Man ana?
Saya diberi nama Rabiatul ‘Adawiah Mohd Hosni. Merupakan anugerah Ilahi kepada pasangan arwah Mohd Hosni Alias dengan Miskinah Adenan. Anak bongsu dari 7 adik beradik; 3 lelaki 4 perempuan..dan yang terkini abang saya telah pulang ke rahmatullah. Maka adik beradik saya tinggal 6 orang sahaja.
Saya difahamkan nama saya diberi sedemikian kerana saya merupakan anak perempuan yang keempat..juga mahu mengambil berkat nama ahli sufi tersebut..moga2 dapat jadi ahli sufi juga..
Mula dapat pendidikan di Tadika Islam, kemudian SK Sungai Tua Baharu; pencapaian yang paling baik; dapat mewakili negeri Selangor dalam acara hafazan merangkap Penolong Ketua Pengawas..
Seterusnya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Rawang, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Setiap peperiksaan besar, PMR dan SMA, saya terdiri daripada senarai pelajar terbaik..merangkap pula jawatan sebagai Ketua Asrama Puteri dan Penolong Ketua Umum..(pendek kata rekod saya sepanjang di sekolah agak baik la jugak kan..)
Baik sahaja rekod saya tentu tak mencabar kan..
Saya amat rasa terkilan apabila keputusan SPM saya tak seperti yang dijangkakan..(ingat flying colours la..)tapi Allah nak uji pula bagaimana kita hadapi bila Allah tak beri kejayaan …
Sedih sedih sangat masa tu..hingga matrik pun saya tak dapat..kawan2 lain..(dalam kelas saya, ramai juga yang dapat matrik..kecewa..sedih..dll)
Saya tak boleh terus rasa begini..LIFE MUST GO ON…
Saya mohon DQ..dan alhamdulilah..berjaya melanjutkan pelajaran ke sana..selama 3 tahun. Alhamdulillah..dapat mengkhatamkan hafalan 30 juz..tapi masih dalam usaha untuk mengingati semua…
Bertitik tolak dari kegagalan saya dalam SPM..saya bertekad untuk belajar bersungguh2 di DQ..sehinggalah akhirnya saya Berjaya untuk menggondol semula senarai pelajar terbaik…(x jadi first best student pun tak pe…asalkan termasuk dalam list..hehe)
Tapi..sepanjang saya belajar…ada satu rasa kekosongan dlam jiwa saya..takkan hidup aku untuk jadi pelajar..belajar2 belajar2..exam2 exam2..memang student oriented exam…tak mencabar langsung!!

Akhirnya saya menemui satu sinar yang memang tak kunjung malap..tentu saham ini begitu besar bagi orang yang pertama mencanai saya dalam aktiviti dakwah..ye..saya telah di’ceramahkan’ oleh ustaz nazri tentang reality dakwah sewaktu saya masih menuntut di DQ..

Dan Alhamdulillah..saya telah dipilih Allah untuk menjadi salah satu batu bata yang akan menjadi binaan kepada Islam…dan doa saya..moga saya terus menjadi salah satu batu bata itu hingga akhir hayat saya..itu harapan saya.

Kini..saya masih menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)..berada di tahun 4..hanya tinggal satu semester sahaja lagi untuk saya menghabiskan umur di university..dan akan menyempurnakan tesis degree saya..

Dan saya berimpian untuk berumah tangga pada akhir tahun ini..ataupun pada awal tahun depan..itu pun jika diizinkanNya..(^_^)..tentulah harapan saya untuk mendirikan baitulmuslim ini dengan seorang Muslim yang mempunyai sama fikrah dengan saya juga bersama2 mendokong perjuangan Islam ini.

Dinukil pada: 1 Jun 2010 (Selasa, 10.47 a.m)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...