Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Jernihkan niatmu, pasti saja bantuan Allah mengirimu.


Bismillah wal hamdulillah…ape khabar semua para pembaca maya? Moga sentiasa dalam rahmat dan inayahNya. Moga sentiasa memacu hala tuju hidup untuk mencapai redhaNya. Moga2 juga tulisan ini mampu untuk melonjakkan hati orang2 yang beriman untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

……………………………................

Di suatu petang yang hening, (seolah2 cuaca petang itu menyokong dan meneman aku untuk meneruskan perjalananku), aku telah merancang untuk menghala laluanku ke arah selatan, apa la lagi tujuan ku melainkan untuk bertemu saudara2ku di sana untuk saling ingat-mengingati, berpesan2 untuk mengingati Allah Sang Pencipta alam ini. Seperti biasa, sebelum kaki ku ini melangkah keluar dari teratak kekanda ku, pasti saja kekanda ku akan menyapa ku dan mengingatkan aku apa sebenarnya tujuan aku ke sana.


Seringkali beliau mengingatkan aku bahawa aku tidak akan dapat apa2, tidak ada bayaran dunia untuk ku ke sana, lantaran aku masih belum mampu untuk menyara diri sendiri.

Soalan demi soalan menerjah ke arah diriku “Sebenarnya..apa yang kau buat ni, nak perform pada siapa? Nak tunjuk pada siapa? Apa yang kau nak perjuangkan sangat?? Hari2 ada usrah..orang lain usrah sebulan sekali aje..aishh..”

“Allah..tidak mampu aku untuk menjawab soalan yang bertubi2 ini..”getus hati kecil ku..

Ya Allah..thabbit qalbi ya Allah..

Bahkan kekanda ku pernah berkata kepada ku, mungkin kamu nak bayaran di akhirat kan, saham di akhirat. Ya! Sahut ku sambil ketawa..tapi jauh di sudut hati kecil ku..mahu saja aku meraung sekuat2 hatinya..

………………………………........

Sore itu, sebelum aku melangkah keluar dari teduhan itu..kakak ipar ku mengajak aku untuk menjamah nasi. Demi memelihara hubungan kami dan menjaga hati mereka…aku pun bersama2 menjamu selera..ikutkan hati kecil ini..baik saja aku pergi cepat2..tanpa perlu aku berteka-teki, bermonolog sendirian..

Di meja makan itu…bersama2 kami menikmati nasi arab berlaukkan kambing..hidangan yang sememangnya enak, dirasakan kesat sahaja melalui esofagusku..kekanda ku masih lagi tidak berhenti mengusik ku (mengusikkah @memerlikah@mengujikah..tak tahu mana satu yang betul)..mengatakan jika mahu jadi orang dalam masyarakat..terus sahaja jadi ketua..tidak usah payah2 untuk jadi kuli katanya..

Em..nampaknya kata2 itu umum tapi bermaksud khusus ditujukan kepadaku..(jangan jadi kuli katanya)..

………………………………

Wahai sang tubuh yang mempunyai sekeping hati ini…adakah sepanjang kamu mengikuti tarbiyah ini, kamu merasakan kamu hamba kepada saudara2 kamu, hamba kepada mutarabbi kamu atau pun hamba kepada masulah kamu??

Aku tidak pernah merasakan aku hamba kepada mereka..bahkan adakah masulah ku juga disama ertikan juga sebagai hamba dan aku adalah tuannya..kerna suatu ketika dahulu..masulah ku pernah melakukan apa yang aku lakukan sekarang..adakah pengorbanan mereka kepada ku, aku ertikan bahawa mereka ialah hambaku??oh!!tidak sama sekali..

Aku jadi begini kerna tarbiyah itu mengajar aku kesusahan mencari sinar hidayah, tarbiyah mendidik diriku bahawa pengorbanan seseorang yang mampu mendekatkan diri saudaranya kepada Sang Pencipta akan mendapat ganjaran yang besar di sisiNya..iya! ia boleh diibaratkan bahawa mereka yang Berjaya mendekatkan atau menyedarkan saudaranya lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.

…………………………..

Kali ini, aku harus lebih berhati2 dan memelihara halaqah ku..halaqah yang nadinya bersambung dengan Sang Khaliq..aku tidak mahu pisang berbuah untuk kali keduanya, aku mahu mendidik mereka seolah2 mereka adalah anak2ku, adik2ku, juga saudara2ku yang amat aku cintai dalam perjuangan Islam ini. Aku tidak mahu mutarabbiku mengalami futur (kelesuan) dan kemunduran. Aku tidak mahu, akulah penyebab mereka futur disebabkan lemahnya doronganku terhadap mereka. Maafkan diriku akhawati.

Jika aku membiarkan mereka goyah, bererti aku telah memberikan gunting kepada setannya untuk memotong tali ikatan antara aku dan mereka.

Jika aku tidak mampu untuk mendapatkan gunting itu hingga tidak bisa mengejutkannya, maka setan merasa puas bila hanya dapat berpegangan pada ujung tali itu dan setan terus berupaya untuk membukanya sedikit demi sedikit.

Allah..sungguh syaitan itu tidak akan melepaskan orang2 yang mengejar cinta Ilahi..

Ia adalah gambaran kepada kita agar kita bersikap waspada dan dapat menghidarinya melalui ungkapan berikut:

“Sesungguhnya berbagai keluhan itu muncul kerana kerosakan sejak permulaannya. Barangsiapa yang benar permulaannya maka benarlah kesudahannya dan barangsiapa yang salah permulaannya maka bisa jadi dia binasa”.

………………………….........

Sesungguhnya, apa yang dimaksudkan dari kejernihan permulaan itu adalah niat yang baik dan cita2 yang tinggi.

Al-Buhturi menggambarkan bahawa niat itu bebas daripada hawa nafsu, cita2 dan kepentingan, tidak diperbudak oleh material, tidak pula oleh kecantikan wanita, serta tidak pula diperhamba oleh kedudukan maupun cita2 peribadi.

Dorongan yang memotivasi da’I sama sekali tidak timbul dari keinginan peribadi dan tidak pula dari kepentingan duniawi, melainkan setiap gerak dan diamnya hanya mengarah untuk meraih pahala ukhrawi.

Demikianlah hal yang telah dilakukan oleh orang2 saleh terdahulu…dan seharusnya juga dilakukan oleh para da’ie hari ini. Insha Allah biiznillah.

…………………………………………

Ya Allahu rabbi..luruskanlah niatku..jangan biarkannya dicemari dengan kekeruhan kerna akan terjadi kegoncangan dalam hati dan kekacauan tanpa ada ketenangan.

Ampunkan diriku ya Allah..

Pegangilah hatiku, bimbinglah setiap gerak langkahku tutur kata ku..

~’Abdullah ibnu Mubarak berpesan:

“Banyak amal kecil yang menjadi besar kerna niatnya dan banyak amal besar yang menjadi kecil kerna niatnya pula..”



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, August 15, 2010

Khilafah..amr ijtihadi atau asl hukm?


Bismillah wal hamdulillah..

Terima kasih ya Allah masih lagi member i peluang kepada ku untuk mengecap nikmat ramadhan untuk hari yang ke 3 ini..

Alhamdulillah..

Hari ini ada pembentangan bertajuk KHILAFAh..tajuk ini di bawah subjek Fiqh Dusturi..tajuk yang sangat seronok untuk dibincangkan..dan pembentang hari ini ialah Khairul Azhar..bagus juga cara dia membentang..

……………………………….

Seusai sahaja pembentangan beliau..ust Aunurrahim..menimbulkan persoalan..

“Adakah khilafah ini daripada aslu al-hukm atau daripada perkara ijtihadi?”

Jawapan kepada persoalan ini membawa kepada jawapan fardhu ain atau fardhu kifayah terhadap muslimin untuk mencapai khilafah.

Ustaz Aun sangat suka Tanya pendapat saya (perasan)..tapi seronok juga..ade juga lecterure yang kenal saya..tentang persoalan husin..

“Apakah yang dimaksudkan tentang fardhu ke atas setiap muslim dalam mencapai khilafah?”

Justeru..ustaz beri peluang kepada saya untuk menjawab..

Apa pun..sebenarnye saya tahu saudara husin arif akan jawapannya..beliau memang suka Tanya soalan yang beliau tahu jawapannya..mungkin mahu sahabat2 lain tahu apa yang beliau tahu..dan itulah wasilah nya..(ijtihad saya)

Apa pun saya suka dapat berkongsi apa yang saya tahu..tentang kefardhuan khilafah itu..

Saya jawab: “Untuk mencapai khilafah adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam..selagi tidak ada khilafah di atas muka bumi ini..maka selagi itulah ketanggungjawaban dan kefardhuan ke atas setiap muslim berusaha ke arah itu..”

“ma la yatimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajib..”

One of qaedah fiqhiyah yang berkaitan dengan perkara ini..

Dan saya berkongsi dengan sahabat2 saya..one of maksiat di muka bumi ini ialah tiada nya khalifah..bukanlah maksud maksiat itu sekadar berzina, mencuri, berbohong..dan apa yang saya faham dengan maksud maksiat ialah apa2 sahaja yang menyalahi perintah Allah, maka dikategorikan sebagai maksiat. Maka nya tiadanya khilafah di muka bumi ini adalah one of maksiat yang dibuat oleh kita..kerana apa?kerana tak mendaulatkan atau tak meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan..

……………………………………….

Tapi ustaz tak komen pun pandangan saya..mungkin nak test ape fikrah yang saya ada..he3

Tak kesah la ustaz..

………………………………………

Seterusnya..masuk pula pada isu kedua..isu berbangkit..isu minggu lepas..ustaz bertanyakan pendapat kami..mana satu yang benar antara 2 konsep ini..adakah:

Islam itu agama…atau islam itu agama dan Negara..

Ustaz berpendapat Islam itu agama…dan ustaz menyuruh kami mencari hujjah2 jika kami menyokong Islam itu agama dan Negara…

………………………………………..

Saya pun sebenarnya tidak tahu mana satu konsep yang paling tepat..

Tapi bagi saya Islam itu agama dan Negara…

Islam tidak dapat dipisahkan antara agama dan Negara..kedua2 nya saling memerlukan..

Negara adalah one of aspect in Islam, yang Islam titik beratkan..

Saya tahu..dalam seerah Rasul saw..baginda menyebarkan dakwah Islam tanpa tertubuhnya Negara Islam madinah pada waktu itu..mula2..Rasul saw sebarkan dakwah sorok2 (tanpa Negara)..kemudian..terang2an(tanpa Negara juga)..kemudian berpindah ke madinah..dan di situlah terbinanya Negara Islam yang pertama di muka bumi ini..dan penyebaran dakwah Islam lebih luas (ada Negara)..

Bermakna..adanya Negara dalam penyebaran Islam lebih menguntungkan pihak Islam..

Em..saya pun tak dpt kupas perkara ini dengan baik..mungkin tunggu next lecture ustaz by next week..

……………………………………..

Proposal maseh tak siap lagi..ya Allah kuatkan mindaku..bantu daku untuk berfikir secara tajam..n_n



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Sunday, August 8, 2010

Tetamu ku di tahun ini..




Bismillah walhamdulillah..

Terima kasih Allah masih memberi peluang nikmat iman dan Islam dalam hidup ini..

Walau bagaimana keadaan sekalipun, Engkau tetap memelihara ku

Sakit kepala sangat2..xtahu disebabkan memikirkan hal apa..banyak betul perkara dalam kotak pemikiran ini..sampai kadang2 xtahu mana yang harus diselesaikan dulu kerna memikirkan semuanya penting2 dan urgent2 belaka…

Hingga ke saat ini..sekalimah perkataan untuk proposal tesis pun masih belum mmpu dikeluarkan oleh minda ku ini..Allah..

Teringat pesan seorang sahabat ketika di darul Quran dahulu..beliau kata jika kita ada banyak perkara yang perlu diselesaikan..selesaikan dengan tenang dan satu2..ibarat meletakkan pinggan-mangkuk kaca di atas raknya..jangan campak saja..habislah pinggan-mangkuk tu semua pecah berderai nanti..hem..samalah dengan masalah yang ada…jika diselesaikan dengan gopoh gapah..takkan selesai juga.

-------------------------------------------

Dalam masa yang sama..terfikirkan pula huquq akhawati..janji akan adakan halaqah malam ini ba’da Isya’…tapi sempat ke..petang ini mahu bertolak ke Senawang,..nak bincang pasal ihya ramadhan untuk adik2 KRIM..


Untuk ramadhan kali ini..same2 la tambah iman dan amal...ganjaran di bulan Ramadhan sangat banyak..1 amalan sunat bersamaan 70 x ganda amalan fardu..kan ke banyak tu..:)




~walau badan dan akal penat, namun jiwa ini merasai kepuasannya..



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...