Thursday, March 24, 2011

Motivasikan dirimu..


Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al-Quran atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Sedangkan jam sudah diset untuk mengejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tetapi ketika berdering kita tetap terlelap dalam tidur, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, setelah itu menarik selimut untuk meneruskan tidur. Sedangkan biasanya dengan mudah boleh bangun.


Apa yang terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan sebagai hari malang atau tiada mood. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada simptom-simptom segera berjumpa doktor dan memakan ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala ‘bermalasan’ dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita muhasabah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita digunakan untuk mendengar gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagu sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dan sebagainya. Mulut kita jika tidak dapat dikawal, ia seumpama air mengata-ngata perilaku orang lain. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tetapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak berzikir, tak terkeluar dari mulut. Mengapa ya?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Dibolehkan jika kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus Al-Quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah, Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya

credit to: Laman Web ISMA Kelantan

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Wednesday, March 2, 2011

Aku dan bara api itu..



Bismillah wal hamdulillah..
syukur masih lagi dihidupkan dalam nikmat iman dan Islam..

Puas rasanya dapat bersama2 akhawat berada di atas jalan dakwah yang penuh dengan pancaroba ini..
Puas sungguh dapat bersama2 ke mukhayyam baru2 ini..
Puas juga dapat menyambung silaturrahim dengan akhawat yang baru dikenali..
(tapi tak puas timba pengalaman dari akhawat yang banyak pengalaman..selalu ingat term~hunger to success)

Kali ini..hadir bukan sebagai peserta..tetapi alangkah seronoknya jika hadir sebagai peserta..

Apa pun belajar sesuatu yang amat berharga pada 3 hari tersebut..


Sabtu itu..di tepi laut yang diiringi dengan bayu yang sepoi2 bahasa..kami para ajk perlu menyiapkan hidangan untuk barbeque malam itu. Perlu bakar@panggang ayam untuk lebih kurang 90 orang peserta dan menyediakan coleslow..

Nak sediakan coleslow, tak berapa sukar kan??betul tak?
..............................................

Disebabkan itu, aku cuba untuk mencari sesuatu yang baru untuk aku pelajari..

Ye!!hidupkan bara api!!(Pembaca tahu hidupkan bara api??kalau tahu baguslah :)

Akhirnya aku cuba menolong kak rina untuk sama2 menghidupkan bara api..
Subhanallah..susahnya untuk menghidupkan bara api..tapi kak rina tak putus2 asa menghidupkannya..lepas satu2 lilin askar dihidupkan, habis surat khabar di jadikan bahan bakar..hidup juga la bara itu..kak rina tidak banyak bicara..mungkin kak rina juga mencari2 formula untuk menghidupkan dan menyemarakkan bara api itu..

asyik2 terpadam sahaja bara api itu dek bayu laut yang tak berhenti2 menghembuskan nafasnya..

(gambar sekadar hiasan)

........................................................

Beberapa ketika selepas itu, aku turut sama2 mencari idea bagaimana untuk mengekalkan bara api itu..oh..rupe2nye..untuk elakkan bara api itu dari padam, perlu sentiasa dikipas2 dan sentiasa berjaga2..jika sekiranya bara itu hampir mahu ke penghujung hayatnya..cepat2 perlu diletakkan arang baru dan dikipas2..
.........................................................

Apapun..aku dan sahabat pengipas ayam itu..menjumpai satu ibrah dari barbeque itu..

(bara api ini sentiase perlu dikipas, jangan bagi peluang untuk padam)

Bagi kami..arang2 itu ibarat jiwa2 muda mudi pada hari ini..yang mana sentiasa perlu dijaga, dipupuk, dikipas, dipelihara...agar semangat juang mendokong risalah Islam menyarak menyala seperti nyalanya bara2 api di bawah timbunan arang itu..


Jika tiupan semangat kepada ruh itu tidak ada..maka akan padamlah api kebangkitan dalam jiwa muda mudi itu..jelas sekali peranan si peniup semangat (si pengipas) serta sahabat2 yang bersama menyelusuri jalan dakwah (si kawanan arang).


Penting bukan bergerak bersama2 mengatur langkah memacu impian menggapai cita2??

Maka..jadilah salah satu @ kedua2 daripada unsur itu..:)


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...