Showing posts with label agenda USIM. Show all posts
Showing posts with label agenda USIM. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Bersih hati bersih minda

Bismillah wal hamdulillah..:)

Hari ni..dah hampir seminggu menunggu tesis siap dijilid..tapi masih belum ada jawapan lagi...
tapi yang pasti kena hantar esok..dan pulang ke rumah esok juga..

Adik2 tahun 1 juga kebanyakkannya telah pulang ke kampung malam tadi..tiada manusia sangatlah di asrama...

.................................................
(gambar sekadar hiasan)

Saya menjejakkan kaki dan menjenguk ke rumah sebelah..menyangka masih ada lagi jiran di sebelah..ku fikir begitu disebabkan pintu rumah tersebut terbuka luas..

"astagfirullahul 'azim.."getus hati ku..

bersepahnya rumah..dengan sampah..baki2 makanan..botol2 air..tidak tahu lagi bagaimana untuk menjelaskan keserabutan kepala saya melihatnya...

Saban tahun, saban semester..itulah keadaan yang saya jumpa...setiap sem..saya dan rakan jaksa lain akan meng'cek' kunci mendaki blok demi blok..turut mengalami pengalaman yang sama...

Rumah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat2 kotor..tidak menggambarkan langsung imej sebagai seorang pelajar Muslim..apetah lagi Muslimah..

sepatutnya..


Mereka ini tiada langsung kesedaran sivik...tapi yang lebih malu lagi..mereka tidak berakhlak dengan akhlak Islam..tak tahu nak jaga KEBERSIHAN! sekurang2nya..pulanglah dengan meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan bersih, kemas, teratur..sama seperti kali pertama melangkah masuk ke rumah tersebut..(tak payah la fikir nanti mak cik cleaner tak ade kerja)..itu bukan soalnya..soalnya sekarang..buruknya perangai pelajar2 di Nilam Court..

Bukankah kebersihan itu separuh dari iman..

Bukankah Allah itu cantik dan suka akan benda yang cantik..

Malu betul saya dengan diri saya sendiri dan malu juga pada Allah..tidak dapat mendidik adik2 ini supaya malu dengan Allah..malu kerana tidak tahu jaga kebersihan..malu juga dengan mak ck cleaner dan pengurusan asrama..



Malu saya..akhlak yang mereka pancarkan terbit dari keimanan mereka sendiri..jika baik dan subur iman mereka..tentu mereka tidak akan bersikap demikian..

~ibrah untuk saya dan para pembaca..

bersama2 lah jaga kebersihan..

jika kita menjaga kebersihan hati kita..pasti kita mahu sekeliling kita juga bersih

jika manis, subur dan mantap iman kita..pasti tumbuh buah akhlak yang terbaik
(hati yang bersih
suka akan kebersihan
)



jadilah yang terbaik di sisi Allah..sudah tentu baik juga di pandangan manusia..Allahumma ameen..


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, April 19, 2009

~JALAN ITU BUKAN MUDAH~


Semalam jumpe En Hakim (Pen. Pengurus Asrama) dengan Lela, bincang sikit pasal program yang akan diadakan di Masjid Putra pada 20 Jun 2009 ni(Sabtu) insya Allah...( Ya Allah Jadikanlah ia satu kenyataan kerana ku mahukan pelapis-pelapis untuk pendokong dakwah lahir dari golongan ini).

Terima kasih sangat-sangat pada En Hakim, beliau dah ibarat bapa kepada kami. Segala masalh berkaitan asrama dan masyarakat kolej kami kongsi bersama, terasa keprihatinan yang hadir itu bagai satu anugerah untuk kami berusaha dan terus berusaha untuk meng'ISLAH' masyarakat kolej dan sekitarnya. Dalam masa yang sama, saya ada mengutarakan kepada En Hakim tentang program yang dianjurkan oleh Aman Palestin pada 9 Mei ini. Tapi En Hakim nasihatkan saya dan Lela supaya hentikan sahaja hasrat saya itu kerana takut akan timbul masalah di kemudian hari.

Sekarang saya agak masih kurang pandai membaca senario yang berada di USIM ni, tapi ramai sahabat handai saya, guru-guru saya, ustazah saya dan sahabat seperjuangan saya sering mengatakn bahawa USIM ni, susah betul nak bawa masuk sinar dakwah...
Walaupun begitu...dalam pemerhatian dan penelitian saya, keadaan yang sukar dan agak mencabar (bagi diri saya) ni tak delah dapat menandingi kehebatan mehnah2 pada zaman Rasulullah saw dahulu. Zaman Nabi lagi susah untuk sebarkan dakwah. Alhamdulillah.. Walaupun sekatan-sekatan zahiriah ini wujud, sebenarnya ia tak menjadi penghalang utama dalam penyebaran dakwah.

Saya melihat dalam kolej Nilam Court ini, bamyak gerakan-gerakan yang ada, pelbagai u***h, banyak aktiviti luar dan sebagainya. Nampaknya agen-agen dakwah itu ada..Terima kasih sahabat seperjuangan seakidah.


Saya amat mengharapkan kalian membantu saya dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada sahabat-sahabat anda. Saya tidak kisah di mana jalan anda dan siapa anda, tapi yang penting sumbangan anda untuk mengislah kawan-kawan sangat-sangat dihargai. Kerana saya tahu, saya tak mampu untuk memantau dan menasihati semua orang walaupun itu adalah tanggungjawab saya setelah ditaklifkan sebagai Biro Pembangunan Insan.
~ ISLAH NAFSAK WA AD'U GHAIRAK~

Wednesday, April 15, 2009

..GEMPAR!..

Enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (klik di sini)
Terkejut saya semasa baca tajuk akhbar hari ini. Saya tak sangka isu ini wujud di universiti tempat saya belajar...

Sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas isu tersebut. Tapi saya sebagai pelajar U ini telah lebih maklum cerita yang sebenar berdasarkan sumber yang sohih. Saya bukan nak burukkan pensyarah terbabit, tapi saya rasa wajar bagi beliau untuk
bertindak dengan cara yang lebih baik sebagai pengamal undang-undang, bukannya senang-senang saje nak memburukkan imej universiti yang belum setahun jagung nak bina 'kewibawaan'.

Saya dapat tahu pasal 'madam' ni pun melalui kawan-kawan saya yang belajar dengannya...agak tak berapa baik kalau saya ceritakan di sini. Tapi boleh saya simpulkan yang cara pengajaran beliau agak ada 'masalah'. Apa yang saya pelik, beliau boleh membesar-besarkan isu ini yang sebenarnya adalah berpunca dari beliau sendiri.

Hakikatnya, beliau pernah mengajar di IPT lain sebelum masuk ke USIM ni, dan beliau juga turut diminta buat sedemikian untuk meneruskan perkhidmatan ke tempat lain..

Mungkin pelajar USIM kene ambil pengajaran dari 'peristiwa hitam ini'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...