Thursday, November 17, 2011

Tutuplah mengikut syarak

Bismillahirrahmanirrahim…

Penatnya mata dan juga minda hari ini..memerah otak nak menjawab soalan peperiksaan. Pertama kali jawab soalan SPA, boleh tahan juga sesuai la dengan jawatan yang dipohon. Kalau nak senang aje, duduk rumah goyang kaki la..tapi ingin mencari pengalaman dan mengasah keupayaan..manalah tahu rezeki ada di situ..sekadar percubaan dan tidak melepaskan peluang yang ada, belum tahu lagi akan datang Berjaya dipanggil peperiksaan atau tidak.

Pertama kali datang ke UM yang kat tengah Bandar tu..awal sangat bertolak..6.30 pagi..padahal dari masjid Negara je pun..itulah sikap saya..bila tidak tahu jalan, pasti akan seawal2nya..bila dah tahu jalan, hanya cukup2 minit untuk sampai ke destinasi..

Hari ini berehat di surau sahaja..x berkesempatan pun untuk mencari tempat makan dan tempat rehat yang lebih istimewa..surau pun cukup selesa..mungkin kerana tempat itu adalah dewan baru makanya suraunya pun baru, Alhamdulillah..

Sebelum ini, jika di USIM semua pelajar2nya bertudung litup..walaupun ada yang hanya ikut syarat syarak tapi sekurang2nya undang2 yang dilaksanakan di USIM mampu memelihara martabat dan aurat wanita..tetapi di UM itu..mungkin tidak menjadikan syarat bertudung itu sebagai mandatori..kelihatan beberapa wanita tidak bertudung masuk ke surau dan mengenakan telekung untuk menunaikan solat. Melihat juga sebahagian daripada mereka agak sukar untuk solat apabila telekung tidak disediakan. Di dalam hati saya terdetik..bagaimanakah konsep menutup aurat yang mereka fahami??Ya Allah..kasihan mereka masih belum mampu menjaga aurat..wal hal pabila mengadap Allah..tahu pula mereka untuk mengenakan kain telekung..


Sedih sungguh melihat golongan terpelajar yang tidak ada kefahaman asas Fardhu ain yang lengkap. Memakai tudung bila nak solat, pakai tudung bila nak nikah, pakai tudung bila dah tua..sedih hati ini bila mengenangkan nasib masyarakat wanita Islam hari ini..

Buat mereka yang masih di USIM atau mana2 tempat yang miliki undang2 yang lebih Islami, didiklah diri supaya Islam itu sebati pada diri, bukan sahaja pada nama, malah dari luar sudut pandang mata kita.

Buat mereka yang masih bertudung ikut fesyen seperti cerita “Si Tudung Tweet” tu..pupuklah kesedaran tentang konsep tutup aurat yang macamane digariskan dalam Islam..janganlah hanya menutup kepala, tapi terlupa pula pada bahagian2 badan yang Allah perintahkan agar dilindungi dari mata kasar manusia.

Buat mereka yang bertudung tapi masih berbaju ketat, sedarlah diri sebelum api memamah diri.



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...