Friday, July 10, 2009

Hakikat Kehidupan Manusia


Pertama kali kene bagi tazkirah di hadapan adik2 SMAP Labu yang bijak2 sana…

Permata pertama yang dilontarkan saya petik ayat Quran yang bermaksud:

Apakah kamu menyangka bahawa kejadian kamu dari tiada kepada ada adalah satu yang sia2?

Persoalan2 yang saya timbulkan pada mereka….

Adakah kamu berfikir penciptaan kamu di muka bumi ini satu yang sia2?

Adakah hakikat penciptaan manusia berbeza-beza antara seseorang dengan yang seseorang yang lain?

Apakah hikmah di sebalik penciptaan manusia?

Apakah yang dimaksudkan, dunia itu satu tempat ujian bagi manusia?

Mengapakah hati kita masih dihiasi dengan keindahan dunia?

Sudah pasti tidak sia2!
Apakah kita semua tidak melihat..bahawa..
mata yang Allah ciptakan ini tidak sia2 dan mempunyai fungsinya yang tertentu…
telinga yang Allah ciptakan ini tidak sia2 dan mempunyai fungsi tertentu…
kaki, tangan, peluh….

Jika anggota badan manusia itu mempunyai tujuannya..apatah lagi manusia ini…pasti ada tujuannya…

Terfikir dan pernah terlintas di hati ini….mesti Allah ciptakan Dr Zainur Rasyid menjadi pendakwah yang hebat dan dalam masa yang sama merupakan seorang doctor…pernah juga terfikir..Allah jadikan ustaz halim untuk jadi pendakwah bebas…terfikir..Allah jadikan si fulan ni…untuk jadi tukang sapu sampah dll…

Tapi sebenarnya…bukanlah itu jawapan hakiki bagi tujuan penciptaan manusia.

Yang Pasti! Hakikat penciptaan manusia itu SAMA.

Mata yang ada pada Dr Zainur..Ust Halim…Tukang sapu sampah…semuanya mempunyai tugas yang sama..ya! untuk melihat! Maka tugas kami semua sama….

Mari kita lihat apa tugas kita…

Dari Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud Sesungguhnya Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini…

Dan..itulah sebenarnya tugas kita..khalifah di muka bumi..memakmurkan bumi dengan hukum2 Allah…mengajak manusia kepada kebaikan..menyembah Allah yang Esa..nasihat-menasihati..bersabar walau dalam kepayahan…dan macam2 lagi…

Kita takkan dapat lihat tugas kita ini andai kita berada dalam kekufuran…kerana orang kafir tujuan hidupnya adalah berlandaskan keduniaan sahaja..semata-mata kerana dunia..dan mereka tak akan dapat singkap hikmah kehidupan ini…kerana mereka tidak percaya pada perkara ghaib (wahyu) dan kita mengetahuinya melalui utusanNya…

Ya! Dunia itu satu tempat ujian! Kerana pada masa hidup sahajalah kita dapat melakukan amal..hanya dalam tempoh yang singkat…dan balasan di akhirat adalah selama-lamanya..satu tempoh yang sangat lama dan kekal abadi…Dalam melakukan amal…pelbagai dugaan dan cabaran mendepani kita..terdedah untuk melakukan maksiat…. Dunia ini adalah satu tempat yang akan menyaksikan amalan kita…

Dan kematian akan menyusul..kenapa pula Allah ciptakn mati? Untuk menguji sejauhmana tahap keimanan dan ketakwaan atau kekufuran…dan yang paling utama kerana…menurut ayat 2 surah al-mulk…yang bermaksud..Allah menciptakan mati dan hidup itu untuk menguji di antara hamba-hambaNya siapakah yang paling baik amalannya…

Maka buah amal yang manis itulah hasilnya sepanjang kehidupan kita di dunia yang fana ini…

Hati saya kadang-kadang mengiyakan persoalan di atas…tapi cepat2 ditangkis dengan zikrullah…astaghfirullahul ‘azim…

Hati itu merasakan begitu.kerana Allah telah menghiasi hati tersebut dengan perhiasan duniawi..sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam golongan sedemikian…

Hanya keimanan yang tinggi..ketakwaan yang teguh..kebergantungan kepada Allah yang jitu..akan diselamatkanNya..dan Allah akan hiasi hati-hati ini dengan perhiasan akhirat..dengan janji syurgaNya..

Itulah dia hakikat kehidupan manusia…yang akhirnya akan menemui Ilahi…membawa bukti untuk dibentang di hadapan Allah…apakah ia mendapat ganjaran atau sebaliknya..

Allah mengangkat martabat manusia lebih tinggi dari makhluk lain..bukannye kerana ape..cume kerana ada tugas yang Allah anugerahkan buat kita..iaitu..KHALIFAH FII AL-ARDH!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...