Friday, December 10, 2010
tiada kaitan 2..
Bersyukur sgt2 dah dapat jilid tesis, tapi kena hantar minggu depan juga..
tak dapat nak hantar minggu ni juga..sedihnya..tak pe la asalkan dapat hantar dalam tempohnya lagi..
....................................
Ini dah kira menghitung hari untuk saat-saat terakhir bergelar mahasiswi yang menuntut ilmu dan menjawab soalan2 peperiksaan..lepas ni..dah tiada exam lagi..tapi masih tak terlepas dengan ujian2 dunia dan mengejar cinta akhirat..
Hari ni..rupa-rupanya usrah batal..tapi macam mana la boleh tak tahu..pelik betul dengan instinct diri sndiri yang kadang-kadang tak sama dengan orang lain rasa...
Tapi..tak pe..dapat juga mengutip mutiara2 dari ustazah..masulah ku..sempat juga membincangkan masalah peribadi ku sendiri..dengan praktikalnya, kediaman akan datangnya, kemaslahatan anak2 buahnya, banyak juga yang nak kena fikirkan..Allah..kalau tak fikir..camane la?
Kena serius dalam mengeluarkan keputusan..
Nak kena pujuk mak pula..abang lukman lagi..sape lagi orang penting dalam hidup aku ye? abang ehsan sekali..para wali dan guardian..
Balik minggu depan kena bincang terus...jangan la tangguh2 lagi..
...........................................
ape pun..minggu ni agak menggembirakan..dapat jilid tesis..dapat pergi program..tinggal lagi nak balik je..
em..x gembira lagi..kena hantar laporan program tahun lepas..
macam mane la suka sangat tangguh2 hantar laporan..ini la jadinya..hidup tak teratur..
orang dah sampai angkasa..masih lagi nak naik belon udara...ahaii
........................................
mode: risau + pening + gelisah = balik umah..
Monday, December 6, 2010
berubah - edCoustic
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Saturday, November 27, 2010
Kenapa kamu, dia dan saya kena ikut jemaah?

Seringkali persoalan ini bermain-main di fikiran anak muda yang cintakan Islam, cintakan bi’ah Islam, cintakan gerak kerja Islam dan mahukan Islam memimpin dunia..tetapi seringkali juge persoalan mengapa perlu ada banyak jemaah Islam di muka bumi ini kerap menghantui dan menimbulkan keresahan sesetengah mereka. Memang satu situasi yang bagus tapi perlu ada panduan dalam menangani permasalahan ini agar tenaga kerja yang kuat dan berpotensi tidak dibiarkan begitu sahaja dek terlampau menganalisa jemaah mana yang paling baik, paling popular, paling ramai pengikut...
………………………………………
Sebelum perkongsian ini diteruskan, tahniah dan syabas diucapkan kepada anak muda yang mempunyai wawasan dan keinginan tersebut. Bukan semua anak muda di Malaysia ini memikirkan sedemikian rupa..
………………………….............
Sebelum nak cerita lebih lanjut..marilah sama2 kita muhasabah diri sendiri..(termasuklah diri saya sendiri)..dalam sebulan berapa banyak kali kita solat berjemaah berbanding kita makan “berjemaah”, belajar “berjemaah” juga tengok tv secara “berjemaah”..marilah same2 kita hitung diri kita dalam sebulan, minggu dan hari2 yang kita lalui..
Anak2 muda kini termasuk saya yang sentiasa cari panduan hidayah..pasti akan merasakan betapa pentingnya hidup dalam berjemaah..
Sebagaimana kehidupan para Rasul sebelum ini..baginda tidak membawa risalah Islam seorang diri..baginda tidak menyebarkan dakwah seorang diri..baginda tidak buat kerja menggunakan tenaga seorang diri..Tentu sekali diri kita sebagaimana manusia biasa yang bukan pula maksum ini lebih2 lagi perlukan sahabat2 untuk sama2 memikul tanggungjawab menyebarkan risalah Islam. Kita tidak akan mampu sama sekali untuk mengharung segala badai, ujian dan mehnah jika kita berpegang menjadi daie solo itu lebih baik daripada daie yang lahir dari satu kelompok.
Allah telah berfirman dalam kitabNya:
والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتوا صوا بالحق وتوا صوا بالصبر*
Demi masa* sesungguhnya manusia itu dalam kerugian * kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran*
Daripada kalimah (mereka yang beriman dan beramal soleh) tersebut, yang menggunakan kalimah jama’ yang membawa maksud ramai (lebih dari satu). Ini bermakna kita kena buat amal soleh dalam keadaan beramai2 dan tidak boleh berseorangan, kerana bila berseorangan ditakuti pelbagai penyakit lain pula boleh timbul (malas, futur, riya’ disebbkan rasa diri dah terlampau baik, dll).
Tambahan pula, jika kita mengikut jemaah, sebenarnya banyak perkara yang kita akan belajar dari jemaah tersebut. baik dari sebesar2 perkara hinggalah juga sekecil2 perkara. Kita akan belajar untuk menjadi seorang ukht yang memahami kesukaran orang lain, belajar untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang pelbagai usia, belajar cara untuk menyampaikan Islam sesuai dengan level sasaran, belajar bertolak ansur, belajar bersangka baik, belajar mengakui akan kekurangan2 yang ada pada diri sendiri, belajar untuk saling mempercayai dan banyak lagi sifat2 mahmudah yang akan dapat diterap. bukanlah saya bermaksud anda atau sesiapa sahaja yang baca tulisan saya ini tidak baik, atau tidak dapat berbuat baik tanpa ikut jemaah, tetapi saya hendak sampaikan di sini bahawa, di dalam jemaah ini tentu akan berkumpulnya orang2 yang soleh, berilmu dan berakhlak, oleh itu apabila kita berpeluang bertemu dengan mereka, kita nilai dan muhasabahlah diri kita, adakah kita telah berakhlak sedemikian rupa.
Hakikatnya, bukan lah jemaah2 yang ada di Malaysia seperti ISMA, ABIM, HALUAN, JIM, PAS dan sebagainya ini suka berpecah belah. setiap jemaah yang ada ini ada agenda dan wasilahnya yang tersendiri. Agenda utama untuk jemaah-jemaah ini semua mahu mencapai khilafah, menyebarkn Islam di Malaysia, mahu menjadikan Malaysia ni sebuah negara yang betul2 Islam, cuma yang berbezanya adalah wasilah atau kaedah yang digunakan. ketaatan pada satu jemaah akan tercapai apabila adanya khilafah nanti, dan tak salah kalau ada banyak jemaah di Malaysia. Cuma kamu, anda dan saya perlu membuat pilihan jemaah Islam yang mana satu ada perlu fokuskan.
Janganlah anda cuba nak jadi tamak...semua benda anda nak buat, semua benda anda nak cuba, tetapi tak salah jika qudrat kita mampu untuk melunaskan segala tanggungjawab tersebut...
Wallahu 'alam
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Friday, November 12, 2010
Nota Cinta-Saujana
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Thursday, November 4, 2010
JIRIM??

atau anda berumur 15-18 tahun?
tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...