Thursday, December 16, 2010

Bersih hati bersih minda

Bismillah wal hamdulillah..:)

Hari ni..dah hampir seminggu menunggu tesis siap dijilid..tapi masih belum ada jawapan lagi...
tapi yang pasti kena hantar esok..dan pulang ke rumah esok juga..

Adik2 tahun 1 juga kebanyakkannya telah pulang ke kampung malam tadi..tiada manusia sangatlah di asrama...

.................................................
(gambar sekadar hiasan)

Saya menjejakkan kaki dan menjenguk ke rumah sebelah..menyangka masih ada lagi jiran di sebelah..ku fikir begitu disebabkan pintu rumah tersebut terbuka luas..

"astagfirullahul 'azim.."getus hati ku..

bersepahnya rumah..dengan sampah..baki2 makanan..botol2 air..tidak tahu lagi bagaimana untuk menjelaskan keserabutan kepala saya melihatnya...

Saban tahun, saban semester..itulah keadaan yang saya jumpa...setiap sem..saya dan rakan jaksa lain akan meng'cek' kunci mendaki blok demi blok..turut mengalami pengalaman yang sama...

Rumah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat2 kotor..tidak menggambarkan langsung imej sebagai seorang pelajar Muslim..apetah lagi Muslimah..

sepatutnya..


Mereka ini tiada langsung kesedaran sivik...tapi yang lebih malu lagi..mereka tidak berakhlak dengan akhlak Islam..tak tahu nak jaga KEBERSIHAN! sekurang2nya..pulanglah dengan meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan bersih, kemas, teratur..sama seperti kali pertama melangkah masuk ke rumah tersebut..(tak payah la fikir nanti mak cik cleaner tak ade kerja)..itu bukan soalnya..soalnya sekarang..buruknya perangai pelajar2 di Nilam Court..

Bukankah kebersihan itu separuh dari iman..

Bukankah Allah itu cantik dan suka akan benda yang cantik..

Malu betul saya dengan diri saya sendiri dan malu juga pada Allah..tidak dapat mendidik adik2 ini supaya malu dengan Allah..malu kerana tidak tahu jaga kebersihan..malu juga dengan mak ck cleaner dan pengurusan asrama..



Malu saya..akhlak yang mereka pancarkan terbit dari keimanan mereka sendiri..jika baik dan subur iman mereka..tentu mereka tidak akan bersikap demikian..

~ibrah untuk saya dan para pembaca..

bersama2 lah jaga kebersihan..

jika kita menjaga kebersihan hati kita..pasti kita mahu sekeliling kita juga bersih

jika manis, subur dan mantap iman kita..pasti tumbuh buah akhlak yang terbaik
(hati yang bersih
suka akan kebersihan
)



jadilah yang terbaik di sisi Allah..sudah tentu baik juga di pandangan manusia..Allahumma ameen..


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Wednesday, December 15, 2010

Sharing


Bismillah wal hamdulillah..tiba2 rasa macam rindu pula pada program tahun lepas..nak tengok kembali..supaya gambar2 ni menjadi penyuntik semngat untuk bekerja dengan lebih gigih melahirkan generasi harapan @ qaedah sulbah..^_^

Ini adalah beberapa gambar semasa program Kem Remaja Muslim tahun 2009...kali ni..seronok..dapat buat dan naik rakit..em..tapi pic rakit tak de pun..mane ntah hilang..



Biaselah..ini adalah permainan Lautan Asid..para peserta kene menyeberangi lautan asid menggunakan kertas2 mahjong yang diberi..



Permainan ni kene ade semngat berpasukan, kerjasama antara ahli pasukan..dan yang penting objektif permainan ni supaya timbul syu'ur ukhwah..dan memecahkan rasa2 malu di kalangan peserta..analogi bila dah bersentuh antara satu sama lain..caj2 dalam badan akan bertindak untuk menserasikan antara satu sama lain..amazing! ukhwah kerana Allah..^_^




Ini pula permainan ape ye??em..mungkin permainan Pintu gerbang Mashitah..ape2 name je pun boleh..hehe..menguji kecekapan minda para peserta..bagi soalan matematik susah2 sikit..biar mencabar..baru asah otak dan menajamkan minda..:)


Ini pula game ape ye..tak ingat..mungkin Bahtera Kasih..mereka kena ikat dengan benang..nampak tak..tak nampak kot..sebab benang tu halus..pastu kene bawa pula air sebaldi..kene berjalan cari kakak fasi..haha..kasih dan kesabaran diuji..


Align Center
Ini pun salah satu game yang interesting juga..Belon Ajaib kot nama nya..



Tunduk je adik ni..nyanyi lagu KRIM kot..x hafal la tu..xpe2..

Alhamdulillah..ini adalah Program Kem Remaja tahun lepas..diadakan di UNITI..dekat sangat ngn pantai..itu yang boleh main rakit..

....................................

program Kem Remaja tahun 2010 pula..saya dapat main kayak..:)



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Monday, December 13, 2010

tiada kaitan 3..



(gambar ni masa rehlah masyiah)

Bismillah walhamdulillah..syukur masih lagi dihidupkan dalam nikmat Islam hingga ke saat ini..

Pada waktu ini, hakikatnya penat sangat dan tidak mampu untuk membuka mata, tapi tetap ditahan2 sebab sayang untuk tidak dicatat kisah yang tidak dapat dilupakn oleh akal fikiran ini..
jika ditangguh pasti tidak terpahat di skrin maya ini..he

Selama 3 hari 2 malam, aku berpeluang menjejakkan kakiku ke Kg Talang, D'kok Eco Camp di Kuala Pilah..untuk bersama Kem Remaja Muslim..yang kali ni menampilkan sedikit kelainan dari yang biasa aku sertai sebelum ini..kali ni dapat rehat banyak (sangat boring sebab tak payah fikir lebih2), sebab tugasan azali ku dah bertukar kepada orang lain..(dah kena lucut jawatan kem kom) jadi je la mata2 @ timb kem kom..alhamdulillah..ada juga pewaris kem kom ni..

memang pengalaman yang amat menyeronokkan, dapat ketemu lagi dengan Abi Ahmad..yang memang bijak bermain kata2 bermain minda bermain hujah dan bijak menyentuh hati peserta..malahan bukan sahaja peserta yang 'touching'..fasi dan urusetia turut juga tersentuh dengan pembawakan Abi Ahmad..sehingga menjadikan aku turut terfikir2 untuk belajar kemahiran tersebut dengan beliau lantaran berangan2 untuk menubuhkan konsultan suatu hari nanti demi kemaslahatn dakwah Islam.

.....................................

semalam..14 disember..

pagi2 mak telefon bertanyakan bilakah kepulangan ku ke kampung..sungguh kepulangan ku memang dinanti! ah..rasa terharunya akan penantian itu..tapi mak..saya bukan tak mahu balik..

tiba2..saya diuji Allah..beberapa helai muka surat dalam tesis saya tidak difotokopi..hanya yang original sahaja yang lengkap..oleh itu..tak dapat la saya pulang ke rumah lagi hinggalah tesis saya itu siap dijilid semula...(resah+gelisah)

dan emak tertanya2..adakah aku terpilih sebagai pelajar yang berpeluang berpraktikal ke australia @ hong kong?? tak pe..jawapannya amat menggembirakan mak saya..saya tak terpilih pun..sebab ramai lagi kawan2 saya yang sangat bijak dan 'excellence'..apa pun saya masih mampu untuk mengukir senyuman atas ketidak terpilih nya saya..kerana mereka memang layak untuk dipilih...

dan saya perlu lebih gigih lagi untuk melakukan kerja dakwah di sini..jika saya pergi..siapa lagi yang perlu saya harapkan untuk melihat adik2 halaqh saya, siapa lagi mahu meng'cek' amal mereka..
.............................................
(lepas masyiah..kami solat dhuha di masjid negeri)

Post ini saya tuju kepada ukhti yang saya kasihi..(sudah tentu adik dalm perjuangan saya.ukhti maryam)

Ukhti..
janganlah merasa lemah sedih dan duka dengan ujian yang melanda kita..
bukanlah kita minta diuji dengan ujian2 yang melemahkan iman kita..
bukankah kita telah membaca surah 'ankabut yang mengatakan bahawa apakah kamu sangka kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji..
bukankah kita telah membaca surah baqarah yang menitipkan buat kita peringatan bahawa apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan kamu masih belum diuji dengan cubaan2 seperti kaum2 yang terdahulu..

INGATLAH..kuatlah..jika kita rasa lemah..
ingatlah..bagaimana kita mahu menyentuh dan memimpin hati manusia milik Allah..jika kita tidak menjaga hubungan dengan Allah.
ingatlah..bagaimana kita mahu jadi murabbi, syeikhah, ukht, umi..jika kita tidak merasai betapa pentingnya qudwah kita kepada mereka.

Janganlah sedih dan berduka..bukan kah Allah telah berfirman kepada kita bahawa sebaik2 manusia di sisiNya adalah mereka yang kata2 nya mengajak manusia lain untuk beramal soleh kepada Allah..

janganlah sedih dan berduka..bukankah kita semua mahu mengejar syurga Allah yang paling tinggi dan mengejar martabat yang paling mulia di sisi Allah?

cukuplah..hentikan kesedihan itu..carilah kembali hati kita yang berdegup dengan nafas LAA ILA HA ILLAH..carilah kembali hati kita dan mohonlah pada Allah supaya kita berada di bawah lindungan tarbiyah zaatiyahNya..

....................................................

Peringatan ini bukanlah sahaja untuk dirimu ukhti maryam..malahan peringatan ini sebenarnya2 adalah untuk orang yang menaip kalimah demi kalimah ini..agar lebih istiqamah dalam jalan dakwah ini..













tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Friday, December 10, 2010

tiada kaitan 2..

Bismillah wal hamdulillah....

Bersyukur sgt2 dah dapat jilid tesis, tapi kena hantar minggu depan juga..
tak dapat nak hantar minggu ni juga..sedihnya..tak pe la asalkan dapat hantar dalam tempohnya lagi..

....................................

Ini dah kira menghitung hari untuk saat-saat terakhir bergelar mahasiswi yang menuntut ilmu dan menjawab soalan2 peperiksaan..lepas ni..dah tiada exam lagi..tapi masih tak terlepas dengan ujian2 dunia dan mengejar cinta akhirat..

Hari ni..rupa-rupanya usrah batal..tapi macam mana la boleh tak tahu..pelik betul dengan instinct diri sndiri yang kadang-kadang tak sama dengan orang lain rasa...

Tapi..tak pe..dapat juga mengutip mutiara2 dari ustazah..masulah ku..sempat juga membincangkan masalah peribadi ku sendiri..dengan praktikalnya, kediaman akan datangnya, kemaslahatan anak2 buahnya, banyak juga yang nak kena fikirkan..Allah..kalau tak fikir..camane la?

Kena serius dalam mengeluarkan keputusan..

Nak kena pujuk mak pula..abang lukman lagi..sape lagi orang penting dalam hidup aku ye? abang ehsan sekali..para wali dan guardian..

Balik minggu depan kena bincang terus...jangan la tangguh2 lagi..

...........................................

ape pun..minggu ni agak menggembirakan..dapat jilid tesis..dapat pergi program..tinggal lagi nak balik je..

em..x gembira lagi..kena hantar laporan program tahun lepas..

macam mane la suka sangat tangguh2 hantar laporan..ini la jadinya..hidup tak teratur..

orang dah sampai angkasa..masih lagi nak naik belon udara...ahaii

........................................


mode: risau + pening + gelisah = balik umah..

Monday, December 6, 2010

berubah - edCoustic



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Saturday, November 27, 2010

Kenapa kamu, dia dan saya kena ikut jemaah?




Seringkali persoalan ini bermain-main di fikiran anak muda yang cintakan Islam, cintakan bi’ah Islam, cintakan gerak kerja Islam dan mahukan Islam memimpin dunia..tetapi seringkali juge persoalan mengapa perlu ada banyak jemaah Islam di muka bumi ini kerap menghantui dan menimbulkan keresahan sesetengah mereka. Memang satu situasi yang bagus tapi perlu ada panduan dalam menangani permasalahan ini agar tenaga kerja yang kuat dan berpotensi tidak dibiarkan begitu sahaja dek terlampau menganalisa jemaah mana yang paling baik, paling popular, paling ramai pengikut...

………………………………………

Sebelum perkongsian ini diteruskan, tahniah dan syabas diucapkan kepada anak muda yang mempunyai wawasan dan keinginan tersebut. Bukan semua anak muda di Malaysia ini memikirkan sedemikian rupa..

………………………….............

Sebelum nak cerita lebih lanjut..marilah sama2 kita muhasabah diri sendiri..(termasuklah diri saya sendiri)..dalam sebulan berapa banyak kali kita solat berjemaah berbanding kita makan “berjemaah”, belajar “berjemaah” juga tengok tv secara “berjemaah”..marilah same2 kita hitung diri kita dalam sebulan, minggu dan hari2 yang kita lalui..

Anak2 muda kini termasuk saya yang sentiasa cari panduan hidayah..pasti akan merasakan betapa pentingnya hidup dalam berjemaah..

Sebagaimana kehidupan para Rasul sebelum ini..baginda tidak membawa risalah Islam seorang diri..baginda tidak menyebarkan dakwah seorang diri..baginda tidak buat kerja menggunakan tenaga seorang diri..Tentu sekali diri kita sebagaimana manusia biasa yang bukan pula maksum ini lebih2 lagi perlukan sahabat2 untuk sama2 memikul tanggungjawab menyebarkan risalah Islam. Kita tidak akan mampu sama sekali untuk mengharung segala badai, ujian dan mehnah jika kita berpegang menjadi daie solo itu lebih baik daripada daie yang lahir dari satu kelompok.

Allah telah berfirman dalam kitabNya:

والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتوا صوا بالحق وتوا صوا بالصبر*

Demi masa* sesungguhnya manusia itu dalam kerugian * kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran*

Daripada kalimah (mereka yang beriman dan beramal soleh) tersebut, yang menggunakan kalimah jama’ yang membawa maksud ramai (lebih dari satu). Ini bermakna kita kena buat amal soleh dalam keadaan beramai2 dan tidak boleh berseorangan, kerana bila berseorangan ditakuti pelbagai penyakit lain pula boleh timbul (malas, futur, riya’ disebbkan rasa diri dah terlampau baik, dll).

Tambahan pula, jika kita mengikut jemaah, sebenarnya banyak perkara yang kita akan belajar dari jemaah tersebut. baik dari sebesar2 perkara hinggalah juga sekecil2 perkara. Kita akan belajar untuk menjadi seorang ukht yang memahami kesukaran orang lain, belajar untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang pelbagai usia, belajar cara untuk menyampaikan Islam sesuai dengan level sasaran, belajar bertolak ansur, belajar bersangka baik, belajar mengakui akan kekurangan2 yang ada pada diri sendiri, belajar untuk saling mempercayai dan banyak lagi sifat2 mahmudah yang akan dapat diterap. bukanlah saya bermaksud anda atau sesiapa sahaja yang baca tulisan saya ini tidak baik, atau tidak dapat berbuat baik tanpa ikut jemaah, tetapi saya hendak sampaikan di sini bahawa, di dalam jemaah ini tentu akan berkumpulnya orang2 yang soleh, berilmu dan berakhlak, oleh itu apabila kita berpeluang bertemu dengan mereka, kita nilai dan muhasabahlah diri kita, adakah kita telah berakhlak sedemikian rupa.


Hakikatnya, bukan lah jemaah2 yang ada di Malaysia seperti ISMA, ABIM, HALUAN, JIM, PAS dan sebagainya ini suka berpecah belah. setiap jemaah yang ada ini ada agenda dan wasilahnya yang tersendiri. Agenda utama untuk jemaah-jemaah ini semua mahu mencapai khilafah, menyebarkn Islam di Malaysia, mahu menjadikan Malaysia ni sebuah negara yang betul2 Islam, cuma yang berbezanya adalah wasilah atau kaedah yang digunakan. ketaatan pada satu jemaah akan tercapai apabila adanya khilafah nanti, dan tak salah kalau ada banyak jemaah di Malaysia. Cuma kamu, anda dan saya perlu membuat pilihan jemaah Islam yang mana satu ada perlu fokuskan.


Janganlah anda cuba nak jadi tamak...semua benda anda nak buat, semua benda anda nak cuba, tetapi tak salah jika qudrat kita mampu untuk melunaskan segala tanggungjawab tersebut...

Wallahu 'alam




tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Friday, November 12, 2010

Nota Cinta-Saujana



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Thursday, November 4, 2010

JIRIM??


anda mempunyai adik beradik yang berumur 15-18 tahun?
atau anda berumur 15-18 tahun?
tidak tahu apa program hujung tahun?
sukakan aktivti lasak dan mencabar?
MARI SERTAI KAMI!!


layari laman web JIRIM

hanya RM100 untuk penempatan 3H2M+makan minum+cenderahati dan banyak lagi!!
anda rugi sekiranya tidak menyertai kami!
untuk maklumat lanjut hubungi saya atau lawati laman web JIRIM


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Wednesday, September 29, 2010

Sirah Muzikal : Merentas Kegemilangan Ummah



Program: SIRAH MUZIKAL 2010


Tarikh: 9 OKTOBER 2010

Masa: 8 PM - 11 PM

Tempat: DEWAN AUDITORIUM D8, PARCEL D, PRECINT 1, PUTRAJAYA

Tiket: 1) VIP - RM 30

2) UMUM - RM 15

3) PELAJAR - RM 10

Antara yang menarik:
  • Pementasan Sirah
  • Persembahan astis nasyid Nazrey Johani, Far East, Muadz, & Nowseeheart
  • Persembahan Kumpulan Nasyid Sohwah (PEMBINA)
Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah yang dikelolakan oleh Saudara Nazrey Johani.

Untuk maklumat tentatif program, sila klik di sini

Untuk tempahan tiket secara online, sila klik di sini



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Tuesday, September 28, 2010

khilafah: amr ijtihadi @ asl hukm 2

Bismillah walhamdulillah...
Terima kasih ya Allah atas nikmat iman dan Islam ke atas hambaMu ini..:)
........................

Mengantuknya malam nie..dahlah esok ada mid term fiqh dsturi...
sempat lagi nak memblog..ngantuk..kawan study pn ngantk...

Alang2 dah buka topik pasal khilafah..ok. apakah khilafah ini perkara ijtihad para sahabat atau memang dah terdapat dalam hukum syarak??

First impression,bile kene tanye soalan nie..tak tahu nak jawab ape..sebab fikir2..zaman Rasulullah s.a.w kan tiada khilafah lagi..tapi memanglah tahu Rasulullah tu khalifah...

jadi khilafah ni perkara ijtihad Rasulullah ke, ijtihad sahabat ke, atau memang disyariatkan Allah??

jawapannya setelah dipelajari dalam kelas fiqh dusturi:

ada 2 pendapat:

1. Pendapat pertama: perkara khilafah ini adalah dari asal hukum syara' iaitu perkara ini disebutkan dalam Islam.

2. Pendapat kedua : perkara khilafah ini adalah bukan daripada asal hukum syara' iaitu perkara ijtihadi @ perkara baru dlm Islam.

Pendapat Pertama:

Ittifaq ulama' muslimin bahawa wajib untuk mewujudkan khilafah dan ia adalah fardhu kifayah sebagaimana fardhu kifayah dalam jihad fi sabilillah dan menuntut ilmu. Bilamana ada sekelompok manusia yang menunaikan tanggungjawab kifayah ini, maka ggurlah tanggungjawab ini bagiyang lain. Tapi seandainya tiada satu pihak pun bertanggungjawab mewujdkan khalifah ini, maka ada dua firqah yang menanggung dosa ini iaitu:
- ahl ikhtiyar (orang yang berhak memilih khalifah)
- ahl imamah (orang yang memenuhi syarat menjadi khalifah, jika selain daripada orang tersebt yang jadi khalifah,dosa adalah atas orang yang layak itu). Ini adlah pendapat AhluSunnah keseluruhannya, M'tazilah, Khawarij dan Syi'ah (melainkan masing2 ada pendapat tertent dalam memahami kewajipan khalifah).




tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Monday, September 27, 2010

tiada kaitan..

Letihla macam ni..nak carik bahan segera pun tak boleh..internet still unavailable lagi…dah p betulkan connection pun..still berlaku bende yang same..ape lagi la masalhnya ni…

Email pun tak sempat nak tengok ape perkembngn terbaru..dan fb dah selamat sikit..x payah buka2..kalau rajin sangat meng’up date’ berita dif b..selamat la sikit..tak terjerumus ke pembuangan masa yang total pada fb..

……………………………..

Proposal stil x complete lagi..ape lagi la isu yang nak dimasukkan..

Esok nak discuss pasal fiqh dusturi..pasal syura is my part..agaknya..kalau ustaz nak buat soalan pun..soalan ape je yang boleh pasal syura eh..em..maybe kalau pasal waqi’e sekarang..pasal parlimen..adakah parlimen sekarang yang diamalkan di Malaysia ini menggunakan prinsip syura..lagi..pasal apa ye…

Kalau itu la soalannye..kene tahu dulu apa maksud parlimen dan siapa yang menganggotai parlimen..kemudian, apa fungsi parlimen…pastu bandingkan pula dengan syura..apa maksud syura dan fungsi syura dalam system dustur Islam..

Nak kene baca pasal syura pasni..

…………………………….

Tetibe teringat pula kat abang ehsan..kenapela kadang2 dia ni x memahami jiwa aku..entahlah..mungkin jealous kot dengan aku, selalu dimanjakan oleh bapak aku (bapak aku bapak die juge..)…em..tapi tu dulu..masa hayatnya..masa dia dah takde ni..takde sape dah nak manjakan…buat2 manja jela dengan orang lain…em..mungkin dia belum rasa kot..camane la perasaan orang yang dah tak berbapa bila meningkat dewasa..tak sama dengan orang yang dari kecil dah tak ada bapa..

Ape2 ajela…ape pun he stil is my brother ever n ever n hereafter..

Tapi, kalau ingat masa konvo kat Dq tu..memang tak dapat lupakan..hem..seolah2 aku ni macam bukan adik die..sedih betul masa tu..hari yang patut rasa gembira bagi semua yang grad…tapi..bagi aku..tak ada apa yang best pun…macam tu ajela…no sense..

…………………………….

Kalau teringat kat abang ehsan…tentu sekali beralih pula pada abang lukman…mula2…aku tak suka die..garang..suke marah orang tak tentu pasal..em..tu sebelum die kawen..tapi..pas die kawen..perangai die..ok sikit..dan aku pun boleh masuk sikit ngn die berbanding orang kat atas tu…

Sekarang ni..ape2 hal nak refer..kenala Tanya abg lukman..sebab die waris terdekat..

Dan paling tak lupa..dia tolong aku untuk buat program Imam Muda aku yang bese2 tu kat masjid die…hem..seronoknya la..alhamdulillah..

Tapi..tak nak la buat kat situ lagi..nanti orang kata kroni pula..malas dengan pandangan masyarakat orang yang tak boleh tengok orang senang…

Yang best juga..anaknya comel2 n cute2..senang masuk ngn orang..mula2 tak kenal..macam sombong2..bila dah kenal..tak mo lepas..he2..

………………………………

Pastu..teringat pula pada arwah abang aku..em..arwah abg mamat..moga sentiasa tenang bersemadi di sana..dan semoga kuburmu menjadi salah satu taman dari taman2 syurga…

Dah hamper setahun setengah die meninggalkan kami..rasa sunyi aje rumah..tak de orang nak buat lawak bodoh dah dekat aku…aku buat ajela lawak sendiri…hu2..

Itulah..bila ada..kerja bergaduh dan tak pernah aman..sakit2 hati aje selalu..bila tiada..rindu pula..

………………………………

Teringat pada family…walaubagaimana pun mereka…mereka adalah orang penting dalam hidup aku..dan aku juga orang penting (aku rasala) dalam hidup mereka..

Sayangilah mereka selagi hayat masih dikandung badan..

………………………………

16-17 oktober 2010

Semua jaksa nilam tahu…ni tarikh keramat. Mungkin ni tarikh last untuk adakan program besar..ya ampun..dah tak kuasa nak fikir pasal program sebenarnya..dalam kepala otak aku cume ada..belajar. tesis. Asgmnt. Dakwah. Kahwin . Praktikal. Kerja..yang lain tak masuk…tapii terpaksa fikir pasal sukan antara kolej ni…

Em..dalam masa yang sama ada pula program isma yang aku kena attend…apa la mas’ulah aku cakap nanti…aku tak tahu nak khabarkan macam mana..kena bayar pula tu..(bayaran tak kesah sangat..em..yeke tak kesah..oh..kesah sikit la..sebab sampai ratus..tak de duit sangat..tak amek pinjaman..nak elak riba..kata abg ehsan,)

Peningnya la..apu pun semua akan terungkai esok..kena cerita..em..mesti kena marah rasanyeee..tapi nak wat camane..kene utamakn apa yang utama…yang aku nmpk program tu utama juga..macam mana..aku betugas pada 2-2 hari..takkan aku nak lari dari program tu…Ya Allah.. rasa serba salah sangat…





tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Friday, August 27, 2010

Rintihan Ramadhan



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, August 15, 2010

Khilafah..amr ijtihadi atau asl hukm?


Bismillah wal hamdulillah..

Terima kasih ya Allah masih lagi member i peluang kepada ku untuk mengecap nikmat ramadhan untuk hari yang ke 3 ini..

Alhamdulillah..

Hari ini ada pembentangan bertajuk KHILAFAh..tajuk ini di bawah subjek Fiqh Dusturi..tajuk yang sangat seronok untuk dibincangkan..dan pembentang hari ini ialah Khairul Azhar..bagus juga cara dia membentang..

……………………………….

Seusai sahaja pembentangan beliau..ust Aunurrahim..menimbulkan persoalan..

“Adakah khilafah ini daripada aslu al-hukm atau daripada perkara ijtihadi?”

Jawapan kepada persoalan ini membawa kepada jawapan fardhu ain atau fardhu kifayah terhadap muslimin untuk mencapai khilafah.

Ustaz Aun sangat suka Tanya pendapat saya (perasan)..tapi seronok juga..ade juga lecterure yang kenal saya..tentang persoalan husin..

“Apakah yang dimaksudkan tentang fardhu ke atas setiap muslim dalam mencapai khilafah?”

Justeru..ustaz beri peluang kepada saya untuk menjawab..

Apa pun..sebenarnye saya tahu saudara husin arif akan jawapannya..beliau memang suka Tanya soalan yang beliau tahu jawapannya..mungkin mahu sahabat2 lain tahu apa yang beliau tahu..dan itulah wasilah nya..(ijtihad saya)

Apa pun saya suka dapat berkongsi apa yang saya tahu..tentang kefardhuan khilafah itu..

Saya jawab: “Untuk mencapai khilafah adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam..selagi tidak ada khilafah di atas muka bumi ini..maka selagi itulah ketanggungjawaban dan kefardhuan ke atas setiap muslim berusaha ke arah itu..”

“ma la yatimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajib..”

One of qaedah fiqhiyah yang berkaitan dengan perkara ini..

Dan saya berkongsi dengan sahabat2 saya..one of maksiat di muka bumi ini ialah tiada nya khalifah..bukanlah maksud maksiat itu sekadar berzina, mencuri, berbohong..dan apa yang saya faham dengan maksud maksiat ialah apa2 sahaja yang menyalahi perintah Allah, maka dikategorikan sebagai maksiat. Maka nya tiadanya khilafah di muka bumi ini adalah one of maksiat yang dibuat oleh kita..kerana apa?kerana tak mendaulatkan atau tak meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan..

……………………………………….

Tapi ustaz tak komen pun pandangan saya..mungkin nak test ape fikrah yang saya ada..he3

Tak kesah la ustaz..

………………………………………

Seterusnya..masuk pula pada isu kedua..isu berbangkit..isu minggu lepas..ustaz bertanyakan pendapat kami..mana satu yang benar antara 2 konsep ini..adakah:

Islam itu agama…atau islam itu agama dan Negara..

Ustaz berpendapat Islam itu agama…dan ustaz menyuruh kami mencari hujjah2 jika kami menyokong Islam itu agama dan Negara…

………………………………………..

Saya pun sebenarnya tidak tahu mana satu konsep yang paling tepat..

Tapi bagi saya Islam itu agama dan Negara…

Islam tidak dapat dipisahkan antara agama dan Negara..kedua2 nya saling memerlukan..

Negara adalah one of aspect in Islam, yang Islam titik beratkan..

Saya tahu..dalam seerah Rasul saw..baginda menyebarkan dakwah Islam tanpa tertubuhnya Negara Islam madinah pada waktu itu..mula2..Rasul saw sebarkan dakwah sorok2 (tanpa Negara)..kemudian..terang2an(tanpa Negara juga)..kemudian berpindah ke madinah..dan di situlah terbinanya Negara Islam yang pertama di muka bumi ini..dan penyebaran dakwah Islam lebih luas (ada Negara)..

Bermakna..adanya Negara dalam penyebaran Islam lebih menguntungkan pihak Islam..

Em..saya pun tak dpt kupas perkara ini dengan baik..mungkin tunggu next lecture ustaz by next week..

……………………………………..

Proposal maseh tak siap lagi..ya Allah kuatkan mindaku..bantu daku untuk berfikir secara tajam..n_n



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...