Friday, July 10, 2009

Hakikat Kehidupan Manusia


Pertama kali kene bagi tazkirah di hadapan adik2 SMAP Labu yang bijak2 sana…

Permata pertama yang dilontarkan saya petik ayat Quran yang bermaksud:

Apakah kamu menyangka bahawa kejadian kamu dari tiada kepada ada adalah satu yang sia2?

Persoalan2 yang saya timbulkan pada mereka….

Adakah kamu berfikir penciptaan kamu di muka bumi ini satu yang sia2?

Adakah hakikat penciptaan manusia berbeza-beza antara seseorang dengan yang seseorang yang lain?

Apakah hikmah di sebalik penciptaan manusia?

Apakah yang dimaksudkan, dunia itu satu tempat ujian bagi manusia?

Mengapakah hati kita masih dihiasi dengan keindahan dunia?

Sudah pasti tidak sia2!
Apakah kita semua tidak melihat..bahawa..
mata yang Allah ciptakan ini tidak sia2 dan mempunyai fungsinya yang tertentu…
telinga yang Allah ciptakan ini tidak sia2 dan mempunyai fungsi tertentu…
kaki, tangan, peluh….

Jika anggota badan manusia itu mempunyai tujuannya..apatah lagi manusia ini…pasti ada tujuannya…

Terfikir dan pernah terlintas di hati ini….mesti Allah ciptakan Dr Zainur Rasyid menjadi pendakwah yang hebat dan dalam masa yang sama merupakan seorang doctor…pernah juga terfikir..Allah jadikan ustaz halim untuk jadi pendakwah bebas…terfikir..Allah jadikan si fulan ni…untuk jadi tukang sapu sampah dll…

Tapi sebenarnya…bukanlah itu jawapan hakiki bagi tujuan penciptaan manusia.

Yang Pasti! Hakikat penciptaan manusia itu SAMA.

Mata yang ada pada Dr Zainur..Ust Halim…Tukang sapu sampah…semuanya mempunyai tugas yang sama..ya! untuk melihat! Maka tugas kami semua sama….

Mari kita lihat apa tugas kita…

Dari Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud Sesungguhnya Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini…

Dan..itulah sebenarnya tugas kita..khalifah di muka bumi..memakmurkan bumi dengan hukum2 Allah…mengajak manusia kepada kebaikan..menyembah Allah yang Esa..nasihat-menasihati..bersabar walau dalam kepayahan…dan macam2 lagi…

Kita takkan dapat lihat tugas kita ini andai kita berada dalam kekufuran…kerana orang kafir tujuan hidupnya adalah berlandaskan keduniaan sahaja..semata-mata kerana dunia..dan mereka tak akan dapat singkap hikmah kehidupan ini…kerana mereka tidak percaya pada perkara ghaib (wahyu) dan kita mengetahuinya melalui utusanNya…

Ya! Dunia itu satu tempat ujian! Kerana pada masa hidup sahajalah kita dapat melakukan amal..hanya dalam tempoh yang singkat…dan balasan di akhirat adalah selama-lamanya..satu tempoh yang sangat lama dan kekal abadi…Dalam melakukan amal…pelbagai dugaan dan cabaran mendepani kita..terdedah untuk melakukan maksiat…. Dunia ini adalah satu tempat yang akan menyaksikan amalan kita…

Dan kematian akan menyusul..kenapa pula Allah ciptakn mati? Untuk menguji sejauhmana tahap keimanan dan ketakwaan atau kekufuran…dan yang paling utama kerana…menurut ayat 2 surah al-mulk…yang bermaksud..Allah menciptakan mati dan hidup itu untuk menguji di antara hamba-hambaNya siapakah yang paling baik amalannya…

Maka buah amal yang manis itulah hasilnya sepanjang kehidupan kita di dunia yang fana ini…

Hati saya kadang-kadang mengiyakan persoalan di atas…tapi cepat2 ditangkis dengan zikrullah…astaghfirullahul ‘azim…

Hati itu merasakan begitu.kerana Allah telah menghiasi hati tersebut dengan perhiasan duniawi..sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam golongan sedemikian…

Hanya keimanan yang tinggi..ketakwaan yang teguh..kebergantungan kepada Allah yang jitu..akan diselamatkanNya..dan Allah akan hiasi hati-hati ini dengan perhiasan akhirat..dengan janji syurgaNya..

Itulah dia hakikat kehidupan manusia…yang akhirnya akan menemui Ilahi…membawa bukti untuk dibentang di hadapan Allah…apakah ia mendapat ganjaran atau sebaliknya..

Allah mengangkat martabat manusia lebih tinggi dari makhluk lain..bukannye kerana ape..cume kerana ada tugas yang Allah anugerahkan buat kita..iaitu..KHALIFAH FII AL-ARDH!!

Hati Ini Gundah Gulana

Bismillah walhamdulillah

Di tengah kesibukan menghadapi peperiksaan juga dengan kehadiran adik-adik baru di Nilam Court..agak menyulitkan perasaan di hati…adik2..tarbiyah adik2…buku..exam…periksa…imtihan…kemudian..program pula…

Ya Allah..jangan lah Engkau biarkan aku tenggelam dengan kesibukan ini..sehingga lalai dan alpa tanggungjawab ku yang utama ke sini…belajar lillah…

Program semuanya dah beratur…menunggu kehadiran peserta saje…

Ya Allah…mampukah program-program ini menyatukan hati-hati kami?

Ya mampu!
Seandainya kita tahu yang mengaturnya adalah Allah…dan kejayaan itu bukan dari hasil tangan dan titik peluh kita…ia takkan terjadi melainkan dengan izinNya.

Dan yang paling menyebabkan jiwa ku gundah gulana bila mendapat khabar dari ukhti kas yang mengatakan program malam ni boleh on….Ya Allah Ya Rabbi….baru je habis exam tadi..terus je dapat tugasan ni…Ya Allah..macam mana persediaan?? Takut sangat nak berhadapan dengan orang kalau tak de bekalan…tapi kalau dah usaha cari bahan untuk program ni, sangat ok…Ya Allah..permudahkanlah jalanku ini…

Balik je asrama..terus makan tengahari dan cepat2 capai buku..alhamdulillah..ada juga bahan untuk malam ni…ya! Dah sepakat dengan kak elin…HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA..menjadi pilihan…

Tiba-tiba…diserang kebimbangan..rumet yang saya sayangi demam pula..alamak..takkan nak pergi je…harap kak ira faham…dan saya mohon pada Allah, moga dengan keredhaan kak ira dengan apa yang saya buat dapat jadi kifarah pada demam tu..amin….

Tuesday, June 30, 2009

Ahlan Ya Rajab

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


rujukan: iluvislam.com dan www.al-azim.com

Thursday, June 18, 2009

Isi lebih cantik dari kulitnya




Bismillah wal hamdulillah..

Malam ni, baru la dapat nak berkongsi rasa...

Tak lama lagi..akan bergelar lah diri ini senior tahun 3 Fiqh Fatwa..
Macam gah bunyinya..
Tapi layakkah aku....
Untuk bergelar mahasiswi Islam suatu hari nanti

Dengan ilmu yang ceduk-ceduk
Dengan presentation yang terangguk-angguk
Adakalanya bile berbahasa arab macam berabuk
Berbahasa english..lagilah hancus..

Baru dapat menyelami perasaan para senior yang bebetul menghargai masa belajar ini..
Pernah diingat selalu hal ini...
tapi diri yang tidak mahu merebut peluang yang ada..

Ya Allah..
Apalah yang boleh aku sampaikan kepada masyarakat di sana..
Tersalah ijtihad, dapat satu pahala..
Tapi kalau asyik salah je...
Dapat pahala ke...

Lagi 2 tahun untuk menuntut ilmu di sini...
Masih ada masa lagi untuk baiki kekurangan yang ada
Cuma kengkadang diri tak teguh dek panas..
tak tahan dek hujan..
Baru diuji sedikit dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran..
Rasa diri tidak berada di bawah lindungan Tuhan..

Ya Allah..
Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang..

La tai'asu min rauhillah...

Terus usaha..
Kata mahu jadi serikandi Islam, pemacu umat

Aii..takkan baru diuji sedikit..sudah melatah..
Malas..Bosan..Penat..Tak larat..Jemu..dan seumpama dengannya..

Sebelum nak merasakan diri itu pelajar Tahun 3 Fiqh Fatwa..
Perlu diingat ye..

Bulan depan peperiksaan..
Buat sahabat-sahabat yang ada terajin baca blog ni..saya pohon sangat pada sahabat semua, agar doakan kejayaan saya ye..dipermudahkan untuk jawab periksa..

Tarikh exam:7 hingga 9 Julai
Naik sem aje..terus exam
Exam ganti masa pospone exam tempohari (masa tu abang saya meninggal)
3 paper: Qawaid Fiqhiyyah, Malaysian Studies dan Mabahith Adillah Ahkam..

3 paper yang agak sukar untuk studi sorang-sorang..
Tapi ape boleh buat..
Terpaksa ambil juga..
Tak tahulah kali ni..dapat DL lagi atau tak..
Macam payah aje..

~harap sangat sahabat-sahabat doakan saya dipermudah untuk melalui imtihan ini~
JZKK

Friday, June 12, 2009

Jom Temuduga


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal...
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...