Thursday, February 25, 2010
Idea Tajuk Proposal..
salam alayk kengkawan yang ada singgah kat sini kan...
mohon bantuan..
ade tak sesape ade idea tajuk proposal..
berkaitan syariah atau fiqh..
saya ni..bab tajuk pun dah stuck..
asgnmnt berkumpulan..
kene buat researh proposal..
tapi stil tiada tajuk yang sesuai..
jika ada sesiapa yang ada cadangan..
bolehlah hulurkan bantuan...JZKK..
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Thursday, February 11, 2010
..Hatiku bukan milikmu..
Nampaknya ini adalah entri kedua saya untuk tahun 2010..
tak banyak untuk saya coretkan pengalaman di sini..
Petang Rabu semalam, fakulti saya menganjurkan AGM kelab syariah dan undang-undang..
Hati saya sangat puas..
Bukan kerana saya berjaya meletakkan jawatan..
Tetapi saya puas dengan pemilihan barisan pimpinan kelab yang realistik
Saya puas melihat kerjasama daripada siswa siswi junior..
dan saya sangat kecewa dengan semester saya sendiri..
Yang nampaknya, majoriti dari mereka tidak mempunyai minda mahasiswa kelas pertama
Tidak mahu melakukan anjakan paradigma walaupun tinggal lagi setahun sahaja lagi pengajian
Tidak mahu menunjukkan teladan yang baik
Dan..
Pada malam itu pula..saya perlu menghadiri satu mensyuarat pemilihan dan pelantikan baru jawatankuasa asrama..
dan..alhamdulillah...saya diberi peluang untuk meneruskan khidmat saya..
dan..saya merasakan cabaran makin bertambah semester ini..
dengan tesisnya..jawatannya..tanggungjawab sebagai anak, siswi, dan tentunya tanggungjawab sebagai seorang dai'e (belajar menjadi dai'e)...
Ya Allah..mampukah aku untuk mencapai semuanya dengan cemerlang keranaMu ya Allah...
Di sewaktu ketika dahulu..
saya berfikir untuk tidak meneruskan khidmat jwtnkuasa asrama ini..
kerana saya mahu ia diteruskan oleh ukhti yang saya sangat percaya..
tapi setelah kami berbincang..
untuk kemaslahatan dakwah..
juga keperluan dakwah yang mendesak, saya menawarkan diri untuk menggunakan platform ini untuk terus bergerak...menjalankan amal jamai'e...
saya ingin sekali berjual beli dengan Allah untuk kali yang seterusnya..
membuat perniagaan menaruh harapan
agar kembali merebut cinta Allah..
dan pastinya...
jika hatiku ini menjadi milik dunia...
pasti tidak ku pilih jalan yang sukar ini...
jalan yang penuh dengan onak dan duri..
Moga apa yang ku pilih ini..mendapat petunjuk dan redhaMu ya Allah..bukan nya dari hawa nafsuku..
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Tuesday, January 5, 2010
EXPLORACE PEMBINA
Tuesday, December 1, 2009
Singgah sebentar...
Bismillah walhamdulillah..
Hari ini saya hendak membawa diri saya dan sahabat2 yang singgah ke laman ini mengenai ayat 46-50 Surah Saba’.
قل إنما أعظكم بوحدة أن تقوموا لله مثنى وفردى ثم تتفكروا ما بصاحبكم من جنة إن هو إلا نذير لكم بين يدى عذاب شديد * قل ما سألتكم من أجر فهو لكم إن أجري إلا على الله وهو على كل شيء شهيد * قل إن ربي يقذف بالحق علم الغيوب * قل جاء الحق وما يبدئ البطل وما يعيد * قل إن ضللت فإنما أضل على نفسي وإن اهتديت فبما يوحي إلي ربي إنه سميع قريب*
Ayat ini memberi semangat dan dorongan kepada kita supaya mencari kebenaran ikhlas kerana Allah, bukannya untuk kepentingan diri atau keduniaan. Selain itu, kita disarankan mencari kebenaran itu samada dengan sendiri-sendiri(individu) atau beramai-beramai(berkumpulan). Dan apabila kebenaran itu datang dalam hidup kita, akan hancurlah kebatilan yang ada.
REALITI hari ini…
Orang yang membawa panji kebatilan lebih berani ke hadapan melaungkan isme2 atau idea2 mereka sehingga mempengaruhi masyarakat umum. Manakala orang yang mendokong panji kebenaran atau al-haq, tidak berani ke hadapan. Jika fenomena ini berterusan, masyarakat pada hari ini akan terus bergelumang dengan kebatilan.
Oleh itu..mereka yang bawa panji kebenaran, sewajibnya melayakkan diri ke hadapan untuk mendidik pemikiran masyarakat.
As-Syahid Imam Hassan al-Banna berpesan~sesuatu gagasan itu akan berjaya apabila:
a) wujudnya keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong~keyakinan ini datang daripada keimanan yang benar, betul dan sejahtera kepada Allah.
b) keikhlasan dalam mendokong
c) semangat yang sentiasa membara serta bersedia untuk berkorban
d) berusaha untuk merealisasikan
DAN keempat-empat ciri ini..ada pada seorang pemuda.

Allah sangat kasih dan cinta pada pemuda sehinggakan disebut dalam kitabNya tentang pemuda ini~ Surah Kahfi
إنهم فتية ءامنوا بربهم وزدنهم هدى
Ketika seseorang itu berada di fasa pemuda~banyak dugaan yang ditempuhi..pada waktu inilah timbulnya konflik dalam diri seorang pemuda, konflik identity diri dan lain2 lagi..
Dan pada waktu inilah seseorang itu perlu bijak membuat pilihan dengan mengasingkan jiwanya dari reality hidup yang cenderung kepada hedonisme. Jika tidak, seorang manusia yang bernama pemuda ini akan terus hanyut dibawa arus kemodenan yang negative.(ada juga moden yang positif)
Sesungguhnya apabila seorang pemuda mencari kebenaran dalam usia yang muda..sesungguhnya Allah amat kasih dan cinta pada hambaNya ini. Allah s.w.t. menyambut pemuda ini dengan tangan yang besar. Berbeza dengan golongan veteran. Memang kebiasaan golongan veteran ini akan mencari kebenaran..taubat..kembali kepada Tuhan.
Oleh itu..wahai golongan pemuda.. janganlah sia2kan waktu usia mudamu..muda hanya sekali..mana mungkin kita akn kembali untuk esok hari..
_________________
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Sunday, November 22, 2009
..KEM REMAJA MUSLIM SIRI 2/2009..


SALAM 'ALAIK...
KEPADA PENGUNJUNG2 BLOG YANG ADE ADIK2 YANG SEKOLAH MENENGAH
MENCARI AKTIVITI U ADIK2 ANDA MUSIM CUTI NI
BOLEH LAH JOIN KEM NI...PADA 12-14 DISEMBER 2009...
SANGAT BEST..ADE RAFTING
JUNGLE TREKKING...
KALAU BERMINAT..KLIK KAT BORANG KAT ATAS..
BOLEH DIBESARKAN...