Tuesday, December 1, 2009

Singgah sebentar...

Bismillah walhamdulillah..

Hari ini saya hendak membawa diri saya dan sahabat2 yang singgah ke laman ini mengenai ayat 46-50 Surah Saba’.

قل إنما أعظكم بوحدة أن تقوموا لله مثنى وفردى ثم تتفكروا ما بصاحبكم من جنة إن هو إلا نذير لكم بين يدى عذاب شديد * قل ما سألتكم من أجر فهو لكم إن أجري إلا على الله وهو على كل شيء شهيد * قل إن ربي يقذف بالحق علم الغيوب * قل جاء الحق وما يبدئ البطل وما يعيد * قل إن ضللت فإنما أضل على نفسي وإن اهتديت فبما يوحي إلي ربي إنه سميع قريب*


Ayat ini memberi semangat dan dorongan kepada kita supaya mencari kebenaran ikhlas kerana Allah, bukannya untuk kepentingan diri atau keduniaan. Selain itu, kita disarankan mencari kebenaran itu samada dengan sendiri-sendiri(individu) atau beramai-beramai(berkumpulan). Dan apabila kebenaran itu datang dalam hidup kita, akan hancurlah kebatilan yang ada.



REALITI hari ini…

Orang yang membawa panji kebatilan lebih berani ke hadapan melaungkan isme2 atau idea2 mereka sehingga mempengaruhi masyarakat umum. Manakala orang yang mendokong panji kebenaran atau al-haq, tidak berani ke hadapan. Jika fenomena ini berterusan, masyarakat pada hari ini akan terus bergelumang dengan kebatilan.

Oleh itu..mereka yang bawa panji kebenaran, sewajibnya melayakkan diri ke hadapan untuk mendidik pemikiran masyarakat.



As-Syahid Imam Hassan al-Banna berpesan~sesuatu gagasan itu akan berjaya apabila:

a) wujudnya keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong~keyakinan ini datang daripada keimanan yang benar, betul dan sejahtera kepada Allah.

b) keikhlasan dalam mendokong

c) semangat yang sentiasa membara serta bersedia untuk berkorban

d) berusaha untuk merealisasikan

DAN keempat-empat ciri ini..ada pada seorang pemuda.






Allah sangat kasih dan cinta pada pemuda sehinggakan disebut dalam kitabNya tentang pemuda ini~ Surah Kahfi

إنهم فتية ءامنوا بربهم وزدنهم هدى


Ketika seseorang itu berada di fasa pemuda~banyak dugaan yang ditempuhi..pada waktu inilah timbulnya konflik dalam diri seorang pemuda, konflik identity diri dan lain2 lagi..


Dan pada waktu inilah seseorang itu perlu bijak membuat pilihan dengan mengasingkan jiwanya dari reality hidup yang cenderung kepada hedonisme. Jika tidak, seorang manusia yang bernama pemuda ini akan terus hanyut dibawa arus kemodenan yang negative.(ada juga moden yang positif)


Sesungguhnya apabila seorang pemuda mencari kebenaran dalam usia yang muda..sesungguhnya Allah amat kasih dan cinta pada hambaNya ini. Allah s.w.t. menyambut pemuda ini dengan tangan yang besar. Berbeza dengan golongan veteran. Memang kebiasaan golongan veteran ini akan mencari kebenaran..taubat..kembali kepada Tuhan.



Oleh itu..wahai golongan pemuda.. janganlah sia2kan waktu usia mudamu..muda hanya sekali..mana mungkin kita akn kembali untuk esok hari..

_________________
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, November 22, 2009

..KEM REMAJA MUSLIM SIRI 2/2009..





SALAM 'ALAIK...

KEPADA PENGUNJUNG2 BLOG YANG ADE ADIK2 YANG SEKOLAH MENENGAH
MENCARI AKTIVITI U ADIK2 ANDA MUSIM CUTI NI
BOLEH LAH JOIN KEM NI...PADA 12-14 DISEMBER 2009...
SANGAT BEST..ADE RAFTING
JUNGLE TREKKING...

KALAU BERMINAT..KLIK KAT BORANG KAT ATAS..
BOLEH DIBESARKAN...

Saturday, November 21, 2009

..Menangislah...

Assalamualaikum...Bismillah wal hamdulillah...

Terima kasih ya Allah atas nikmat iman yang masih berbaki lagi dalam diri ini...

untuk entri kali ni..saya nak share ngan shbat2 semua tentang air mata..

bukan air mata air, tapi tentang jenis-jenis air mata..

sekian lama saya mencari mengenainya...

dan saya jumpa dalam simpanan maklumat tentang air mata ni dalam laptop saya...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut


· Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan


Dari itu.. ..??


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua....

Tuesday, October 27, 2009

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها

Bismillah wal hamdulillah...

Masih lagi dapat menghirup udara Allah yang percuma ni...
Antara nikmat yang paling besar selepas nikmat iman dan Islam..
Terima kasih ya Allah (pinjam word us Ibrahim Khalaf Khilaf)


HALAQAH..

Tengah bersiap sedia ulangkaji halaqah (salah satu subjek yang dipelajari di USIm menggunakan kitab turath..dan sem ni belajar kitab Iqna' karangan alkhatib syarbini) sebab ada imtihan syafawi pagi tu..tiba2..seorang pengawal usim menyapa saya dan rumet saya dan nasihatkan kami agar belajar bersungguh2 selagi masih ada peluang..pak cik tersebut menyuruh kami meneka gaji prof mohd alias..dan dato' nc..sangkaan kami meleset..gaji mereka sangat besar..seperti besar nya kejayaan yang mereka gapai sekarang..semakin bernilai sijil pelajaran kita, semakin tinggi gajinya..

Macamane pulak saya ye??


SITKOM...

Teringat cerita kat tv, balik rumah baru ni..sebuah cerita sitkom komedi "BEREK" yang mengisahkan tentang isteri-isteri polis yang selalu mengadu domba dan tak boleh tengok orang lain senang sikit..paling senang cerita suka buruk-buruk dan fitnah orang. Dan si suami pun nasihatkan si isteri supaya tidak meneruskan perbuatan yang tak best tu..dan ingatkan si isteri supaya bersyukur atas kurniaan yang Allah anugerahkan.

KAHWIN...

Baru-baru ni..kuliahmate saya baru sahaja menamatkan zaman bujangnya..dengan jejaka pilihannya yang merupakan pelajar Usim juga..MABRUK 'ALAIKUMA (wah..termasuk pula citer korang dalam entri aku kali ni..hehee)..dan memang tak sangka mereka akan berkahwin..tahniah buat us Najib dan Norizan..moga kekal hingga ke akhir hayat..dan selepas ini kuliahmate saya akan terbang ke Jordan..ya Allah..best nye,dah rezeki kahwin..rezeki belajar kat Jordan pulak..jeles la dengan izan..hehee..pasni giliran Syamil dan Liyana pula menamatkan zaman bujang diorang..

Ustaz Ubadah DATANG USIM..bersama adik2 Dq yang mengambil degree Usim-Dq diiringi jug a Ustz Hasnah..

Us Ubadah: ya 'Adawiah..
Saya : masha Allah Us..terharunya saya us masih ingat pada saya..(nada gembira amat)
Us Ubadah: Fi ayyi kuliah?
Saya : syariah wal qanun (peh jawab dengan konfiden nya...) takhassus fiqh wal fatwa..
Us Ubadah: masha Allah..akhuha ehsan imam fi masjid negara wa ukht muftiah fi selanjur..
Saya : ameen..(wah us lebih2 pulak puji2..tapi ok gak..satu doa..)

Seronok sangat dapat jumpe dengan mereka..mereka datang seperti membawa satu suasana yang dapat saya rasakan..mereka membawa sinaran al-Quran..tenang..senang..menusuk dalam jiwa saya..masha Allah..Walaupun saya tidak mengenali mereka dengan sedalam-dalamnya..ukhuwwah yang terbina atas al-Quran telah menguatkan hubungan kami..begitu suci dan tulus ikatan ini..rasa ingin kembali ke sana..menyelak helai demi helai dan ayat suci itu berlegar di kepala dan meluncur laju dari bibir ini..tapi itu kenangan pada masa lalu..masih ingat lagi kah aku ayat2 itu..Walau macam mana pun...terima kasih sangat2 yang tak terhingga pada us Shamsul Hakim yang sudi jadi pensyarah tasmi' saya..(^_^)

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها


Saya suka sangat tengok nikmat2 yang orang lain dapat..yang saya tak dapat..pastu persoalkan kenapa lah saya tak macam tu tak macam orang tu...ya Allah..takutnya jadi hamba yang kufur nikmat...

Apa yang saya ada di dunia ni...tak ternilai semuanya. BAnyak sangat..kalau ditulis memang tak muat la..infiniti nikmat yang Allah beri..sejak di alam roh hinggalah di akhirat kelak pengakhiran kita..maka solusinya jadilah hamba yang bersyukur..

Firman Allah:

لإن شكرتم لأزيدنكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد

Teringat saya pada Rasulullah saw..bagaimana baginda bersusah payah menunaikan ibadah nawafil sehingga bengkak2 kakinya walaupun telah dijanjikan syurga..kerana baginda mahu jadi hamba yang bersyukur..Allahu Akbar! qudwah hasanah sepanjang zaman..






Sunday, October 11, 2009

Sejauh Mana Kita Berkongsi di Alam Maya


Bismillah wal hamdulillah..

Keyf hal semua..moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Salam Imtihan dari saya buat semua shbt yang akan menghadapi peperiksaan awal november ni..bittaufiq wannajah..

Sedang berjalan2 membuat aktiviti blog walking..terjumpa artikel dari web pembina.sangat bermanfaat untuk diri ini agar muhasabah kembali tujuan utama dan niat mengapakah blog ini diwujudkan.

Jadi, sukalah saya untuk berkongsi bersama sahabat sekalian...



Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Alam maya tidak dapat tidak, telah banyak mempengaruhi cara hidup kita masa kini, terutamanya terhadap golongan generasi X dan generasi Y kita yang pintar IT and dirasakan tidak dapat hidup tanpa perkhidmatan internet di tangan mereka.

Jika dahulu kita biasa dikagumkan dengan kelebihan sistem Friendster atau Circle 99, sekarang sudah ada bermacam-macam sistem ‘hubungan alam maya' (social networking websites) yang pada asasnya bertujuan membantu kita kekal berhubung dengan kawan lama yang sudah bertahun-tahun terputus hubungan, juga keluarga dan saudara-mara yang berada jauh di mata. Turut digilai adalah aktiviti blogging atau diari maya (online diary).

Kelebihan-kelebihan yang disediakan termasuk berkongsi gambar, video, menghantar pesanan secara maya (online message), serta permainan-permainan secara maya (online games).

Tujuan tulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca merenung sejenak, apakah batasan-batasan yang patut digaris oleh para pengiat alam maya, sejauh mana maklumat peribadi patut dikongsi dan kebaikan/keburukan yang boleh muncul daripada aktiviti ini dan impaknya kepada iman, ‘amal dan imej seorang muslim.

Kebiasaan Perlakuan Penggiat Alam Maya

Ini adalah kebiasaan yang dilihat dilakukan oleh kebanyakkan penggiat alam maya:

  • Berkongsi maklumat diri
  • Berkongsi gambar/video
  • Bermain permainan maya
  • Menulis aktiviti harian/mencurahkan perasaan hati (diari maya)
  • Menulis pendapat tntang isu semasa
  • Bertukar pendapat/berforum, dll

Tujuan Tidak Menghalalkan Cara

Seperti yang digariskan tadi, antara tujuan-tujuan yang biasa dikemukakan adalah:

  • Mencari rakan belajar/kenalan-kenalan yang terputus hubungan
  • Mencari kawan baru di alam maya
  • Sebagai tempat meluahkan perasaan/melepaskan tekanan (permainan maya, diari maya)
  • Bertukar-tukar maklumat

Sebagai Seorang Muslim

Tidak dapat tidak, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah terhadap segala tindak-tanduk kita dengan tatasusila Islam. Ini kerana Islam adalah cara hidup kita, bukan hanya di hati sahaja, tetapi juga di tangan kita, di mata kita, di minda kita, di jari-jemari kita, di pakaian kita, dan juga di alam maya kita.

Saya menyeru agar kita meletakkan visi yang jelas dan terang dalam mengambil peluang terhadap segala kecemerlangan teknologi maya ini untuk:

  • Memperluaskan lagi ilmu pengetahuan kita untuk pembangunan manusia:
    • ilmu al-quran
    • ilmu hadith
    • ilmu feqah
    • ilmu sejarah
    • ilmu teknologi, dll
  • Mempamerkan keagungan sejarah islam kita
  • Berdiskusi secara sihat tentang:
    • isu-isu semasa di tanah air
    • masalah-masalah sosial masyarakat islam
  • Berkongsi maklumat tentang saudara-saudara kita di Negara-negara Islam lain
  • Membuat kutipan dana untuk membantu saudara islam kita, tempatan mahupun di luar Negara
  • Mempromosikan aktiviti-aktiviti islami yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan, padang-padang, sekolah-sekolah dsb.
  • Menghasilkan karya-karya yang menyentuh minda dan menyemarakkan iman dan menggalakkan ‘amal
    • Gambar
    • Video
    • Tulisan
    • Ucapan, dsb
  • Membentangkan rancangan musuh-musuh dalam menjatuhkan maruah manusia ke lembah kehinaan
  • Dll

Anda Adalah Apa yang Anda Lakukan

Semua orang ingin berjaya, semua orang ingin dikenali. Percayalah, hanya di sisi Allah s.w.t lah yang seharusnya kita sasarkan kedudukan kita. Apabila anda telah tetapkan visi dan misi anda berkecimpung dalam aktiviti alam maya, anda akan tahu batasannya, kerena ia sepatutnya bukan tentang anda, tetapi tentang visi dan misi anda. Semoga penglibatan anda di medan maya member impak maksima terhadap iman, ‘amal dan imej seorang muslim di mata dunia.

Mastura Mohd - AJK Pembina Selangor


Friday, September 18, 2009

Salam 'Eidul Fitri..


Assalamualaikum wbt..

Buat sahabat2 yang mengenali saya juga sahabat2 di alam maya, selamat hari raya saya ucapkan, maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terguris hati, tersalah faham, terjeling mata dan sebagainya yang terlanjur..

Moga dengan barakah fitri ini, kita benar2 kembali kepada fitrah manusia; bersih dari noda dan dosa lantaran menyambut kemenangan umat Islam, bukan sekadar melaungkan takbir, tetapi menghayati erti kemenangan itu sendiri.

~Salam Lebaran buat semua samada yang dekat @ jauh di mata, di tanah air Malaysia juga di perantauan (^_^)

Thursday, September 17, 2009

Di Ambang ‘Eid Mubarak..

Bismillah wal hamdulillah


Masih lagi dapat menghirup udara anugerah Allah yang percuma ini..


Dan kini tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya…Ya Allah..terasa baru sahaja hendak merasai nikmat beramal ibadat..tapi bahang Ramadhan itu sudah mahu berlalu pergi..Oh tak mengapa..moga tarbiyyah ta’abbud di bulan ramadhan ini mampu menjadikan diri yang lemah ini istiqamah dalam mengamalkan ibadat nawafil.

Salam Penghargaan dan Seinfiniti Kemaafan

Kali ini entri ini dicoretkan untuk merakamkan (peh bahasa formal nye) setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan pada pihak pengurusan kolej, Madam Roslizawati (Pengetua yang baik), En Hakim (PPA yang berdedikasi), En Azmil (PA yang bersungguh2) dan Puan Anne, juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Kebajikan Siswi Kolej Kediaman Nilam Court umumnya dan khususnya kepada para AJK saya yang dikasihi Allah kerana bertungkus lumus menjayakan Program Ibadah kita iaitu Program Ihya’ Ramadhan..tanpa kalian siapalah saya…tak mampu untuk melakukan segala2 kerja (dari mula menghantar kertas kerja, menguruskan khemah untuk terawih, menggunakan PA sistem yang paling baik, membentang tikar sejadah sehinggalah serve jamuan untuk para imam terawih) dengan menggunakan tulang empat kerat ini…JZKK sahabat2 jaksa sekalian..Hanya Allah sahaja selayak2 kuasa yang dapat membalas jasa kalian..Dan tidak dilupakan jutaan terima kasih diucapkan buat Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden, ISMA, kerana sudi menjejakkan kaki ke Kolej saya, memenuhi undangan saya sebagai penceramah untuk Ceramah Ramadhan..


Mohon kemaafan dipinta pada semua sahabat2 jaksa dan AJK saya khususnya andai pernah dimarahi saya atau terkasar bahasa dalam melaksanakan tugas, terjeling mata, terjuih bibir, termuncung mulut, tercalarkan hati2 milik sahabat2 dan segala perlakuan badan (language body) atau bahasa yang menyakitkan harap dimaafi. Diri ini amatlah tidak sempurna dan sering dihiasi dengan kekurangan2..maka sahabat2 yang ada di sekeliling sayalah yang layak menampal kekurangan2 saya itu…Terima kasih sahabat2 ku..



Program Ihya Ramadhan 2009


Walaupun dari fizikalnya, Program Ihya Ramadhan ini tampak berjaya dihiasi dengan Tadarus, Solat Terawih, Qiyamullail, Pertandingan Tazkirah, Tulis Risalah dan lain2 lagi…tetapi jiwa saya yang kerdil ini masih lagi tidak berpuas hati dengan pencapaian diri ini..amal ibadat yang dilaksanakan bulan Ramadhan kali ini tampak hambar dan suram..tidak seperti Ramadhan yang lalu..begitu menyempitkan dada ini..Ya Allah Ya Rahman…Di manakah tahap puasa ku kali ini..Di manakah tahap ibadah ku kali ini..


Pengajaran yang dipelajari sepanjang Ramadhan


Sepanjang Ramadhan ni..tak delah post yang menarik sangat..Cuma ada beberapa detik yang dilalui yang sangat mengajar diri ini..


Untuk pengetahuan pembaca setia blog ni (ada ke org bace? Buat2 ade la..hehe), fikiran saya sangat berkecamuk apabila perlu menyelesaikan banyak2 kerja dalam masa yang sama..

muka sedih la kononnya ni

Pada hari Ahad lepas (13 Sept) yang lalu..Biro saya menganjurkan dua program pada hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza..Pada waktu paginya Program Seminar Bijak Berbicara dan di sebelah petangnya Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan… Memang haru-biru pada sebelah pagi… tapi buat2 tenang dan relax je la (tapi muka masam campur bengang2 skit tu x dapat disorok bile tengah tension)…dengan masalah2 yang baru timbul, air-cond DKF tak delah..tak mohon surat kelulusan untuk buat program masa hari cuti lah..bas nak balik tak de lah..dan macam2 lagi yang mentensionkan kepala yang sedia serabut ni…


Dan akibatnya, lambat lah sikit sampai ke kolej kediaman menyelesaikan masalah pengangkutan..(geramnye lah masa tu!)


Alhamdulillah..program sebelah petang berjalan lancar..tanpa kehadiran saya di awal waktu..rasa bersalah dengan sahabat2 jaksa lain..tapi nak buat camaner..dah jadi camtu..tak rancang pun…


Ibrah yang paling terkesan di hati ni

1.Bile dah banyak berkomunikasi dan bergaul dengan banyak orang, kita mula membaca dan memahami gaya orang2 itu yang pelbagai kerenah, mengajar kita bagaimana berkomunikasi dengan efektif.


2.Alam sekeliling mentarbiyyah diri saya bagaimana berurusan dengan manusia yang penuh dengan emosi (lebih2 lagi perempuan) berurusan dengan menggunakan gaya bahasa yang terbaik walaupun dalam keadaan marah (tapi kengkadang tu terlepas gak kate2 yang tak best kalau dah bengang sangat).


3.Dan yang paling best, mengajar saya erti ukhuwah walaupun berbeza fikrah (isma ke Pembina ke Nisa’ ke MPP ke SPMM ke PMI ke GAMIS ke and whatever)..dan yang semestinya yang mendokong Islam itu…dan saya selalu didedahkan bagaimana berukhuwah antara satu fikrah sahaja..yang kadang2 bagi saya latihan ini memupuk persepsi yang tak baik kepada orang yang tak sefikrah dengan saya. TAPI saya belajar meneutralkan kedua2 keadaan..tidak mahu melaga2kan..dan berlapang dada adalah cara yang terbaik yang telah diajar dan dipupuk oleh murabbi pertama saya yang telah menemukan saya apa erti menganut Islam dan dakwah, baru tidak rugi..


Apa yang penting pengajaran yang paling bermakna..setiap apa yang dirancang, x semestinya berakhir seperti yang diinginkan kerana di akhir masa itu ada satu kuasa yang menjadikan ia kenyataan atau tidak. Itulah Dia Allah YAng Maha Agung Lagi Maha Perkasa..


Manusia Merancang, Allah jua Merancang, Dan Ingatlah Allah itulah Perancang yang Mutlak.

Monday, August 31, 2009

Malam Merdeka itu....

Bismillahirrahmanirrahim... Malam ini sudah malam kesepuluh berterawih..tapi masih tak de zouq ramadhan lagi..kenape eh...hm..tak tahulah..itu lah skip usrah sebelum ramadhan...(*_*) ~Dan pada malam merdeka itu...~

Di dataran kolej nilam court

Seorang pak cik berbaju biru memanggil saya tatkala sedang duduk berbincang permasalahan terawih..dengan muka pak cik yang serius itu...ada sedikit kecuakan di hati ini...

"mana jaksa..pak cik nak jumpe sekejap..mari kita ke post.."


"alamak..apsal ni..sape la yang buat hal.."(bisik hati saya)

Di pondok pak guard

"Ha..cube awak tengok ni ape..seluar jeans..tadi pak cik ade tegur seorang pelajar ni..ingatkan dia yang tak boleh pakai seluar jeans...die nak pergi camelia court..pak cik kate kat die..kalau nak keluar boleh..tapi nak masuk kolej nanti pak cik tak bagi...tup2 masa dia keluar..dia kate kat pak cik..

"ambil la seluar saya ni!" (dengan nada yang agak tidak menyenangkan orang tua mendengarnya..)

"Itu yang membuat pak cik rasa....jadi pak cik nak kamu nasihatkan dia sekejap lagi..dia pergi camelia..lepas ni kamu jumpa la dia.."

"baiklah pak cik .." jawab ku.

Seusai sahaja kaki mereka melangkah masuk ke pintu kolej kediaman..
"Adik..mari sini kejap.."panggilku..

Saya pun berkenalan dengan mereka dan bertanyakan isu seluar jeans itu..adakah benar mereka yang memakainya? Sudah tahu kan tak boleh pakai seluar jeans..ataupun buat2 tak tahu..Entahlah susah juga cakap dengan manusia ni..kita bukan nak berlagak baik..tapi cuma nak membetulkan apa yang songsang sahaja..

Ape pun..mereka tak mengaku apa2 pun pasal seluar jeans tu...

Yang paling best boleh dia argue kat saya yang kita ni tak boleh nilai orang dari luaran sahaja..hm..memang lah betul ape yang disebutkannye itu..getus hati ku...jadi mafhum mukhalafahnya..kita nilai dari dalaman lah kan..hati?iman?itu bukan kerja saya untuk menilai elemen tersebut..itu kerja Allah..

Lantas saya bertanyakan mereka berdua...adakah Islam itu nampak dari dalaman? Sudah tentu tak nampak dari dalaman..dan imej Islam itu nampak dari luaran..dan kita akan bawa imej Islam seperti apa kita sebenarnya..dan kalau pakai tak tutup aurat..maka itu lah kita orang Islam yang bawa imej Islam..dan tak ada bezanya.. Saya juga menegur pemakaian mereka yang memakai baju lengan pendek dan hand sock..memang lah tak salah..tapi kalau boleh kita tak nak jadikan pemakaian seperti itu satu budaya...kerana bagi adik tersebut..mengapakah usim sendiri menggalakkan pemakaian begitu?dan tidak menyalahkan cara pemakaian seperti itu..

Saya cuma mahu adik tersebut berfikir..tidak semestinya segala telunjuk universiti mesti diikut...di manakah tahap minda kita? Tidak bolehkah berfikir seiring dengan apa yang kita belajar...
Akhirnya..saya lepaskan mereka dengan pengakhiran taaruf sesama kami.

Selepas bertemu enam mata...

"Macam mane bebudak tu.."


"Pak cik, bukan diorang la yang pakai seluar jeans tu..."


"Ya Allah..awak ni..orang buat salah mana nak mengaku..pak cik ingat muka dia..tak kan pak cik nak tipu pulak.."


"Ha! Aku da kene tipu la ni..wa..free2 je dia kenakan saya..berani betul buat gini dalam bulan mulia ni..."


"Itu lah..kalau dengan pak cik pun tak de budi bahasa dan sopan santun..macam mane tu..pak cik bukan ape..pak cik buat tanggungjawab pak cik aje..dah termaktub dalam peraturan kolej tak boleh pakai jeans..tak boleh la..dan yang pak cik panas hatinya..dia boleh bersikap kurang ajar dengan orang tua..lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni..saje je cari pasal.." "Pak cik tak tahulah apa nak jadi..pelajar senior ..macammana adik2 kamu tak ikut benda2 yang tak baik..kalau senior tunjuk teladan tak bagus...belajar aje tinggi2 tapi..mane pergi nye budi bahasa..apa yang kamu belajar kat kuliah..kalau ikut pak cik..kes macam ni boleh jadi kes besar kalau pak cik lapor pada hep..dengan pakai seluar ketatnya.."

HUKUM ALLAH vs PERATURAN ASRAMA

Tutup aurat yang sempurna sudah berkali2 diingatkan..mungkin diibaratkan seperti air dicurah ke daun keladi..buat2 tak faham saje dengan apa yang dipelajari..

Allah memerintahkan kita supaya menutup aurat..banyak maslahah sebenarnya..elakkan orang lain dari buat maksiat kering, elak dari dirogol, elakkan dari timbul fitnah dan setiap undang2 yang dicipta Allah adalah untuk kemaslahatan hamba2Nya juga..

Seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.Surah al-Nur: 31


mungkin tak habis ngaji kot..dan tak jumpe lagi ayat ni..


Dan nampaknya peraturan asrama ni bertepatanlah dengan apa yang disebut dalam al-Quran, tak boleh pakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan termasuklah seluar jeans yang ketat, seluar ketat dan sewaktu dengan nya..


Peraturan asrama yang dicipta oleh manusia memang ada kekurangannya..tapi jika ia bersandarkan pada Quran, Sunnah, Ijma, Qiyas, istihsan, masalih mursalah, urf, istishab..maka ia disepakati dan diterima pakai...


p/s: apalah nak jadi dengan produk usim..memeningkan...

dan esok nntikan berita panas dari pak cik sempena malam merdeka...










Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan: Tetamu yang diRindui...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah..masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam hingga ke saat ini..

Dan pada hari ini sudah menjelang 4 Ramadhan...

Rasa seperti tak percaya aje..

Dan kali ini, aku membuka lembaran madrasah ramadhan ini dengan satu tragedi yang paling pahit dalam hidup ku..

Sehari sebelum berpuasa..(Jumaat~21 ogos 2009) Malang tak berbau..

Sepanjang lebih kurang seminggu aku cuti break sem..tapi macam tak cuti juga..x sempat pun nak berbakti pada ahli keluargaku...tapi..alhamdulillah..pada pagi Jumaat itu..aku diberi kesempatan olehNya untuk aku menghantar bondaku ke bank..untuk menguruskan hal kewangannya...

Dalam perjalanan pulang..terasa begitu bengang sekali dengan pemandu2 motorsikal ni..sesuka hati mereka sahaja untuk mencelah di antara kereta2 yang berada di atas jalan raya ini...termasuklah kereta yang dipandu olehku..sebab takut terlanggar diorang..kita pula kena terlebih berhati2!:(

Kereta yang dipanduku dipandu begitu berhemah sekali (ye ke?? ye!)...

Itulah..malang tak berbau...

Sewaktu saat2 aku membelok kereta untuk memasuki perkarangan rumahku...aku berlanggar dengan sebuah motorsikal yang dipandu oleh seorang lelaki yang tak dikenali warganegara dan agamanya...

Ya Allahu Akbar!!!
Aku langgar orang! Nasib sempat brek!!!kalau tak..mesti aku langgar orang tu..dan...handle motor tu patah!! Tapi nasib orang nye tak patah ape2...

Alamak..langgar orang pulak!!!

Waja oh waja...baru sebulan aku bawa kereta arwah abangku..dah accident!


Malam Pertama Solat Terawih

Kesian anak buah aku, Yahya dan bondaku..
Terpaksa lewat mengerjakan solat maghrib lantaran menemaniku membuat report di Balai Polis Bukit Idaman di Selayang yang di kelilingi bukit..
Cuaknya bawak kereta dekat bukit ni..

Selepas pulang membuat report, anak buahku terus menyiapkan diri dan terus ke masjid mengerjakan ibadah terawih..

Terima kasih ye mak dan yahya..

Dan aku..masih termenung dan termangu2 akan kejadian tengah hari itu..
Seolah2 seperti mimpi..aku membuka lembaran ramadhan ku dengan satu noktah hitam dalam diari hidupku...satu rekod yang cukup tak baik..dan satu permulaan yang perlu dipersoalkan pada diri ku kembali..apekah dosa yang telah aku lakukan..ya Allah...

Persiapan Menjelang Ramadhan

Setulusnya..nampaknya inilah Ramadhan yang paling suram persiapanku..tak sempat nak buat persiapan rohani..asyik sibuk naik turun HEp dan canselori untuk lulus kertas kerja ihya' ramadhan di kolej kediaman ku.. penat berhadapan dengan prosedur ni..silap hari bulan tarik diri dari buat program..

Tapi Alhamdulillah..Program yang paling mulia yang diatur oleh Allah ini (kedatangan Ramadhan)..aku tak nak sia2kan kehadirannya..aku mahu adik2 di sini dapat merasai ruh Ramadhan itu..dengan menganjurkan beberapa program...tapi aku masih juga tak berpuas hati...
sebab program yang diadakan itu nampak dari segi fizikalnya sahaja..kesan di hati untuk lebih membangunkan iman?untuk merasai susah sengsara mujahid2 di mendan badar?jauh sekali untuk mencapainya...
Ramadhan: Tetamu yang diRindui...



Kini aku masih di dalamnya..madrasah Ramadhan..seperti tahun2 yang lalu..
Ketika aku masih di Tahun 2, Tahun 1 dan paling tidak dilupakan kenangan Ramdhan di Darul Quran..tentu berbeza sekali di Usim ini..

Walaubagaimanapun.. kali ini..Ramadhan yang disambut keluargaku amat menggembirakan hati kecilku..

Rumahku dicat dengan warna baru..sempena sambut Ramadhan fikirku di kotak fikiranku..

Cuma aku masih belum merasai ruh Ramadhan itu sendiri..

Apa pun..inilah peluang yang Allah beri kepadaku untuk menjalani tarbiyyah di bulan ini..
Berbeza sekali dengan mereka yang telah meninggal dunia..jiran di kampungku..meninggal dunia sebelum Ramadhan..abangku..mereka sudah tidak dapat mengecapi nikmat Ramadhan ini..

Ku harap..Ramadhan kali ini mampu menjana iman ku dan membuahkan buah amal yang manis sebagaimana dinamo berputar dan mengeluarkan cahaya yang terang-benderang...






Saturday, July 25, 2009

Fitnah @ Fitrah??


gambar sekadar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri kali ini..meruntun diri ini sabar, gigih dan kuat menghadapi mehnahNya...

Fitnah @ Fitrah??
Sekali baca tajuk entri ni, macam dah faham nak citer pasal ape...tapi kengkadang konfius juga...

Sebelum kita menyentuh tajuk ini yang dikira agak sensitif, ingin saya berkongsi kejadian realiti yang sedikit sebanyak menyesakkan dan menyempitkan dada saya ini..



DI NILAM COURT

Episod ini bermula apabila saya dengan seronoknya ingin ke cyber cafe pak din untuk fotostat iklan israk mikraj yang akan disampaikan oleh ydp saya pada keesokan malamnya..Selepas keluar sahaja dari pagar Nilam Court, saya ternampak satu iklan kecil iaitu satu papan tanda berbentuk larangan kelihatan dari jauh digantung di pintu pagar..Hati saya bersorak kegirangan, kerana saya memikirkan papan tanda larangan tersebut adalah papan tanda larangan "dating". JAdi..saya pergi dekat2 untuk memastikan apa yang saya lihat itu benar atau tidak...Hati yang sebentar tadi bgitu girang bertukar sugul kerana apa yang saya fikirkan tersebut tidak benar! Hmph! Rupenye larangan parking kereta kat situ...ingatkan larangan dating!! Saya pun terus khabarkan pada pak guard, seandainya ada ternampak penghuni nilam court ni dalam keadaan yang mencurigakan, terus sahaja bagi syarahan! Tak pun buat terus laporan pada pengurusan nilam...Dan pak cik tu pun setuju dengan saya.

SELEPAS KEMBALI DARI CYBER CAFE PAK DIN

EHm..(agak glamour juga la pak din ye..sampai masuk dalam citer aku kali ni)...Mata saya ini terbehenti pada sebuah kereta pesona yang berwarna purple...mata ini menyaksikan suatu drama yang cukup2 membuatkan hati ini hancur luluh....(Maaf la kepada yang terlibat kerana saya melakarkan kisah kalian di sini sebagai peringatan untuk saya yang lemah ini)..

Walaupun mereka tidak berpegang tangan, tak berpeluk2 dan sebagainya..tetapi mereka berdua-duaan..disaksikan oleh mata-mata yang suci di nilam ini..disaksikan oleh adik2 junior..pak guard dan yang lain2. Dan syaitan berjaya melaksanakan tugasnya..Seusai sahaja kaki ini melangkah ke dalam pintu pagar, pak guard terus menyapa ku..aii..nampaknya bos besar dah memulakannya..iye! saya sangat malu pada pak cik..kerana sebentar tadi baru sahaja saya menyarankan pada pak cik agar tegur terus perbuatan sumbang tersebut. Tapi..

DI DARUL QURAN



Teringat sebuah kisah di DArul Quran..(Tempat barakah yang menyimpan 1001 kenangan manis saya di sana)...Ada seorang ustaz cerita pada saya dan kawan2 saya....tentang "Fitnah dan Fitrah ni"...

Nak dijadikan cerita...ketika saya belajar di sana..pelajar lelaki dipanggil banin..pelajar perempuan dipanggil banat..panggilan manja..dah tua2..dipanggil banin dan banat...Kelas kami bermula seawal jam 8 pagi, kelas pertama kami iaitu kelas tasmi' al-Quran..

Beberapa tahun sebelum kehadiran saya sebagai pelajar di situ, kelas2 tasmi' banin berada di tingkat atas...dan kelas tasmi' banat berada di bawah..Dan menurut cerita ustaz tersebut..pelajar2 banin yang berada di Tahun 1 dan 2 sangat baik, menjaga hafazan dan pandangan..kerana jika tidak dijaga takut2 boleh menimbulkan fitnah..fitnah...fitnah...Tapi..bile dah Tahun akhir...dah nampak dah belang masing2...pandangan dah tak dijaga seperti dulu...iyelah..fitrah..fitrah..


BILA MANA IA DILABEL FITNAH

Manusia, lelaki mahupun perempuan sewajarnya fitrahnya akan memiliki rasa suka atau tertarik pada lawan jenisnya. Itulah fitrah yang telah diciptakan Allah terhadap hamba2nya..

Ia menjadi fitnah apabila kita melakukannya tanpa mengikut syariat..berdua-duaan..bermesej-mesejan..dan yang sewaktu dengannya…

Ia menjadi fitnah…apabila mata-mata lain yang memandang melahirkan pandangan negative dan menjengkelkan…

Ia menjadi fitnah...kerana ikatan antara dua insan ini telah dinodai dengan dosa-dosa dan tidak diberkati oleh Allah..

MEMANG INI ADALAH FITRAH

Lelaki suka pada perempuan dan sebaliknya adalah fitrah yang diciptakan Allah..dan ia perlu disalurkan pada jalan yang betul dan terhormat…Bukannya dengan mengambil jalan pintas…dating sana..dating sini…agar memenuhi tuntutan hawa nafsu…

Maka pernikahan adalah solusinya…

Islam mengharamkan zina..kerana Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan terhormat untuk memformat kasih dan sayang antara dua jenis manusia. Dan melalui perkahwinan ini juga akan terlahir keturunan yang terhormat. Dan sangat wajarlah jika pernikahan menjadi suatu peristiwa diharapkan oleh mereka yang memiliki kesucian fitrah…

“ Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan..” (hadis riwayat Hakim, disahihkan dengan syarat2 Muslim)

Thursday, July 23, 2009

Program Imam Muda 2009


Program Imam Muda 2009



Tarikh : 8 Ogos 2009

Hari : Sabtu

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Tempat : Masjid Putra, Putrajaya

Anjuran : Biro Pembangunan Insan KKNC, USIM dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya

Penyertaan : Terhad kepada 40 orang terawal

Objektif : untuk melahirkan generasi mahasiswi yang bukan sahaja dapat menjadi ketua memimpin pelajar dalam organisasi malah dapat menjadi ketua (imam) dalam solat.

Tuesday, July 21, 2009

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL




Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam isteri, yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. InsyaAllah."

Sumber: Sahabat dari UM

Friday, July 10, 2009

Hakikat Kehidupan Manusia


Pertama kali kene bagi tazkirah di hadapan adik2 SMAP Labu yang bijak2 sana…

Permata pertama yang dilontarkan saya petik ayat Quran yang bermaksud:

Apakah kamu menyangka bahawa kejadian kamu dari tiada kepada ada adalah satu yang sia2?

Persoalan2 yang saya timbulkan pada mereka….

Adakah kamu berfikir penciptaan kamu di muka bumi ini satu yang sia2?

Adakah hakikat penciptaan manusia berbeza-beza antara seseorang dengan yang seseorang yang lain?

Apakah hikmah di sebalik penciptaan manusia?

Apakah yang dimaksudkan, dunia itu satu tempat ujian bagi manusia?

Mengapakah hati kita masih dihiasi dengan keindahan dunia?

Sudah pasti tidak sia2!
Apakah kita semua tidak melihat..bahawa..
mata yang Allah ciptakan ini tidak sia2 dan mempunyai fungsinya yang tertentu…
telinga yang Allah ciptakan ini tidak sia2 dan mempunyai fungsi tertentu…
kaki, tangan, peluh….

Jika anggota badan manusia itu mempunyai tujuannya..apatah lagi manusia ini…pasti ada tujuannya…

Terfikir dan pernah terlintas di hati ini….mesti Allah ciptakan Dr Zainur Rasyid menjadi pendakwah yang hebat dan dalam masa yang sama merupakan seorang doctor…pernah juga terfikir..Allah jadikan ustaz halim untuk jadi pendakwah bebas…terfikir..Allah jadikan si fulan ni…untuk jadi tukang sapu sampah dll…

Tapi sebenarnya…bukanlah itu jawapan hakiki bagi tujuan penciptaan manusia.

Yang Pasti! Hakikat penciptaan manusia itu SAMA.

Mata yang ada pada Dr Zainur..Ust Halim…Tukang sapu sampah…semuanya mempunyai tugas yang sama..ya! untuk melihat! Maka tugas kami semua sama….

Mari kita lihat apa tugas kita…

Dari Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud Sesungguhnya Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini…

Dan..itulah sebenarnya tugas kita..khalifah di muka bumi..memakmurkan bumi dengan hukum2 Allah…mengajak manusia kepada kebaikan..menyembah Allah yang Esa..nasihat-menasihati..bersabar walau dalam kepayahan…dan macam2 lagi…

Kita takkan dapat lihat tugas kita ini andai kita berada dalam kekufuran…kerana orang kafir tujuan hidupnya adalah berlandaskan keduniaan sahaja..semata-mata kerana dunia..dan mereka tak akan dapat singkap hikmah kehidupan ini…kerana mereka tidak percaya pada perkara ghaib (wahyu) dan kita mengetahuinya melalui utusanNya…

Ya! Dunia itu satu tempat ujian! Kerana pada masa hidup sahajalah kita dapat melakukan amal..hanya dalam tempoh yang singkat…dan balasan di akhirat adalah selama-lamanya..satu tempoh yang sangat lama dan kekal abadi…Dalam melakukan amal…pelbagai dugaan dan cabaran mendepani kita..terdedah untuk melakukan maksiat…. Dunia ini adalah satu tempat yang akan menyaksikan amalan kita…

Dan kematian akan menyusul..kenapa pula Allah ciptakn mati? Untuk menguji sejauhmana tahap keimanan dan ketakwaan atau kekufuran…dan yang paling utama kerana…menurut ayat 2 surah al-mulk…yang bermaksud..Allah menciptakan mati dan hidup itu untuk menguji di antara hamba-hambaNya siapakah yang paling baik amalannya…

Maka buah amal yang manis itulah hasilnya sepanjang kehidupan kita di dunia yang fana ini…

Hati saya kadang-kadang mengiyakan persoalan di atas…tapi cepat2 ditangkis dengan zikrullah…astaghfirullahul ‘azim…

Hati itu merasakan begitu.kerana Allah telah menghiasi hati tersebut dengan perhiasan duniawi..sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam golongan sedemikian…

Hanya keimanan yang tinggi..ketakwaan yang teguh..kebergantungan kepada Allah yang jitu..akan diselamatkanNya..dan Allah akan hiasi hati-hati ini dengan perhiasan akhirat..dengan janji syurgaNya..

Itulah dia hakikat kehidupan manusia…yang akhirnya akan menemui Ilahi…membawa bukti untuk dibentang di hadapan Allah…apakah ia mendapat ganjaran atau sebaliknya..

Allah mengangkat martabat manusia lebih tinggi dari makhluk lain..bukannye kerana ape..cume kerana ada tugas yang Allah anugerahkan buat kita..iaitu..KHALIFAH FII AL-ARDH!!

Hati Ini Gundah Gulana

Bismillah walhamdulillah

Di tengah kesibukan menghadapi peperiksaan juga dengan kehadiran adik-adik baru di Nilam Court..agak menyulitkan perasaan di hati…adik2..tarbiyah adik2…buku..exam…periksa…imtihan…kemudian..program pula…

Ya Allah..jangan lah Engkau biarkan aku tenggelam dengan kesibukan ini..sehingga lalai dan alpa tanggungjawab ku yang utama ke sini…belajar lillah…

Program semuanya dah beratur…menunggu kehadiran peserta saje…

Ya Allah…mampukah program-program ini menyatukan hati-hati kami?

Ya mampu!
Seandainya kita tahu yang mengaturnya adalah Allah…dan kejayaan itu bukan dari hasil tangan dan titik peluh kita…ia takkan terjadi melainkan dengan izinNya.

Dan yang paling menyebabkan jiwa ku gundah gulana bila mendapat khabar dari ukhti kas yang mengatakan program malam ni boleh on….Ya Allah Ya Rabbi….baru je habis exam tadi..terus je dapat tugasan ni…Ya Allah..macam mana persediaan?? Takut sangat nak berhadapan dengan orang kalau tak de bekalan…tapi kalau dah usaha cari bahan untuk program ni, sangat ok…Ya Allah..permudahkanlah jalanku ini…

Balik je asrama..terus makan tengahari dan cepat2 capai buku..alhamdulillah..ada juga bahan untuk malam ni…ya! Dah sepakat dengan kak elin…HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA..menjadi pilihan…

Tiba-tiba…diserang kebimbangan..rumet yang saya sayangi demam pula..alamak..takkan nak pergi je…harap kak ira faham…dan saya mohon pada Allah, moga dengan keredhaan kak ira dengan apa yang saya buat dapat jadi kifarah pada demam tu..amin….

Tuesday, June 30, 2009

Ahlan Ya Rajab

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


rujukan: iluvislam.com dan www.al-azim.com

Thursday, June 18, 2009

Isi lebih cantik dari kulitnya




Bismillah wal hamdulillah..

Malam ni, baru la dapat nak berkongsi rasa...

Tak lama lagi..akan bergelar lah diri ini senior tahun 3 Fiqh Fatwa..
Macam gah bunyinya..
Tapi layakkah aku....
Untuk bergelar mahasiswi Islam suatu hari nanti

Dengan ilmu yang ceduk-ceduk
Dengan presentation yang terangguk-angguk
Adakalanya bile berbahasa arab macam berabuk
Berbahasa english..lagilah hancus..

Baru dapat menyelami perasaan para senior yang bebetul menghargai masa belajar ini..
Pernah diingat selalu hal ini...
tapi diri yang tidak mahu merebut peluang yang ada..

Ya Allah..
Apalah yang boleh aku sampaikan kepada masyarakat di sana..
Tersalah ijtihad, dapat satu pahala..
Tapi kalau asyik salah je...
Dapat pahala ke...

Lagi 2 tahun untuk menuntut ilmu di sini...
Masih ada masa lagi untuk baiki kekurangan yang ada
Cuma kengkadang diri tak teguh dek panas..
tak tahan dek hujan..
Baru diuji sedikit dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran..
Rasa diri tidak berada di bawah lindungan Tuhan..

Ya Allah..
Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang..

La tai'asu min rauhillah...

Terus usaha..
Kata mahu jadi serikandi Islam, pemacu umat

Aii..takkan baru diuji sedikit..sudah melatah..
Malas..Bosan..Penat..Tak larat..Jemu..dan seumpama dengannya..

Sebelum nak merasakan diri itu pelajar Tahun 3 Fiqh Fatwa..
Perlu diingat ye..

Bulan depan peperiksaan..
Buat sahabat-sahabat yang ada terajin baca blog ni..saya pohon sangat pada sahabat semua, agar doakan kejayaan saya ye..dipermudahkan untuk jawab periksa..

Tarikh exam:7 hingga 9 Julai
Naik sem aje..terus exam
Exam ganti masa pospone exam tempohari (masa tu abang saya meninggal)
3 paper: Qawaid Fiqhiyyah, Malaysian Studies dan Mabahith Adillah Ahkam..

3 paper yang agak sukar untuk studi sorang-sorang..
Tapi ape boleh buat..
Terpaksa ambil juga..
Tak tahulah kali ni..dapat DL lagi atau tak..
Macam payah aje..

~harap sangat sahabat-sahabat doakan saya dipermudah untuk melalui imtihan ini~
JZKK

Friday, June 12, 2009

Jom Temuduga


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal...
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...