Wednesday, April 15, 2009

..GEMPAR!..

Enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (klik di sini)
Terkejut saya semasa baca tajuk akhbar hari ini. Saya tak sangka isu ini wujud di universiti tempat saya belajar...

Sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas isu tersebut. Tapi saya sebagai pelajar U ini telah lebih maklum cerita yang sebenar berdasarkan sumber yang sohih. Saya bukan nak burukkan pensyarah terbabit, tapi saya rasa wajar bagi beliau untuk
bertindak dengan cara yang lebih baik sebagai pengamal undang-undang, bukannya senang-senang saje nak memburukkan imej universiti yang belum setahun jagung nak bina 'kewibawaan'.

Saya dapat tahu pasal 'madam' ni pun melalui kawan-kawan saya yang belajar dengannya...agak tak berapa baik kalau saya ceritakan di sini. Tapi boleh saya simpulkan yang cara pengajaran beliau agak ada 'masalah'. Apa yang saya pelik, beliau boleh membesar-besarkan isu ini yang sebenarnya adalah berpunca dari beliau sendiri.

Hakikatnya, beliau pernah mengajar di IPT lain sebelum masuk ke USIM ni, dan beliau juga turut diminta buat sedemikian untuk meneruskan perkhidmatan ke tempat lain..

Mungkin pelajar USIM kene ambil pengajaran dari 'peristiwa hitam ini'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...