Sunday, August 15, 2010

Khilafah..amr ijtihadi atau asl hukm?


Bismillah wal hamdulillah..

Terima kasih ya Allah masih lagi member i peluang kepada ku untuk mengecap nikmat ramadhan untuk hari yang ke 3 ini..

Alhamdulillah..

Hari ini ada pembentangan bertajuk KHILAFAh..tajuk ini di bawah subjek Fiqh Dusturi..tajuk yang sangat seronok untuk dibincangkan..dan pembentang hari ini ialah Khairul Azhar..bagus juga cara dia membentang..

……………………………….

Seusai sahaja pembentangan beliau..ust Aunurrahim..menimbulkan persoalan..

“Adakah khilafah ini daripada aslu al-hukm atau daripada perkara ijtihadi?”

Jawapan kepada persoalan ini membawa kepada jawapan fardhu ain atau fardhu kifayah terhadap muslimin untuk mencapai khilafah.

Ustaz Aun sangat suka Tanya pendapat saya (perasan)..tapi seronok juga..ade juga lecterure yang kenal saya..tentang persoalan husin..

“Apakah yang dimaksudkan tentang fardhu ke atas setiap muslim dalam mencapai khilafah?”

Justeru..ustaz beri peluang kepada saya untuk menjawab..

Apa pun..sebenarnye saya tahu saudara husin arif akan jawapannya..beliau memang suka Tanya soalan yang beliau tahu jawapannya..mungkin mahu sahabat2 lain tahu apa yang beliau tahu..dan itulah wasilah nya..(ijtihad saya)

Apa pun saya suka dapat berkongsi apa yang saya tahu..tentang kefardhuan khilafah itu..

Saya jawab: “Untuk mencapai khilafah adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam..selagi tidak ada khilafah di atas muka bumi ini..maka selagi itulah ketanggungjawaban dan kefardhuan ke atas setiap muslim berusaha ke arah itu..”

“ma la yatimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajib..”

One of qaedah fiqhiyah yang berkaitan dengan perkara ini..

Dan saya berkongsi dengan sahabat2 saya..one of maksiat di muka bumi ini ialah tiada nya khalifah..bukanlah maksud maksiat itu sekadar berzina, mencuri, berbohong..dan apa yang saya faham dengan maksud maksiat ialah apa2 sahaja yang menyalahi perintah Allah, maka dikategorikan sebagai maksiat. Maka nya tiadanya khilafah di muka bumi ini adalah one of maksiat yang dibuat oleh kita..kerana apa?kerana tak mendaulatkan atau tak meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan..

……………………………………….

Tapi ustaz tak komen pun pandangan saya..mungkin nak test ape fikrah yang saya ada..he3

Tak kesah la ustaz..

………………………………………

Seterusnya..masuk pula pada isu kedua..isu berbangkit..isu minggu lepas..ustaz bertanyakan pendapat kami..mana satu yang benar antara 2 konsep ini..adakah:

Islam itu agama…atau islam itu agama dan Negara..

Ustaz berpendapat Islam itu agama…dan ustaz menyuruh kami mencari hujjah2 jika kami menyokong Islam itu agama dan Negara…

………………………………………..

Saya pun sebenarnya tidak tahu mana satu konsep yang paling tepat..

Tapi bagi saya Islam itu agama dan Negara…

Islam tidak dapat dipisahkan antara agama dan Negara..kedua2 nya saling memerlukan..

Negara adalah one of aspect in Islam, yang Islam titik beratkan..

Saya tahu..dalam seerah Rasul saw..baginda menyebarkan dakwah Islam tanpa tertubuhnya Negara Islam madinah pada waktu itu..mula2..Rasul saw sebarkan dakwah sorok2 (tanpa Negara)..kemudian..terang2an(tanpa Negara juga)..kemudian berpindah ke madinah..dan di situlah terbinanya Negara Islam yang pertama di muka bumi ini..dan penyebaran dakwah Islam lebih luas (ada Negara)..

Bermakna..adanya Negara dalam penyebaran Islam lebih menguntungkan pihak Islam..

Em..saya pun tak dpt kupas perkara ini dengan baik..mungkin tunggu next lecture ustaz by next week..

……………………………………..

Proposal maseh tak siap lagi..ya Allah kuatkan mindaku..bantu daku untuk berfikir secara tajam..n_n



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...