Monday, December 13, 2010

tiada kaitan 3..



(gambar ni masa rehlah masyiah)

Bismillah walhamdulillah..syukur masih lagi dihidupkan dalam nikmat Islam hingga ke saat ini..

Pada waktu ini, hakikatnya penat sangat dan tidak mampu untuk membuka mata, tapi tetap ditahan2 sebab sayang untuk tidak dicatat kisah yang tidak dapat dilupakn oleh akal fikiran ini..
jika ditangguh pasti tidak terpahat di skrin maya ini..he

Selama 3 hari 2 malam, aku berpeluang menjejakkan kakiku ke Kg Talang, D'kok Eco Camp di Kuala Pilah..untuk bersama Kem Remaja Muslim..yang kali ni menampilkan sedikit kelainan dari yang biasa aku sertai sebelum ini..kali ni dapat rehat banyak (sangat boring sebab tak payah fikir lebih2), sebab tugasan azali ku dah bertukar kepada orang lain..(dah kena lucut jawatan kem kom) jadi je la mata2 @ timb kem kom..alhamdulillah..ada juga pewaris kem kom ni..

memang pengalaman yang amat menyeronokkan, dapat ketemu lagi dengan Abi Ahmad..yang memang bijak bermain kata2 bermain minda bermain hujah dan bijak menyentuh hati peserta..malahan bukan sahaja peserta yang 'touching'..fasi dan urusetia turut juga tersentuh dengan pembawakan Abi Ahmad..sehingga menjadikan aku turut terfikir2 untuk belajar kemahiran tersebut dengan beliau lantaran berangan2 untuk menubuhkan konsultan suatu hari nanti demi kemaslahatn dakwah Islam.

.....................................

semalam..14 disember..

pagi2 mak telefon bertanyakan bilakah kepulangan ku ke kampung..sungguh kepulangan ku memang dinanti! ah..rasa terharunya akan penantian itu..tapi mak..saya bukan tak mahu balik..

tiba2..saya diuji Allah..beberapa helai muka surat dalam tesis saya tidak difotokopi..hanya yang original sahaja yang lengkap..oleh itu..tak dapat la saya pulang ke rumah lagi hinggalah tesis saya itu siap dijilid semula...(resah+gelisah)

dan emak tertanya2..adakah aku terpilih sebagai pelajar yang berpeluang berpraktikal ke australia @ hong kong?? tak pe..jawapannya amat menggembirakan mak saya..saya tak terpilih pun..sebab ramai lagi kawan2 saya yang sangat bijak dan 'excellence'..apa pun saya masih mampu untuk mengukir senyuman atas ketidak terpilih nya saya..kerana mereka memang layak untuk dipilih...

dan saya perlu lebih gigih lagi untuk melakukan kerja dakwah di sini..jika saya pergi..siapa lagi yang perlu saya harapkan untuk melihat adik2 halaqh saya, siapa lagi mahu meng'cek' amal mereka..
.............................................
(lepas masyiah..kami solat dhuha di masjid negeri)

Post ini saya tuju kepada ukhti yang saya kasihi..(sudah tentu adik dalm perjuangan saya.ukhti maryam)

Ukhti..
janganlah merasa lemah sedih dan duka dengan ujian yang melanda kita..
bukanlah kita minta diuji dengan ujian2 yang melemahkan iman kita..
bukankah kita telah membaca surah 'ankabut yang mengatakan bahawa apakah kamu sangka kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji..
bukankah kita telah membaca surah baqarah yang menitipkan buat kita peringatan bahawa apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan kamu masih belum diuji dengan cubaan2 seperti kaum2 yang terdahulu..

INGATLAH..kuatlah..jika kita rasa lemah..
ingatlah..bagaimana kita mahu menyentuh dan memimpin hati manusia milik Allah..jika kita tidak menjaga hubungan dengan Allah.
ingatlah..bagaimana kita mahu jadi murabbi, syeikhah, ukht, umi..jika kita tidak merasai betapa pentingnya qudwah kita kepada mereka.

Janganlah sedih dan berduka..bukan kah Allah telah berfirman kepada kita bahawa sebaik2 manusia di sisiNya adalah mereka yang kata2 nya mengajak manusia lain untuk beramal soleh kepada Allah..

janganlah sedih dan berduka..bukankah kita semua mahu mengejar syurga Allah yang paling tinggi dan mengejar martabat yang paling mulia di sisi Allah?

cukuplah..hentikan kesedihan itu..carilah kembali hati kita yang berdegup dengan nafas LAA ILA HA ILLAH..carilah kembali hati kita dan mohonlah pada Allah supaya kita berada di bawah lindungan tarbiyah zaatiyahNya..

....................................................

Peringatan ini bukanlah sahaja untuk dirimu ukhti maryam..malahan peringatan ini sebenarnya2 adalah untuk orang yang menaip kalimah demi kalimah ini..agar lebih istiqamah dalam jalan dakwah ini..













tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

2 comments:

  1. sape yg dapat p pktikel d obesi? dh tau ke smua?

    alo trtggal mukasurat pulak.. xpe2.. boleh ptstet.. insya-Allah dprmudahkn urusn tesis tu.. ameen..

    pssstt..
    bila masuk part utk maryam, dah xbaca hu..

    ReplyDelete
  2. sape dpt p hongkong @ australia..x tahu lg sape..sape y terpilih kene compete dngn student dari fakulti lain juge..hanye 4 org je wakil u p ke sane

    any way..firdaus dan husin dpt pktkl di Jami'ah ahmad kiftaro, damsyik, syria..happening betul..

    baru jumpe diorg td..mcm nak sorok2 je mule2...
    tapi akk paksa2 nak tengok gak surat tawaran...
    rezeki mereka..dan mereka memg layak..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...