Showing posts with label JAKSA BPI. Show all posts
Showing posts with label JAKSA BPI. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Di Ambang ‘Eid Mubarak..

Bismillah wal hamdulillah


Masih lagi dapat menghirup udara anugerah Allah yang percuma ini..


Dan kini tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya…Ya Allah..terasa baru sahaja hendak merasai nikmat beramal ibadat..tapi bahang Ramadhan itu sudah mahu berlalu pergi..Oh tak mengapa..moga tarbiyyah ta’abbud di bulan ramadhan ini mampu menjadikan diri yang lemah ini istiqamah dalam mengamalkan ibadat nawafil.

Salam Penghargaan dan Seinfiniti Kemaafan

Kali ini entri ini dicoretkan untuk merakamkan (peh bahasa formal nye) setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan pada pihak pengurusan kolej, Madam Roslizawati (Pengetua yang baik), En Hakim (PPA yang berdedikasi), En Azmil (PA yang bersungguh2) dan Puan Anne, juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Kebajikan Siswi Kolej Kediaman Nilam Court umumnya dan khususnya kepada para AJK saya yang dikasihi Allah kerana bertungkus lumus menjayakan Program Ibadah kita iaitu Program Ihya’ Ramadhan..tanpa kalian siapalah saya…tak mampu untuk melakukan segala2 kerja (dari mula menghantar kertas kerja, menguruskan khemah untuk terawih, menggunakan PA sistem yang paling baik, membentang tikar sejadah sehinggalah serve jamuan untuk para imam terawih) dengan menggunakan tulang empat kerat ini…JZKK sahabat2 jaksa sekalian..Hanya Allah sahaja selayak2 kuasa yang dapat membalas jasa kalian..Dan tidak dilupakan jutaan terima kasih diucapkan buat Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden, ISMA, kerana sudi menjejakkan kaki ke Kolej saya, memenuhi undangan saya sebagai penceramah untuk Ceramah Ramadhan..


Mohon kemaafan dipinta pada semua sahabat2 jaksa dan AJK saya khususnya andai pernah dimarahi saya atau terkasar bahasa dalam melaksanakan tugas, terjeling mata, terjuih bibir, termuncung mulut, tercalarkan hati2 milik sahabat2 dan segala perlakuan badan (language body) atau bahasa yang menyakitkan harap dimaafi. Diri ini amatlah tidak sempurna dan sering dihiasi dengan kekurangan2..maka sahabat2 yang ada di sekeliling sayalah yang layak menampal kekurangan2 saya itu…Terima kasih sahabat2 ku..



Program Ihya Ramadhan 2009


Walaupun dari fizikalnya, Program Ihya Ramadhan ini tampak berjaya dihiasi dengan Tadarus, Solat Terawih, Qiyamullail, Pertandingan Tazkirah, Tulis Risalah dan lain2 lagi…tetapi jiwa saya yang kerdil ini masih lagi tidak berpuas hati dengan pencapaian diri ini..amal ibadat yang dilaksanakan bulan Ramadhan kali ini tampak hambar dan suram..tidak seperti Ramadhan yang lalu..begitu menyempitkan dada ini..Ya Allah Ya Rahman…Di manakah tahap puasa ku kali ini..Di manakah tahap ibadah ku kali ini..


Pengajaran yang dipelajari sepanjang Ramadhan


Sepanjang Ramadhan ni..tak delah post yang menarik sangat..Cuma ada beberapa detik yang dilalui yang sangat mengajar diri ini..


Untuk pengetahuan pembaca setia blog ni (ada ke org bace? Buat2 ade la..hehe), fikiran saya sangat berkecamuk apabila perlu menyelesaikan banyak2 kerja dalam masa yang sama..

muka sedih la kononnya ni

Pada hari Ahad lepas (13 Sept) yang lalu..Biro saya menganjurkan dua program pada hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza..Pada waktu paginya Program Seminar Bijak Berbicara dan di sebelah petangnya Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan… Memang haru-biru pada sebelah pagi… tapi buat2 tenang dan relax je la (tapi muka masam campur bengang2 skit tu x dapat disorok bile tengah tension)…dengan masalah2 yang baru timbul, air-cond DKF tak delah..tak mohon surat kelulusan untuk buat program masa hari cuti lah..bas nak balik tak de lah..dan macam2 lagi yang mentensionkan kepala yang sedia serabut ni…


Dan akibatnya, lambat lah sikit sampai ke kolej kediaman menyelesaikan masalah pengangkutan..(geramnye lah masa tu!)


Alhamdulillah..program sebelah petang berjalan lancar..tanpa kehadiran saya di awal waktu..rasa bersalah dengan sahabat2 jaksa lain..tapi nak buat camaner..dah jadi camtu..tak rancang pun…


Ibrah yang paling terkesan di hati ni

1.Bile dah banyak berkomunikasi dan bergaul dengan banyak orang, kita mula membaca dan memahami gaya orang2 itu yang pelbagai kerenah, mengajar kita bagaimana berkomunikasi dengan efektif.


2.Alam sekeliling mentarbiyyah diri saya bagaimana berurusan dengan manusia yang penuh dengan emosi (lebih2 lagi perempuan) berurusan dengan menggunakan gaya bahasa yang terbaik walaupun dalam keadaan marah (tapi kengkadang tu terlepas gak kate2 yang tak best kalau dah bengang sangat).


3.Dan yang paling best, mengajar saya erti ukhuwah walaupun berbeza fikrah (isma ke Pembina ke Nisa’ ke MPP ke SPMM ke PMI ke GAMIS ke and whatever)..dan yang semestinya yang mendokong Islam itu…dan saya selalu didedahkan bagaimana berukhuwah antara satu fikrah sahaja..yang kadang2 bagi saya latihan ini memupuk persepsi yang tak baik kepada orang yang tak sefikrah dengan saya. TAPI saya belajar meneutralkan kedua2 keadaan..tidak mahu melaga2kan..dan berlapang dada adalah cara yang terbaik yang telah diajar dan dipupuk oleh murabbi pertama saya yang telah menemukan saya apa erti menganut Islam dan dakwah, baru tidak rugi..


Apa yang penting pengajaran yang paling bermakna..setiap apa yang dirancang, x semestinya berakhir seperti yang diinginkan kerana di akhir masa itu ada satu kuasa yang menjadikan ia kenyataan atau tidak. Itulah Dia Allah YAng Maha Agung Lagi Maha Perkasa..


Manusia Merancang, Allah jua Merancang, Dan Ingatlah Allah itulah Perancang yang Mutlak.

Monday, August 31, 2009

Malam Merdeka itu....

Bismillahirrahmanirrahim... Malam ini sudah malam kesepuluh berterawih..tapi masih tak de zouq ramadhan lagi..kenape eh...hm..tak tahulah..itu lah skip usrah sebelum ramadhan...(*_*) ~Dan pada malam merdeka itu...~

Di dataran kolej nilam court

Seorang pak cik berbaju biru memanggil saya tatkala sedang duduk berbincang permasalahan terawih..dengan muka pak cik yang serius itu...ada sedikit kecuakan di hati ini...

"mana jaksa..pak cik nak jumpe sekejap..mari kita ke post.."


"alamak..apsal ni..sape la yang buat hal.."(bisik hati saya)

Di pondok pak guard

"Ha..cube awak tengok ni ape..seluar jeans..tadi pak cik ade tegur seorang pelajar ni..ingatkan dia yang tak boleh pakai seluar jeans...die nak pergi camelia court..pak cik kate kat die..kalau nak keluar boleh..tapi nak masuk kolej nanti pak cik tak bagi...tup2 masa dia keluar..dia kate kat pak cik..

"ambil la seluar saya ni!" (dengan nada yang agak tidak menyenangkan orang tua mendengarnya..)

"Itu yang membuat pak cik rasa....jadi pak cik nak kamu nasihatkan dia sekejap lagi..dia pergi camelia..lepas ni kamu jumpa la dia.."

"baiklah pak cik .." jawab ku.

Seusai sahaja kaki mereka melangkah masuk ke pintu kolej kediaman..
"Adik..mari sini kejap.."panggilku..

Saya pun berkenalan dengan mereka dan bertanyakan isu seluar jeans itu..adakah benar mereka yang memakainya? Sudah tahu kan tak boleh pakai seluar jeans..ataupun buat2 tak tahu..Entahlah susah juga cakap dengan manusia ni..kita bukan nak berlagak baik..tapi cuma nak membetulkan apa yang songsang sahaja..

Ape pun..mereka tak mengaku apa2 pun pasal seluar jeans tu...

Yang paling best boleh dia argue kat saya yang kita ni tak boleh nilai orang dari luaran sahaja..hm..memang lah betul ape yang disebutkannye itu..getus hati ku...jadi mafhum mukhalafahnya..kita nilai dari dalaman lah kan..hati?iman?itu bukan kerja saya untuk menilai elemen tersebut..itu kerja Allah..

Lantas saya bertanyakan mereka berdua...adakah Islam itu nampak dari dalaman? Sudah tentu tak nampak dari dalaman..dan imej Islam itu nampak dari luaran..dan kita akan bawa imej Islam seperti apa kita sebenarnya..dan kalau pakai tak tutup aurat..maka itu lah kita orang Islam yang bawa imej Islam..dan tak ada bezanya.. Saya juga menegur pemakaian mereka yang memakai baju lengan pendek dan hand sock..memang lah tak salah..tapi kalau boleh kita tak nak jadikan pemakaian seperti itu satu budaya...kerana bagi adik tersebut..mengapakah usim sendiri menggalakkan pemakaian begitu?dan tidak menyalahkan cara pemakaian seperti itu..

Saya cuma mahu adik tersebut berfikir..tidak semestinya segala telunjuk universiti mesti diikut...di manakah tahap minda kita? Tidak bolehkah berfikir seiring dengan apa yang kita belajar...
Akhirnya..saya lepaskan mereka dengan pengakhiran taaruf sesama kami.

Selepas bertemu enam mata...

"Macam mane bebudak tu.."


"Pak cik, bukan diorang la yang pakai seluar jeans tu..."


"Ya Allah..awak ni..orang buat salah mana nak mengaku..pak cik ingat muka dia..tak kan pak cik nak tipu pulak.."


"Ha! Aku da kene tipu la ni..wa..free2 je dia kenakan saya..berani betul buat gini dalam bulan mulia ni..."


"Itu lah..kalau dengan pak cik pun tak de budi bahasa dan sopan santun..macam mane tu..pak cik bukan ape..pak cik buat tanggungjawab pak cik aje..dah termaktub dalam peraturan kolej tak boleh pakai jeans..tak boleh la..dan yang pak cik panas hatinya..dia boleh bersikap kurang ajar dengan orang tua..lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni..saje je cari pasal.." "Pak cik tak tahulah apa nak jadi..pelajar senior ..macammana adik2 kamu tak ikut benda2 yang tak baik..kalau senior tunjuk teladan tak bagus...belajar aje tinggi2 tapi..mane pergi nye budi bahasa..apa yang kamu belajar kat kuliah..kalau ikut pak cik..kes macam ni boleh jadi kes besar kalau pak cik lapor pada hep..dengan pakai seluar ketatnya.."

HUKUM ALLAH vs PERATURAN ASRAMA

Tutup aurat yang sempurna sudah berkali2 diingatkan..mungkin diibaratkan seperti air dicurah ke daun keladi..buat2 tak faham saje dengan apa yang dipelajari..

Allah memerintahkan kita supaya menutup aurat..banyak maslahah sebenarnya..elakkan orang lain dari buat maksiat kering, elak dari dirogol, elakkan dari timbul fitnah dan setiap undang2 yang dicipta Allah adalah untuk kemaslahatan hamba2Nya juga..

Seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.Surah al-Nur: 31


mungkin tak habis ngaji kot..dan tak jumpe lagi ayat ni..


Dan nampaknya peraturan asrama ni bertepatanlah dengan apa yang disebut dalam al-Quran, tak boleh pakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan termasuklah seluar jeans yang ketat, seluar ketat dan sewaktu dengan nya..


Peraturan asrama yang dicipta oleh manusia memang ada kekurangannya..tapi jika ia bersandarkan pada Quran, Sunnah, Ijma, Qiyas, istihsan, masalih mursalah, urf, istishab..maka ia disepakati dan diterima pakai...


p/s: apalah nak jadi dengan produk usim..memeningkan...

dan esok nntikan berita panas dari pak cik sempena malam merdeka...










Saturday, July 25, 2009

Fitnah @ Fitrah??


gambar sekadar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri kali ini..meruntun diri ini sabar, gigih dan kuat menghadapi mehnahNya...

Fitnah @ Fitrah??
Sekali baca tajuk entri ni, macam dah faham nak citer pasal ape...tapi kengkadang konfius juga...

Sebelum kita menyentuh tajuk ini yang dikira agak sensitif, ingin saya berkongsi kejadian realiti yang sedikit sebanyak menyesakkan dan menyempitkan dada saya ini..



DI NILAM COURT

Episod ini bermula apabila saya dengan seronoknya ingin ke cyber cafe pak din untuk fotostat iklan israk mikraj yang akan disampaikan oleh ydp saya pada keesokan malamnya..Selepas keluar sahaja dari pagar Nilam Court, saya ternampak satu iklan kecil iaitu satu papan tanda berbentuk larangan kelihatan dari jauh digantung di pintu pagar..Hati saya bersorak kegirangan, kerana saya memikirkan papan tanda larangan tersebut adalah papan tanda larangan "dating". JAdi..saya pergi dekat2 untuk memastikan apa yang saya lihat itu benar atau tidak...Hati yang sebentar tadi bgitu girang bertukar sugul kerana apa yang saya fikirkan tersebut tidak benar! Hmph! Rupenye larangan parking kereta kat situ...ingatkan larangan dating!! Saya pun terus khabarkan pada pak guard, seandainya ada ternampak penghuni nilam court ni dalam keadaan yang mencurigakan, terus sahaja bagi syarahan! Tak pun buat terus laporan pada pengurusan nilam...Dan pak cik tu pun setuju dengan saya.

SELEPAS KEMBALI DARI CYBER CAFE PAK DIN

EHm..(agak glamour juga la pak din ye..sampai masuk dalam citer aku kali ni)...Mata saya ini terbehenti pada sebuah kereta pesona yang berwarna purple...mata ini menyaksikan suatu drama yang cukup2 membuatkan hati ini hancur luluh....(Maaf la kepada yang terlibat kerana saya melakarkan kisah kalian di sini sebagai peringatan untuk saya yang lemah ini)..

Walaupun mereka tidak berpegang tangan, tak berpeluk2 dan sebagainya..tetapi mereka berdua-duaan..disaksikan oleh mata-mata yang suci di nilam ini..disaksikan oleh adik2 junior..pak guard dan yang lain2. Dan syaitan berjaya melaksanakan tugasnya..Seusai sahaja kaki ini melangkah ke dalam pintu pagar, pak guard terus menyapa ku..aii..nampaknya bos besar dah memulakannya..iye! saya sangat malu pada pak cik..kerana sebentar tadi baru sahaja saya menyarankan pada pak cik agar tegur terus perbuatan sumbang tersebut. Tapi..

DI DARUL QURAN



Teringat sebuah kisah di DArul Quran..(Tempat barakah yang menyimpan 1001 kenangan manis saya di sana)...Ada seorang ustaz cerita pada saya dan kawan2 saya....tentang "Fitnah dan Fitrah ni"...

Nak dijadikan cerita...ketika saya belajar di sana..pelajar lelaki dipanggil banin..pelajar perempuan dipanggil banat..panggilan manja..dah tua2..dipanggil banin dan banat...Kelas kami bermula seawal jam 8 pagi, kelas pertama kami iaitu kelas tasmi' al-Quran..

Beberapa tahun sebelum kehadiran saya sebagai pelajar di situ, kelas2 tasmi' banin berada di tingkat atas...dan kelas tasmi' banat berada di bawah..Dan menurut cerita ustaz tersebut..pelajar2 banin yang berada di Tahun 1 dan 2 sangat baik, menjaga hafazan dan pandangan..kerana jika tidak dijaga takut2 boleh menimbulkan fitnah..fitnah...fitnah...Tapi..bile dah Tahun akhir...dah nampak dah belang masing2...pandangan dah tak dijaga seperti dulu...iyelah..fitrah..fitrah..


BILA MANA IA DILABEL FITNAH

Manusia, lelaki mahupun perempuan sewajarnya fitrahnya akan memiliki rasa suka atau tertarik pada lawan jenisnya. Itulah fitrah yang telah diciptakan Allah terhadap hamba2nya..

Ia menjadi fitnah apabila kita melakukannya tanpa mengikut syariat..berdua-duaan..bermesej-mesejan..dan yang sewaktu dengannya…

Ia menjadi fitnah…apabila mata-mata lain yang memandang melahirkan pandangan negative dan menjengkelkan…

Ia menjadi fitnah...kerana ikatan antara dua insan ini telah dinodai dengan dosa-dosa dan tidak diberkati oleh Allah..

MEMANG INI ADALAH FITRAH

Lelaki suka pada perempuan dan sebaliknya adalah fitrah yang diciptakan Allah..dan ia perlu disalurkan pada jalan yang betul dan terhormat…Bukannya dengan mengambil jalan pintas…dating sana..dating sini…agar memenuhi tuntutan hawa nafsu…

Maka pernikahan adalah solusinya…

Islam mengharamkan zina..kerana Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan terhormat untuk memformat kasih dan sayang antara dua jenis manusia. Dan melalui perkahwinan ini juga akan terlahir keturunan yang terhormat. Dan sangat wajarlah jika pernikahan menjadi suatu peristiwa diharapkan oleh mereka yang memiliki kesucian fitrah…

“ Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan..” (hadis riwayat Hakim, disahihkan dengan syarat2 Muslim)

Thursday, July 23, 2009

Program Imam Muda 2009


Program Imam Muda 2009



Tarikh : 8 Ogos 2009

Hari : Sabtu

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Tempat : Masjid Putra, Putrajaya

Anjuran : Biro Pembangunan Insan KKNC, USIM dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya

Penyertaan : Terhad kepada 40 orang terawal

Objektif : untuk melahirkan generasi mahasiswi yang bukan sahaja dapat menjadi ketua memimpin pelajar dalam organisasi malah dapat menjadi ketua (imam) dalam solat.

Friday, July 10, 2009

Hati Ini Gundah Gulana

Bismillah walhamdulillah

Di tengah kesibukan menghadapi peperiksaan juga dengan kehadiran adik-adik baru di Nilam Court..agak menyulitkan perasaan di hati…adik2..tarbiyah adik2…buku..exam…periksa…imtihan…kemudian..program pula…

Ya Allah..jangan lah Engkau biarkan aku tenggelam dengan kesibukan ini..sehingga lalai dan alpa tanggungjawab ku yang utama ke sini…belajar lillah…

Program semuanya dah beratur…menunggu kehadiran peserta saje…

Ya Allah…mampukah program-program ini menyatukan hati-hati kami?

Ya mampu!
Seandainya kita tahu yang mengaturnya adalah Allah…dan kejayaan itu bukan dari hasil tangan dan titik peluh kita…ia takkan terjadi melainkan dengan izinNya.

Dan yang paling menyebabkan jiwa ku gundah gulana bila mendapat khabar dari ukhti kas yang mengatakan program malam ni boleh on….Ya Allah Ya Rabbi….baru je habis exam tadi..terus je dapat tugasan ni…Ya Allah..macam mana persediaan?? Takut sangat nak berhadapan dengan orang kalau tak de bekalan…tapi kalau dah usaha cari bahan untuk program ni, sangat ok…Ya Allah..permudahkanlah jalanku ini…

Balik je asrama..terus makan tengahari dan cepat2 capai buku..alhamdulillah..ada juga bahan untuk malam ni…ya! Dah sepakat dengan kak elin…HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA..menjadi pilihan…

Tiba-tiba…diserang kebimbangan..rumet yang saya sayangi demam pula..alamak..takkan nak pergi je…harap kak ira faham…dan saya mohon pada Allah, moga dengan keredhaan kak ira dengan apa yang saya buat dapat jadi kifarah pada demam tu..amin….

Wednesday, June 10, 2009

Impian?



Alhamdulillah Segala Puji Hanya UntukNya..

7 Jun 2009

Dapat juga sertai riadhah Pembina baru-baru ni, walaupun kami dari USIM dua kerat je..dapat juga menyambung silaturrahim dengan pelajar-pelajar UIA..seronok sangat dapat bertemu dengan adik-adik tu..

Dalam usia yang muda, dah punyai kesedaran bagaimana untuk menyumbang sesuatu untuk Islam..saya? umur sebegitu masih di awang-awangan ingin menggapai cita-cita dunia saya...

Pagi itu, sebelum kami beriadhah, selingan tazkirah menyerikan dan memberkati lagi riadhah kami..Kami diingatkan tentang Mukmin Qawiyy..

Disebutkan dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Mukmin yang terbaik adalah mukmin yang kuat, bukan mukmin yang lemah.

Dalam tazkirah ini, diingatkan tentang penjagaan kesihatan badan, tuntutan jasmani dan rohani, juga didedahkan tentang peranan Pembina dalam masyarakat kini. Bukanlah untuk memperjuang nama Pembina, tapi ingin menjulang kembali syariah Islam..walaupun pada dasarnya tampak dangkal dan seperti tidak percaya..inilah dia salah satu usaha yang kecil yang dibuat oleh banyak orang agar Islam kembali menjadi perlembagaan pertama di seluruh dunia.

Seronok dapat sama-sama bermain: main badminton dan piring terbang.....

8 Jun 2009

Jumpe Puan Roslizawati. Hantar paper work. Terima kasih kak munirah. Banyak sangat membantu saya. Banyak beri dorongan dan tunjuk ajar pada saya yang sememangnya cetek ilmu dalam bidang pengurusan.

9 Jun 2009

Alhamdulillah..Dapat lebih mengenali Asiah, Nurul, dan sudah tentunya sahabat Nurul: Hafizah..Juga dapat menyambung silaturrahim dengan Kak Zila. Beliau dari Perlis. Mahu memperkenalkan anak buahnya, Najwa. Alhamdulillah..Moga ukhuwah antara kita semua tiada penghujungnya...

Dan yang paling best~balik rumah pada hari tersebut..

Dan bersyukur sangat Ya Rabbi...paper work lulus! Masya Allah..ini semua berkat dorongan dan sokongan kak Munirah...dan sahabat-sahabat yang lain(nampaknya kene belanja mereka ni..)

Minggu depan...akan balik ke Nilai(betul-betul balik) untuk persediaan menyambut adik-adik degree...

Ahlan ahlan ya akhawati...

Thursday, May 21, 2009

Dah2..jangan asyik nak mengarut je membuang masa..
Banyak lagi kerja yang nak kena buat..
Update kertas kerja Imam Muda, Kuliah tafaqquh, Ihya Ramadhan..

Orang lain tinggal go on je program, kau ni, relax aje lagi

Mengulang Quran tak juga, Sejuz pun tak sampai
Camane nak jadi pendokong agama ni wahai rabiatul adawiah

Nak jadi insan terpilih ke, nk biar orang lain yang terpilih??
Of course la nak jadi yang terpilih kan?

Tepuk dada tanya iman...

Hayatilah makna ayat Quran ni rabiatul adawiah:

Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi lain setelah generasi mereka

Surah al-an'am: 6

Sunday, April 19, 2009

~JALAN ITU BUKAN MUDAH~


Semalam jumpe En Hakim (Pen. Pengurus Asrama) dengan Lela, bincang sikit pasal program yang akan diadakan di Masjid Putra pada 20 Jun 2009 ni(Sabtu) insya Allah...( Ya Allah Jadikanlah ia satu kenyataan kerana ku mahukan pelapis-pelapis untuk pendokong dakwah lahir dari golongan ini).

Terima kasih sangat-sangat pada En Hakim, beliau dah ibarat bapa kepada kami. Segala masalh berkaitan asrama dan masyarakat kolej kami kongsi bersama, terasa keprihatinan yang hadir itu bagai satu anugerah untuk kami berusaha dan terus berusaha untuk meng'ISLAH' masyarakat kolej dan sekitarnya. Dalam masa yang sama, saya ada mengutarakan kepada En Hakim tentang program yang dianjurkan oleh Aman Palestin pada 9 Mei ini. Tapi En Hakim nasihatkan saya dan Lela supaya hentikan sahaja hasrat saya itu kerana takut akan timbul masalah di kemudian hari.

Sekarang saya agak masih kurang pandai membaca senario yang berada di USIM ni, tapi ramai sahabat handai saya, guru-guru saya, ustazah saya dan sahabat seperjuangan saya sering mengatakn bahawa USIM ni, susah betul nak bawa masuk sinar dakwah...
Walaupun begitu...dalam pemerhatian dan penelitian saya, keadaan yang sukar dan agak mencabar (bagi diri saya) ni tak delah dapat menandingi kehebatan mehnah2 pada zaman Rasulullah saw dahulu. Zaman Nabi lagi susah untuk sebarkan dakwah. Alhamdulillah.. Walaupun sekatan-sekatan zahiriah ini wujud, sebenarnya ia tak menjadi penghalang utama dalam penyebaran dakwah.

Saya melihat dalam kolej Nilam Court ini, bamyak gerakan-gerakan yang ada, pelbagai u***h, banyak aktiviti luar dan sebagainya. Nampaknya agen-agen dakwah itu ada..Terima kasih sahabat seperjuangan seakidah.


Saya amat mengharapkan kalian membantu saya dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada sahabat-sahabat anda. Saya tidak kisah di mana jalan anda dan siapa anda, tapi yang penting sumbangan anda untuk mengislah kawan-kawan sangat-sangat dihargai. Kerana saya tahu, saya tak mampu untuk memantau dan menasihati semua orang walaupun itu adalah tanggungjawab saya setelah ditaklifkan sebagai Biro Pembangunan Insan.
~ ISLAH NAFSAK WA AD'U GHAIRAK~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...