang boleh memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari api neraka"

Nabi bersabda:

"Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. (Nabi memuji soalannya dan mengagumi kefasihannya). Ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah. iaitu dengan menyembah Allah, tidak menyekutuinya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan menunaikan haji ke Baitullah"

Nabi kemudian bersabda lagi:

"Mahukah engkau aku tunjukkan pintu2 kebajikan?(cara pendidikan yang berjaya dan menarik minat penuntut)..Puasa adalah perisai. Sedekah boleh memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Begitu juga solat di tengah malam"

Nabi pun membaca: ayat sajadah 16-17
تتجافى جنوبهم hingga habis ayat 17.
(saya memang tersentuh dengan ayat ni, boleh kata ayat fevret)

Nabi bersabda lagi:

"Mahukah kamu aku tunjukkan kepala segala urusan, tiang dan kemuncaknya?"

Muaz menjawab:

"sudah tentu mahu, wahai Rasulullah!"

Nabi bersabda:

"Kepala segala urusan ialah Islam. Tiangnya adalah solat. kemuncaknya adalah jihad."

Nabi bertanya lagi:

"Mahukah engkau aku beritahu penguasa segala perkara? dan jawapannya, Nabi memegang lidahnya seraya bersabda:

"Kamu mesti menahan ini (lidah)".

Muaz berkata:

"Wahai Nabi Allah! Adakah kami akan diambil kira dan dihukum kerana apa yang kami ucapkan?"

Baginda menjawab:

"Moga ibu kamu kehilangan kamu (ungkapan ini lahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Muaz tentang perkara seumpama ini). Bukankah manusia dihumban ke dalam api neraka di atas muka mereka melainkan kerana tuaian lidah mereka?"


~Resolusi:

Bila baca hadis ni, dapat renew iman dan niat...
* dapat cek semula apakah amalan yang mendekatkan ke syurga, menjauhkan diri dari neraka..
* apakah pintu2 kebajikan
* apakah maksud kepala urusan, tiang dan kemuncaknya
* apakah sebaik2 amalan kebajikan selepas amalan fardhu
* kepentingan menjaga lidah


p/s: untuk kupasan lanjut hadis ke 29 ini, ikutilah entry akan datang..
dalam fatrah mengingat hadis..^^


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...