Tuesday, September 28, 2010

khilafah: amr ijtihadi @ asl hukm 2

Bismillah walhamdulillah...
Terima kasih ya Allah atas nikmat iman dan Islam ke atas hambaMu ini..:)
........................

Mengantuknya malam nie..dahlah esok ada mid term fiqh dsturi...
sempat lagi nak memblog..ngantuk..kawan study pn ngantk...

Alang2 dah buka topik pasal khilafah..ok. apakah khilafah ini perkara ijtihad para sahabat atau memang dah terdapat dalam hukum syarak??

First impression,bile kene tanye soalan nie..tak tahu nak jawab ape..sebab fikir2..zaman Rasulullah s.a.w kan tiada khilafah lagi..tapi memanglah tahu Rasulullah tu khalifah...

jadi khilafah ni perkara ijtihad Rasulullah ke, ijtihad sahabat ke, atau memang disyariatkan Allah??

jawapannya setelah dipelajari dalam kelas fiqh dusturi:

ada 2 pendapat:

1. Pendapat pertama: perkara khilafah ini adalah dari asal hukum syara' iaitu perkara ini disebutkan dalam Islam.

2. Pendapat kedua : perkara khilafah ini adalah bukan daripada asal hukum syara' iaitu perkara ijtihadi @ perkara baru dlm Islam.

Pendapat Pertama:

Ittifaq ulama' muslimin bahawa wajib untuk mewujudkan khilafah dan ia adalah fardhu kifayah sebagaimana fardhu kifayah dalam jihad fi sabilillah dan menuntut ilmu. Bilamana ada sekelompok manusia yang menunaikan tanggungjawab kifayah ini, maka ggurlah tanggungjawab ini bagiyang lain. Tapi seandainya tiada satu pihak pun bertanggungjawab mewujdkan khalifah ini, maka ada dua firqah yang menanggung dosa ini iaitu:
- ahl ikhtiyar (orang yang berhak memilih khalifah)
- ahl imamah (orang yang memenuhi syarat menjadi khalifah, jika selain daripada orang tersebt yang jadi khalifah,dosa adalah atas orang yang layak itu). Ini adlah pendapat AhluSunnah keseluruhannya, M'tazilah, Khawarij dan Syi'ah (melainkan masing2 ada pendapat tertent dalam memahami kewajipan khalifah).




tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...