Monday, April 25, 2011

Nostalgia..24 April 2009

24 April 2011..pada tarikh ini..genaplah 2 tahun pemergian arwah kekandaku..

Bila dimbas kembali detik sepanjang hayat nya..pasti tidak akan ku lupakan..

Seorang abang yang suka menyakat adiknya nan seorang..

Seorang abang yang suka cari pasal..

Seorang abang yang memang suka cari gaduh juga..

(rasanya..ini adalah kali terakhir kami bergambar bersama arwah..)

……………………………

Sewaktu aku mendapat berita ketiadaannya di alam fana ini..aku sedang menghadiri mesyuarat PEMBINA di rumah ukhti rina..yang pada waktu itu, aku baru sahaja mengenali ukhti rina..

Beberapa miss call dari abang lukman tidak ku sedari..(membuatkan beliau marah je dengan sikap ku ini)

Aku menyedari adanya pesanan ringkas masuk ke handset ku..

Terus2an aku mencucurkan air mataku saat itu juga..dan aku terus menunjukkan pesanan ringkas (mamat dah meninggal) itu kepada ukhti maryam..

Tidak dapat ku lupakan saat itu..

Aku menangis tidak berhenti2..bercucuran aku di situ..

Fikiranku terawang2..tidak dapat focus lagi pada isi mesyuarat malam itu..

……………………………..

Ukhti hazleen terus sahaja menghantar ku pulang ke asrama..

Aku berlari2 anak..cuba menenteramkan diri sendiri..

Sampai sahaja di pintu rumah ku..terus sahaja aku menangis teresak2 dan memeluk kak ira..

Memberitahu bahawa abangku sudah pergi menyahut panggilan Ilahi..

Aku ditenangkannya..(esoknya..walimah husna [aku minta tolong kak ira bungkuskan hadiah tu] dan minta berikan kepada lela)

Terima kasih banyak kak ira (buatkan surat untuk tangguh exam semester itu) dan kawan2 yang lain yang banyak membantu diri ini secara tidak langsung..

Aku berkemas2..takut2 abang lukman datang,tapi aku tak siap lagi..

……………………………..

Siap sahaja aku masuk ke kereta iswara hitam abang lukman..terus sahaja abang lukman berkongsi cerita detik2 kematian mamat..

Aku lihat mata abang lukman..sedikit berkaca (menahan tangis mungkin) sewaktu bercerita..

Yang sedihnya..waktu mamat menghembuskan nafasnya yang terakhir..tiada siapa di sisinya..

Hanya dirinya sendiri yang bertarung dengan malaikat maut..

Entah lah bagaimana rasanya kan..

Jika kekasih Allah pun direnggut nyawanya dengan begitu lembut..tetap juga merasai kesakitannya..apatah lagi kita yang manusia biasa ini..Allah..

………………………………

Sesampai sahaja di rumah..

Bila kaki ku melangkah sahaja masuk ke rumah..ku lihat sekujur tubuh terbaring di ruang tengah rumah ku..

Iya..mataku tidak menipu..itula jasad kekanda ku..

terus sahaja aku merangkul ke arah emak ku..

Tangisanku bertambah2 kuat esakannya..

……………………………

Malam itu..aku bertekad tidak mahu melelapkan mata..mahu ku lihat dan ku tatapnya puas2..

Sambil itu..aku mengaji al-Quran..dari juz satu..niatku untuk disedekahkan buat ruhnya..

Bila sahaja tiba di ayat (kullu nafsin zaa iqatul maut..) bertambah bercucuranlah air mataku..

……………………………

Sebelum jenazah abangku dibawa ke masjid..seluruh sanak saudara disuruh ‘berjumpa’…’menatap’ untuk kali terakhir..dsb..begitu tersentuh hati aku waktu itu..anak2 buah ku yang masih kecil duduk menatap pak cik mereka..menangis teresak2 atas pemergian pak cik mereka itu..

Tepat jam 7.30 pagi..jenazah abangku dibawa turun dari rumah, dibawa ke masjid..

Untuk dimandikan di sana..

Aku juga bersiap2..untuk ke masjid..bersiap sedia untuk menunaikan solat jenazah untuknya..

Aku tidak tahu..mengapa kali terakhir aku menatapnya..

Diselubungi kain kafan yang putih itu..

Aku hanya merenungnya..merenung air mukanya..

Merenung dan terus merenung..tapi aku tidak menciumnya buat kali terakhir..(rasa teringat2 sampai sekarang…apasal la tak cium je masa tu..)

Terus sahaja..jenazahnya dibawa ke dalam masjid..disolatkan..dan terus dibawa masuk ke dalam van jenazah..

…………………………..

Aku tidak melihat saat2 abangku dimasukkan ke dalam liang lahad itu..(ia..liang tempat kita semua akan masuk..kembali ke rumah tanah)

Bagaimanalah ‘perasaannya’ tika itu..

Aku yang turut berada di situ..sama2 mengaminkan doa untuknya..

Kita semua pasti akan mati

Tidak tahu bila tarikhnya..tempatnya..juga asbabnya..

Dan mati ini adlah sebaik2 peringatan..

Peringatan yang diturunkan untuk semua umat manusia..

Diturunkan pada seorang hamba Allah..yang mendapat pengajarannya..orang sekelilingnya..

Bahawasanya..kuasa Allah itu..tidak dapat ditolak.

Tidak dapat dipercepatkan mahupun diperlambatkan..

Pasti akan menjemput setiap makhluk yang bernyawa..manusia, haiwan, pokok dll di alam Allah ini..

Sebelum ‘hari’ itu menjemput kita..

Sudahkah kita bersiap sedia dengan amal kita??

Amal kita yang akan menjawab di hadapan Allah nanti..

Mulut kita akan tertutup di padang mahsyar nanti..

Kaki, tangan dan segala anggota kita ini yang menjadi saksi atas perbuatan kita dahulu..Allah..


(melambai2..lambaian terakhir di dunia..menuju ke alam abadi)



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Monday, April 18, 2011

Ceritera niat

Pernah tersasar niat dalam hidup anda?

Tak pe..saya pun pernah..macam menipula kan bila x pernah tersasar..

Senang cerita..sebagai contoh sekarang ni..bagi orang yang bekerja..bangun pagi awal2, bukanlah niat pertama untuk menunaikan solat subuh berjemaah atau berqiyam, bahkan takut lambat ‘punch card’ office..jika hujung minggu..tidak pula bangun seawal hari bekerja..

Begitu juga bagi seorang pelajar..bangun awal pagi2, kelas pukul 8, agak2 bangun 6.30 a.m kira ok la..bila tak de kelas..6.45 a.m. la..sempat je lagi untuk solat subuh sebelum habis waktunya..

Bagi orang yang sudah menjadi isteri orang..bangun lebih awal dari biasa..kerana apa..kerana untuk menyediakan sarapan kepada anakk2 dan suami..jika tidak..tak berasaplah pagi2 jawabnya..

Bagi orang yang sedang praktikal macam saya..macam2 niat terpasak kat diri saya..mula2 boleh la dikatakan kerana Allah..lama2 jadi kerana memenuhi kehendak university sahaja..

Pembaca setuju tak dengan saya..sebenarnya..banyak lagi situasi2 tentang ceritera niat ni..tentu pembaca2 lebih banyak pengalaman lagi..

Bagaimana nak pastikan niat kita ni sentiasa kerana Allah??

Bila terpesong saja dari niat asal kita..istighfarlah..bukankan istighfar itu dapat menyucikan jiwa kita?

Niat begitu penting dalam hidup kita..ia ibarat objektif yang kita lakarkan dalam program kita..

Selalunya..semakin banyak objektif kita dalam program kita..lebih banyak target yang perlu dicapai dan difokuskan..dan lebih cerah perjalanan program kita…

Begitu juga dengan kehidupan kita..

Jika bermula dari bangun pagi pun kita dah tersasar niat..bagaimana kah pula niat2 kita yang seterusnya sepanjang satu hari yang kita lalui..

Bak kata seorang ulama’ ini..permulaan yang fasad, pengakhirannya juga fasad..

Jadi, sangat penting bagi kita ada permulaan yang betul agar pengakhirannya juga baik.


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Friday, April 8, 2011

Salafi ke??

Suatu hari, saya berkunjung ke rumah seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Selama satu jam lamanya kami berbual kosong mengenang kisah lama sewaktu dibangku sekolah menengah dahulu. Beliau saya lihat tidak seperti dulu. Dahulu beliau seorang yang nakal disekolah dan sering membuat huru-hara didalam kelas namun kini kelakuan beliau tenang-tenang saja.

“Enta perasan tak Rizal?

Tiba-tiba sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya, langsung memotong borak kosong yang masih lagi memuncak.

“Perasan apa nye?”

“Yang enta masih tak berubah.. sama macam dulu jugak.”

“Apa maksud kau?”

“Ana dengar, enta ni dah jadi ahli tasawuf kan?”

“Tak.. aku tak jadi ahli tasawuf tapi aku bertasawuf je.”

“Ah.. samalah tu.”

Kemudian beliau terus bersuara sambil tersenyum simpul.

“Kalau ana cakap, enta janganlah ambil hati ye..”

“Takpe, cakaplah.”

“Ana nak bagitau enta samada amalan tasawuf ke atau amalan sufi ke, semuanya itu adalah bid’ah. Pada zaman nabi, itu semua takde.”

Nampaknya, memang benarlah dugaan saya bahawa beliau sudah berubah daripada dahulu bersikap lagho dan sekarang menjadi seorang yang ‘alim sehingga dapat berhujah tentang soal-soal agama. Dalam hati, berbunga rasa kagum terhadap beliau. Kamarul yang saya kenal, dahulunya seorang yang keras kepala dan hanya memandang dirinya sahaja yang betul bahkan soal-soal agama dipandang remeh saja. Tapi sekarang beliau sudah menjadi ahli agama dan buktinya, lihat sahaja kepada dua buah almari besar yang tertegak didinding rumahnya yang dipenuhi dengan buku-buku agama.

“Ana bagitau perkara ini kat enta sebab mengenangkan enta sahabat lama ana. Tinggalkanlah tasawuf yang enta bawa tu.”

Kali ini tegas sekali nada suaranya sebagai menandakan beliau begitu serius dengan gesaannya itu. Kemudian saya pula yang menyoal beliau.

“Tentu ada sebab yang kukuh kenapa kau beria-ia minta aku tinggalkan tasawuf, jadi dimanakah letaknya kesalahan tasawuf pada kau?”

Setelah berfikir sejenak lantas beliau terus menjawab..

“Bukankah ahli tasawuf berpegang dengan aqidah Nur Muhammad?, dan puak-puak enta mengatakan bahawa manusia berasal dari Nur Muhammad sedangkan dalam al Quran secara terang-terang mengatakan bahawa manusia berasal dari tanah. Bukankah aqidah ini benar-benar bathil?”

“Jadi, adakah kau berasal dari tanah?”

Tanya saya untuk menduga kefahaman beliau.

“Mestilah ana berasal dari tanah.. dah al Quran khabarkan begitu!”

Ucap beliau dengan penuh emosi, emosi yang dapat dikesan melalui kerut kening dan juih bibirnya.

Pelan-pelan saya ambil alat kawalan jauh Pendingin Udara yang ada diatas meja lantas menekan punatnya untuk menurunkan lagi suhunya kepada 160 dingin. Tak lama kemudian berderu udara sejuk memenuhi ruang tamu. Sambil senyum, saya letakkan kembali alat kawalan jauh Pendingin Udara itu diatas meja sambil menjeling ke arah Kamarul. Spontan, Kamarul pun terus tersenyum. Nampaknya beliau mengerti maksud saya.

“Kau ni nak bergaduh ke atau nak muzakarah? Kalau kau nak gaduh, aku bagi kau menang sajalah.” Usik saya.

“ok.. ok.. ana cool.. ana nak bermuzakarah.”

Ucap beliau dengan senyum simpul sambil tangannya menekan punat alat kawalan jauh Pendingin Udara kepada suhu yang asal. Kemudian kami teruskan muzakarah.

“Kalau kau boleh kata yang kau berasal dari tanah maka orang tasawuf pun tak salahlah apabila mereka mengatakan yang mereka berasal daripada Nur Muhammad.”

“Kenapa pulak?”

“Begini.. sebenarnya kau bukan berasal daripada tanah sebaliknya kau berasal daripada setitis air mani yang berasal daripada air mani ayah kau.. nabi Adam saje yang berasal dari tanah.”

“Laa.. itu jugalah yang ana maksudkan.. ana cakap cara ‘short cut’ lah!”

“Ye, begitu jugalah halnya dengan ahli tasawuf apabila mereka mengatakan bahawa manusia itu berasal daripada Nur Muhammad adalah secara ‘short cut’ jugalah.”

“Ah, itu semua mengarut sebab dalam al Quran takde cerita pasal Nur Muhammad.”

“Kalau kau cari perkataan ‘NUR MUHAMMAD’ dalam al Quran memanglah tak jumpa tapi kau akan jumpa Nur Muhammad itu kalau kau jenguk pada alam ini dan diri kau sendiri.”

“Hah.. enta sendiri dah mengaku yang Nur Muhammad ini tiada dalam al Quran lepas tu suruh ana jenguk alam ini untuk cari Nur Muhammad pulak.. dah macam cara ahli falsafahlah pulak.. ish.. ish.. ishh.”

Kemudian beliau terus berhujah..

“Kesian ana tengok enta ni Rizal.. fikiran enta dah diracuni dengan cara berfikir yang kolot dan jumud hasil didikkan agama aliran tradisional anjuran tok-tok guru tareqat sufi yang berotak lembap, bid’ah, khurafat dan syirik. Berzikir sambil terkinja-kinja.. yang berpusing-pusing sambil mengembangkan kain pun ada.. tu belum lagi yang beriktiqad hulul dan ittihad yang membawa kepada aqidah wahdatul wujud yang sesat, sembah kubur dan macam-macam lagi lah.”

Dari hujah beliau yang penuh cemuhan itu maka fahamlah saya yang sahabat lama saya ini beraliran Wahabi. Entahlah, sejak kebelakangan ini banyak saya dapati tulisan dilaman-laman blog yang menghukum aliran tareqat dan tasawuf sebagai sesat, bid’ah, khurafat dan syirik. Mereka yang menghukum para ahli tareqat dan ahli tasawuf ini masyarakat mengelar mereka sebagai Wahabi tetapi mereka mengelar golongan mereka sebagai Salafi.

Oleh kerana saya menahan diri dari menjawab segala cemuhan beliau, suasana tegang yang dicipta Kamarul kembali tenang. Sengaja saya tidak segera menyambut cemuhan beliau kerana khuwatir akan bertekak pula.

“Begini Kamarul.. yang aku cakap ialah dalam al Quran tiada perkataan ‘NUR MUHAMMAD’, tiada perkataan Nur Muhammad tidak bererti al Quran tidak menjelaskan tentang Nur Muhammad.. engkau yang tak faham bahasa al Quran.”

Kamarul terdiam dan saya terus menyambung.

“Baiklah.. memang benar al Quran menyebut bahawa asal-usul bangsa manusia berasal dari tanah tapi secara hakikatnya tidak terhenti kat situ saja…”

“Ishh.. Rizal, enta jangan nak buat bid’ah pulak!!”

“Sabar dulu Kamarul, biar aku habiskan kata-kata aku dulu.. kan kita tengah muzakarah.”

Kamarul terdiam dan saya terus menyambung.

“Ok.. aku nak tanya kau, kau jadi daripada apa?”

“Erm.. air mani bapa ana lah.”

“Ok.. itu tepat dan bapa kau jadi dari apa?”

“Erm.. dari air mani datuk ana lah.”

“Ok.. pun tepat jugak jadi kesimpulannya bicara kita ini akan terhenti pada nabi Adam kan.. setuju?”

Kamarul hanya mengangguk-angguk saja.

“Nabi Adam pulak jadi dari apa?” Tanya saya.

“Jadi dari tanahlah.”

“Dan tanah pulak jadi dari apa?”

Kamarul tidak terus memberikan jawapannya. Matanya memandang bumbung rumah sambil keningnya berkerut. Kemudian beliau memandang wajah saya sambil matanya berkelip-kelip beberapa kali. Beliau mulai menundukkan kepalanya merenung lantai dengan mempamerkan reaksi gelisah.

“Oklah Kamarul, katakanlah tanah jadi dari sesuatu maka sesuatu itu pulak jadi dari apa? dan sampai dimanakah titik akhirnya?.. dan apakah bendanya sesuatu yang menjadi titik akhir itu?.. atau ianya tiada titik akhir?”

Tiba-tiba terus saja Kamarul menjawab dengan lantang..

“Tanah tu tak jadi dari apa-apa.. ia jadi apabila Allah kata KUN maka jadilah tanah!!”

“Kau yakin ke dengan jawapan kau itu atau kau main tembak saja?”

“Eh, ana cakap tentulah ada dalilnya.. erm.. dalilnya macam ni, dari surah YaSin ayat ke 82 yang bermaksud, “Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata “Jadilah!” maka terjadilah ia.” Hah, itulah dalilnya.”

“Itu bukannya dalil Allah jadikan tanah dengan tiba-tiba Kamarul.. itu adalah dalil kebesaran Tuhan kita yakni Allah yang menjadikan segala sesuatu cukup hanya dengan mengatakan KUN. Mari kita lihat surah al Anbiya ayat 30 yang bermaksud, “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air maka mengapa mereka tidak beriman.” Perhatikan baik-baik, tanah yang kau cakap jadi tiba-tiba itu sebenarnya tidaklah jadi secara tiba-tiba melainkan ianya adalah tanah bumi yang dahulunya sediri dengan langit. Maksudnya, pada waktu dahulu yang entah bila, ada satu makhluk yang tidak dinamai oleh Allah dalam al Quran yang bakal dipisahkan kemudiannya oleh Allah menjadi dua bahagian iaitu bahagian langit dan bumi. Ok, untuk memudahkan cerita.. oleh kerana Allah tak letak namanya dalam al Quran, setuju tak kalau aku namai makhluk itu sebagai Kunkalikun saja?”

“hmm.. setuju.”

“Baiklah.. kita mula balik cerita asal-usul bangsa manusia ya. Kau jadi dari air mani bapa kau kemudian dipendekkan cerita sampai kepada Nabi Adam, Nabi Adam jadi dari tanah dan tanah jadi dari Kunkalikun.. setuju?”

“Setuju.”

“Lantas, Kunkalikun jadi dari apa pula?” Dengan pantas saya menanyakan soalan itu kepada Kamarul.

Melihat Kamarul hanya membatukan dirinya dengan cepat saya terus memberikan jawapannya..

“Tak kiralah Kunkalikun itu jadi daripada apa pun Kamarul, yang pasti mesti ada titik akhirnya kerana hakikat wujud makhluk itu menurut aqidah adalah wujudnya daripada tiada kepada ada dan tidak kiralah makhluk yang pada titik akhir itu hakikatnya apa sebab yang pasti kami ahli Tasawuf menamainya sebagai Nur Muhammad. Perkataan ‘NUR MUHAMMAD’ memang tiada dalam al Quran sebaliknya ulama Muhaqiqinlah yang menamainya atas kebijaksanaan mereka namun begitu kalau diteliti al Quran dalam-dalam pasti orang yang mengkajinya akan mengakui wujudnya makhluk pertama yang dijadikan Allah sebagai sumber kejadian makhluk-makhluk yang seterusnya. Ok, ada apa-apa nak bangkang?”

Terasa kering juga tekak bila bercakap tanpa henti. Pelan-pelan saya basahkan tekak dengan air mineral yang terletak diatas meja. Kamarul saya lihat masih membatu saja. Kulit mukanya yang putih itu sedikit memerah dan dahinya masih berkerut. Nampak gayanya seperti beliau sudah kehabisan hujah.

“Assalamu‘alaikum… assalamu‘alaikum!”

Tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari luar rumah. Apabila pintu dibuka, kelihatan seorang lelaki berusia lewat 50an tercegat didepan pintu rumah dengan wajah kusut. Disampingnya berdiri seorang wanita seusianya sedang memapah seorang gadis berusia awal 20an yang berwajah pucat.

“Ustaz Kamarul ada dirumah?” Soal lelaki tersebut.

“Sayalah Ustaz Kamarul.. silalah masuk.. sila.. sila.”

Demi terjejak sahaja kaki gadis itu dilantai ruang tamu rumah Kamarul, terus sahaja beliau meronta-ronta dan terjerit-jerit seakan-akan tingkah-lakunya mahu lari. Rupa-rupanya sahabat saya ini adalah seorang ustaz merangkap seorang perawat.

Didudukkannya gadis tersebut disofa hitam diruang tamu sambil telapak tangan kanannya diletakkan pada kepala gadis itu. Kedengaran dengan jelas Ustaz Kamarul membacakan ayat-ayat suci al Quran. Tiada apa-apa reaksi yang ditunjukkan oleh gadis itu dalam tempoh 15 minit rawatan dijalankan kecuali tangannya bersungguh-sungguh menepis tangan Ustaz Kamarul yang menekap dikepalanya.

“Degil sungguh jin ini.” Keluh Ustaz Kamarul.

Kelihatan airmata ibu gadis itu masih mengalir sedang ayahnya masih berjaga-jaga disamping anaknya. Saya sedari tadi hanya duduk ditempat yang sama memerhatikan proses rawatan yang sudah berlarut hampir satu jam. Ustaz Kamarul kelihatannya seperti telah kehabisan ikhtiar lalu diajaknya si ayah dan ibu gadis itu keluar untuk berbicara sesuatu yang sulit.

“Rizal.. ana minta tolong enta jagakan Nurul sekejap, ana nak ‘cakap-cakap’ dengan mak dan bapak dia sebentar.. boleh?”

“Ya, boleh.”

Maka duduklah saya dihadapan Nurul yang hanya tertunduk diam sambil memeluk tubuhnya dengan erat. Dalam hati terdetik untuk mengikhtiarkan sesuatu.

“Assalamu‘alaikum Nurul. Saya tahu awak tidak diganggu jin malah awak amat sedar apa yang berlaku.”

Tiba-tiba dia mengangkat mukanya dan memandang wajah saya.

“Mana awak tahu saya bukan jin sedangkan Ustaz tu pun kata saya ada jin.. mak bapak saya pun kata saya ada jin?”

Saya senyum saja. Tanpa menghiraukan pertanyaannya saya terus berkata..

“Begini Nurul, saya cuma nak bagi satu nasihat dan mungkin nasihat saya ini bermanfaat dalam menyelesaikan kekusutan Nurul.. Apabila usaha Nurul tidak menjadi sesuai dengan harapan Nurul maka itu adalah wajar sebab sesuatu itu hanya berlaku sesuai mengikut kehendak Allah.”

Terus saja Nurul menangis teresak-esak. Tanpa memperdulikan reaksi Nurul, saya teruskan kata-kata saya.

“InsyaAllah.. benih tunang awak tidak akan lekat dalam rahim awak.”

Mendengar kata-kata saya itu, Nurul terus meraung sambil menekup mukanya dengan bantal. Mungkin malu dengan saya.

“Ustaz.. saya.. saya dah berusaha untuk menjaga kehormatan saya tapi tetap terlanjur juga. Saya jadi bingung dan tak tahu nak buat apa. Saya tak pernah tinggalkan solat tapi perkara macam ni masih tetap berlaku. Saya mulai risau dan bimbang takut-takut kalau saya mengandung sehingga saya mulai jadi pendiam. Mak dan bapa saya beranggapan saya terkena gangguan makhluk halus dan mereka iktiyarkan agar mencari ustaz-ustaz yang boleh menyelesaikan masalah saya, tapi malangnya semua ustaz yang merawat saya menuduh ada jin dalam badan saya. Saya tak sakit ustaz.. saya cuma takut kalau-kalau saya mengandung, nanti punahlah nama baik keluarga saya.. bapa saya tu imam ustaz. Ustaz.. tolonglah saya ustaz.. tolonglah saya.”

Nurul saya lihat memang seorang gadis yang cantik dan bersopan-santun. Kulitnya putih dan hidungnya mancung. Sekilas pandang semua yang memandangnya pasti akan bersetuju kalau beliau seorang gadis yang solehah. Tetapi ketetapan qada Allah mendahului iman Nurul.

Nyaris-nyaris air mata saya mengalir mendengar pengakuan Nurul tapi bukan kerana mengenangkan nasibnya itu tetapi mengenangkan akhlaknya yang baik dan bersopan-santun itu lahir kerana nak menjaga imej bapanya sebagai seorang imam dan bukannya lahir kerana Ihsan. Maka tak hairanlah kalau imannya lemah.

“Ini nasihat kedua saya maka ikutlah.. ibu, bapa Nurul dan Ustaz yang diluar sana menyangka Nurul diganggu jin maka apabila Ustaz tu menjalankan rawatan maka Nurul pura-puralah pulih.. ini akan menenangkan hati ibubapa Nurul. Kemudian, berbincanglah dengan tunang agar pernikahan disegerakan kerana kamu berdua mempunyai iman yang lemah. Paling utama, bertawbatlah.”

Tanpa menunggu respon dari Nurul saya terus meninggalkannya dan kembali ketempat duduk asal dan minum beberapa teguk air mineral yang masih berbaki diatas meja sambil membelek-belek majalah Solusi. Seketika kemudian saya terpandang Nurul yang masih duduk disofa hitam. Kelihatan beliau asyik memerhatikan tingkah-laku saya yang berkelakuan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Entah apalah yang difikirkannya. Saya tidak endahkan beliau dan terus membaca majalah Solusi..

“InsyaAllah, kali ini pasti kau akan mati kalau kau tak mahu keluar dari badan perempuan ini!.”

Ucap Ustaz Kamarul kepada ‘jin’ yang bersarang dalam badan Nurul sebaik sahaja beliau dan ibubapa Nurul memasuki rumah. Atas dasar ingin tahu, saya masuk ke ruang tamu semula untuk melihat cara rawatan Ustaz Kamarul yang seterusnya dan memilih duduk disebelah ayah Nurul. Tiba-tiba Ustaz Kamarul menoleh memandang saya dan berkata..

“Rizal.. baik enta duduk jauh-jauh sebab enta tak mahir pasal ilmu-ilmu ghaib dan perubatan ni. Mak dan bapa Nurul ni takpe duduk kat sini sebab diluar tadi ana dah ‘dinding’ mereka. Enta tu ‘kosong’ lebih bermanfaat jika duduk diluar saja!”

Agak terkejut saya mendengar arahan Ustaz Kamarul tapi saya akur. Saya angguk-anggukkan kepala dan mengucapkan kata-kata maaf beberapa kali dan terus berjalan keluar dari rumah. Pintu pun ditutup dari dalam. Saya berdiri disamping kereta Grand Lavina hitamnya dan menunggu. 10 minit kemudian saya dipanggil masuk dan mendapati Nurul sudah ‘pulih’. Kelihatan diatas meja sudah terhidang air nescafe panas dan sedikit juadah. Saya turut serta duduk disofa hitam, alih-alih terpandang Nurul yang sedang tersenyum memandang saya.

“Terima kasihlah ustaz, kalau ustaz takde tak tau macam mana saya nak buat.”

Kedengaran kata-kata ikhlas itu keluar dari mulut Pak Imam. Ibu Nurul pula sedang rancak bercerita tentang penyakit Nurul pada isteri Ustaz Kamarul yang juga menyertai kami disofa hitam. Tiba-tiba Ustaz Kamarul bertanya kepada saya..

“Rizal..macam mana ahli-ahli tasawuf yang macam enta ini menyelesaikan masalah rasukan jin seperti yang dihidapi Nurul ini?

Baru saya hendak membuka mulut tapi terus dipotong oleh Ustaz Kamarul..

“Rasa-rasanya lari duduk kat luar rumah macam enta tadi sajalah.. betul tak?

Terus saja Ustaz Kamarul ketawa berdekah-dekah begitu juga dengan Pak Imam, ibu Nurul serta isteri Ustaz. Saya juga turut tersenyum. Mungkin Ustaz Kamarul sedang berseloroh.

“Orang tasawuf memang tak tahu ‘handle’ benda-benda jin ni.. diorang zikir sambil terkinja-kinja tau le.”

Bergema lagi gelak ketawa dalam rumah banglo itu ketika mendengar seloroh Ustaz Kamarul. Saya lihat spontan Nurul memandang muka Ustaz Kamarul dengan wajah masam mencuka dan adalah wajar Nurul berkelakuan begitu kerana dia tahu perkara sebenar. Dia tahu bahawa Ustaz Kamarul tidak tahu yang dia pura-pura pulih dari rasukan jin. Saya pula hanya mampu tersenyum menyedari kata-kata Ustaz Kamarul itu bukannya seloroh tetapi bersulam niat untuk menghentam saya. Wah! Halus sekali cara sindiran Ustaz Kamarul. Kemudian topik borak mereka terus melencong kepada hal ehwal tasawuf pula. Pak Imam dan isteri hanya mengangguk dan mengiyakan hujah-hujah menghentam tasawuf yang diperkatakan oleh Ustaz Kamarul. Sayu hati saya kerana Ustaz Kamarul tidak mengambil iktibar kesimpulan intipati muzakarah yang berlangsung sebentar tadi. Pada saya, memang Ustaz Kamarul sudah berubah menjadi manusia yang ‘alim tetapi sikap keras kepala dan hanya memandang dirinya sahaja yang betul masih mengarati hatinya. Maka ilmu Tasawuflah ubatnya tetapi beliau gagal memahami duduk letak perkara ini.

Sesampai sahaja saya dirumah, saya mendapat sms daripada Nurul, katanya.. akum. sy Nurul ustz.. trima ksih krn mngubati sy. alhmdlh skrng baru lega hati sy. sy sudh brtaubt dn akn ikut nasht ustz. oh ya.. ustz Kmrl ckp dia org SALAFI tp bg sy dia tu dh SALAHPI. sy respek org taswuf mcm ustz. trima ksih bebnyk.

Sms dari Nurul membuatkan saya tersenyum.. tersenyum mengenangkan ragam manusia yang tertipu dengan ilmunya. Perlahan-lahan saya ucapkan “a‘uzubillaahi min zalik.” Hati menangis siapalah yang tahu.

credit to: sepohon jadi

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...