Wednesday, November 2, 2011

ISMA vs ISLAM



Slm 'alaik sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian..

lihat sahaja pada tajuk..tentu sahaja memikirkan yang bukan2..

mungkin terfikir..kenape nak versus plak ye..

ISMA tu ape?bukan kah kite nak dokong dakwah Islam?

tak fahamlah antara keduanya ni..konfius..kita nak bawa risalah Islam, bukannya risalah Isma..tapi apa ni??

Baiklah, di sini saya ada satu cerita ingin saya kongsi bersama.

Situasi 1

"Kak Atiq..saya rasa saya nak berhenti dari ikut usrah ni..saya rasa tertekan sangat nak ikut usrah ni..saya tak suka dgn kak Emi tu..dia seolah2 menganggap semua orang sama keupayaan..saya tak mampu nak kejar adik2 mad'u yang baru...saya tak mampu kak.''


Situasi 2

"Maafkan saya..saya rasa saya tak layak untuk ikut halaqah ni..saya nak kaji dulu apa yang Isma bawa, Isma ada kaitan tak dengan Ikhwan..semua ni berkait dengan kepercayaan. Jangan paksa saya.."


Baiklah sidang pembaca..

Mungkin anda juga pernah berhadapan dengan situasi begini..
Adakalanya menyempitkan hati kita lagi..tapi bagus juga..jika tiada terjadi begini..bagaimana mahu menguji kefahaman dan keyakinan yang kita imani selama ini tentang dakwah itu sendiri..

kadang2 sebahagian daripada kita selalu sahaja tersalah tafsir..
kita kadang2 tidak jelas dengan hala tuju dakwah yang didokong..kerna itulah panahan2 syaitan cuba menerobosi keyakinan kita..

Dalam hal begini..ISMA tak salah..Islam pun tak salah..tapi kefahaman kita sendiri..

Apa yang perlu jelas dalam minda kita:

1. Isma?Apa itu Isma? dan apakah halatuju dakwahnya?adakah tersimpang dari syara' atau tidak?

2. Selama ikut usrah Isma, ada tak Isma mengajak kepada melakukan perkara2 yang khurafat, bertentangan dengan aqidah??

3. Selama ikut usrah Isma, adakah semakin dekat dengan Allah??atau semakin jauh pula..(apa sebab yang kukuh untuk berhenti dari usrah pula??)

4. Kenapa nak kena cari mad'u??Itu adalah kesinambungan dakwah itu sendiri..siapa pula yang akan mewarisi dakwah ini?? sama juga seperti diri kita, sampai satu masa, kita akan berkahwin dan lahir pula generasi berikutnya umat Muhammad..begitu juga dalam dakwah..kita perlukan generasi pelapis untuk mewarisi dakwah ni. Umur kita kan tidak panjang.

Baiklah..jadi..secara mudahnya..kita dokong dan bawa risalah Islam berplatformkan Isma. Janganlah tersalah faham..kita bukan bawa dakwah Isma..TAPI bawa risalah ISLAM.

Kepada mereka yang terkeliru, berbanyaklah berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman, Jangan dipendam sahaja di dalam hati difikir2 seorang diri, tak menyelesaikan masalah pun, malah boleh timbul pula prasangka2 yang lain.

Salam Mahabbah.









tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

2 comments:

  1. Ni post untuk sayakah?? baru membaca.. hanya mereka yang merasa yang memahami..

    ReplyDelete
  2. Najwa Shams: maaf..tidak berniat u melukakan hati sape2 dan tak berkait ngn sape2..tapi sebagai pedoman u akak dlm berhadapan dgn kerenah2 mutarabbi..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...