Tuesday, October 27, 2009

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها

Bismillah wal hamdulillah...

Masih lagi dapat menghirup udara Allah yang percuma ni...
Antara nikmat yang paling besar selepas nikmat iman dan Islam..
Terima kasih ya Allah (pinjam word us Ibrahim Khalaf Khilaf)


HALAQAH..

Tengah bersiap sedia ulangkaji halaqah (salah satu subjek yang dipelajari di USIm menggunakan kitab turath..dan sem ni belajar kitab Iqna' karangan alkhatib syarbini) sebab ada imtihan syafawi pagi tu..tiba2..seorang pengawal usim menyapa saya dan rumet saya dan nasihatkan kami agar belajar bersungguh2 selagi masih ada peluang..pak cik tersebut menyuruh kami meneka gaji prof mohd alias..dan dato' nc..sangkaan kami meleset..gaji mereka sangat besar..seperti besar nya kejayaan yang mereka gapai sekarang..semakin bernilai sijil pelajaran kita, semakin tinggi gajinya..

Macamane pulak saya ye??


SITKOM...

Teringat cerita kat tv, balik rumah baru ni..sebuah cerita sitkom komedi "BEREK" yang mengisahkan tentang isteri-isteri polis yang selalu mengadu domba dan tak boleh tengok orang lain senang sikit..paling senang cerita suka buruk-buruk dan fitnah orang. Dan si suami pun nasihatkan si isteri supaya tidak meneruskan perbuatan yang tak best tu..dan ingatkan si isteri supaya bersyukur atas kurniaan yang Allah anugerahkan.

KAHWIN...

Baru-baru ni..kuliahmate saya baru sahaja menamatkan zaman bujangnya..dengan jejaka pilihannya yang merupakan pelajar Usim juga..MABRUK 'ALAIKUMA (wah..termasuk pula citer korang dalam entri aku kali ni..hehee)..dan memang tak sangka mereka akan berkahwin..tahniah buat us Najib dan Norizan..moga kekal hingga ke akhir hayat..dan selepas ini kuliahmate saya akan terbang ke Jordan..ya Allah..best nye,dah rezeki kahwin..rezeki belajar kat Jordan pulak..jeles la dengan izan..hehee..pasni giliran Syamil dan Liyana pula menamatkan zaman bujang diorang..

Ustaz Ubadah DATANG USIM..bersama adik2 Dq yang mengambil degree Usim-Dq diiringi jug a Ustz Hasnah..

Us Ubadah: ya 'Adawiah..
Saya : masha Allah Us..terharunya saya us masih ingat pada saya..(nada gembira amat)
Us Ubadah: Fi ayyi kuliah?
Saya : syariah wal qanun (peh jawab dengan konfiden nya...) takhassus fiqh wal fatwa..
Us Ubadah: masha Allah..akhuha ehsan imam fi masjid negara wa ukht muftiah fi selanjur..
Saya : ameen..(wah us lebih2 pulak puji2..tapi ok gak..satu doa..)

Seronok sangat dapat jumpe dengan mereka..mereka datang seperti membawa satu suasana yang dapat saya rasakan..mereka membawa sinaran al-Quran..tenang..senang..menusuk dalam jiwa saya..masha Allah..Walaupun saya tidak mengenali mereka dengan sedalam-dalamnya..ukhuwwah yang terbina atas al-Quran telah menguatkan hubungan kami..begitu suci dan tulus ikatan ini..rasa ingin kembali ke sana..menyelak helai demi helai dan ayat suci itu berlegar di kepala dan meluncur laju dari bibir ini..tapi itu kenangan pada masa lalu..masih ingat lagi kah aku ayat2 itu..Walau macam mana pun...terima kasih sangat2 yang tak terhingga pada us Shamsul Hakim yang sudi jadi pensyarah tasmi' saya..(^_^)

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها


Saya suka sangat tengok nikmat2 yang orang lain dapat..yang saya tak dapat..pastu persoalkan kenapa lah saya tak macam tu tak macam orang tu...ya Allah..takutnya jadi hamba yang kufur nikmat...

Apa yang saya ada di dunia ni...tak ternilai semuanya. BAnyak sangat..kalau ditulis memang tak muat la..infiniti nikmat yang Allah beri..sejak di alam roh hinggalah di akhirat kelak pengakhiran kita..maka solusinya jadilah hamba yang bersyukur..

Firman Allah:

لإن شكرتم لأزيدنكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد

Teringat saya pada Rasulullah saw..bagaimana baginda bersusah payah menunaikan ibadah nawafil sehingga bengkak2 kakinya walaupun telah dijanjikan syurga..kerana baginda mahu jadi hamba yang bersyukur..Allahu Akbar! qudwah hasanah sepanjang zaman..






Sunday, October 11, 2009

Sejauh Mana Kita Berkongsi di Alam Maya


Bismillah wal hamdulillah..

Keyf hal semua..moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Salam Imtihan dari saya buat semua shbt yang akan menghadapi peperiksaan awal november ni..bittaufiq wannajah..

Sedang berjalan2 membuat aktiviti blog walking..terjumpa artikel dari web pembina.sangat bermanfaat untuk diri ini agar muhasabah kembali tujuan utama dan niat mengapakah blog ini diwujudkan.

Jadi, sukalah saya untuk berkongsi bersama sahabat sekalian...



Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Alam maya tidak dapat tidak, telah banyak mempengaruhi cara hidup kita masa kini, terutamanya terhadap golongan generasi X dan generasi Y kita yang pintar IT and dirasakan tidak dapat hidup tanpa perkhidmatan internet di tangan mereka.

Jika dahulu kita biasa dikagumkan dengan kelebihan sistem Friendster atau Circle 99, sekarang sudah ada bermacam-macam sistem ‘hubungan alam maya' (social networking websites) yang pada asasnya bertujuan membantu kita kekal berhubung dengan kawan lama yang sudah bertahun-tahun terputus hubungan, juga keluarga dan saudara-mara yang berada jauh di mata. Turut digilai adalah aktiviti blogging atau diari maya (online diary).

Kelebihan-kelebihan yang disediakan termasuk berkongsi gambar, video, menghantar pesanan secara maya (online message), serta permainan-permainan secara maya (online games).

Tujuan tulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca merenung sejenak, apakah batasan-batasan yang patut digaris oleh para pengiat alam maya, sejauh mana maklumat peribadi patut dikongsi dan kebaikan/keburukan yang boleh muncul daripada aktiviti ini dan impaknya kepada iman, ‘amal dan imej seorang muslim.

Kebiasaan Perlakuan Penggiat Alam Maya

Ini adalah kebiasaan yang dilihat dilakukan oleh kebanyakkan penggiat alam maya:

  • Berkongsi maklumat diri
  • Berkongsi gambar/video
  • Bermain permainan maya
  • Menulis aktiviti harian/mencurahkan perasaan hati (diari maya)
  • Menulis pendapat tntang isu semasa
  • Bertukar pendapat/berforum, dll

Tujuan Tidak Menghalalkan Cara

Seperti yang digariskan tadi, antara tujuan-tujuan yang biasa dikemukakan adalah:

  • Mencari rakan belajar/kenalan-kenalan yang terputus hubungan
  • Mencari kawan baru di alam maya
  • Sebagai tempat meluahkan perasaan/melepaskan tekanan (permainan maya, diari maya)
  • Bertukar-tukar maklumat

Sebagai Seorang Muslim

Tidak dapat tidak, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah terhadap segala tindak-tanduk kita dengan tatasusila Islam. Ini kerana Islam adalah cara hidup kita, bukan hanya di hati sahaja, tetapi juga di tangan kita, di mata kita, di minda kita, di jari-jemari kita, di pakaian kita, dan juga di alam maya kita.

Saya menyeru agar kita meletakkan visi yang jelas dan terang dalam mengambil peluang terhadap segala kecemerlangan teknologi maya ini untuk:

  • Memperluaskan lagi ilmu pengetahuan kita untuk pembangunan manusia:
    • ilmu al-quran
    • ilmu hadith
    • ilmu feqah
    • ilmu sejarah
    • ilmu teknologi, dll
  • Mempamerkan keagungan sejarah islam kita
  • Berdiskusi secara sihat tentang:
    • isu-isu semasa di tanah air
    • masalah-masalah sosial masyarakat islam
  • Berkongsi maklumat tentang saudara-saudara kita di Negara-negara Islam lain
  • Membuat kutipan dana untuk membantu saudara islam kita, tempatan mahupun di luar Negara
  • Mempromosikan aktiviti-aktiviti islami yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan, padang-padang, sekolah-sekolah dsb.
  • Menghasilkan karya-karya yang menyentuh minda dan menyemarakkan iman dan menggalakkan ‘amal
    • Gambar
    • Video
    • Tulisan
    • Ucapan, dsb
  • Membentangkan rancangan musuh-musuh dalam menjatuhkan maruah manusia ke lembah kehinaan
  • Dll

Anda Adalah Apa yang Anda Lakukan

Semua orang ingin berjaya, semua orang ingin dikenali. Percayalah, hanya di sisi Allah s.w.t lah yang seharusnya kita sasarkan kedudukan kita. Apabila anda telah tetapkan visi dan misi anda berkecimpung dalam aktiviti alam maya, anda akan tahu batasannya, kerena ia sepatutnya bukan tentang anda, tetapi tentang visi dan misi anda. Semoga penglibatan anda di medan maya member impak maksima terhadap iman, ‘amal dan imej seorang muslim di mata dunia.

Mastura Mohd - AJK Pembina Selangor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...