Monday, April 12, 2010

'IJLIS bina..wa nukmin sa'ah...'


Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan,

niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia

berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut

yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia.

Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan

berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah

ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah,

orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk

menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu

sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak

kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa

ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau

kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah

dan petunjuk.

Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang

telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman.

Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:

(Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).

Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad

Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:

(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-

balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).

Credit to:muqaddimah al-munthalaq

Pagi semalam saya dan beberapa sahabat saya telah menghadiri meeting Pembina kawasan USIM dan UIA..dalam meeting tersebut kami telah merancang aktiviti terdekat yang akan dijalankan juga aktiviti sepanjang semester hadapan..

Alhamdulillah..beberapa aktiviti telah dibincangkan dan mencapai kata sepakat akan mengadakannya untuk semester hadapan..

Berat mana sekalipun tugas ini..jika benar2 diaplikasikan makna amal kolektif itu..insya Allah..pasti di sana ada rasa keringanan lebih2 lagi pergantungan kepada Yang Maha Besar..

Dalam keserabutan memikirkan tugas2 yang bakal dibuat..terdetik di hati.. ya Allah..betapa teruknya aku jika hanya pandai berkata tapi tidak dilaksana..ya Allah..malunya aku pada Allah..

--------------------------------------------------------

Selesai sahaja perbincangan kami..kami dihadiahkan dengan sebuah tazkirah dari ukhti rina..sangat2 terkesan di hati yang tandus ini..sangat menghargai peringatan itu..seolah2 its direct to me!

Ukhti rina mulakan dengan kata2 dari muaz bin jabal..(siape muaz bin jabal??(saya ada baca sedikit tentang hayat nya..beliau di Islamkan di tangan Mus’ab Umair..dan beliau juga termasuklah dalam hadis yang saya belajar di kuliah, hadis tentang harus berijtihad dengan aqal..)

Apa kata muaz? Marilah kita duduk sebentar, marilah beriman sejenak..

Kata2 yang sangat rendah diri..sedangkan beliau merupakan orang yang akbar (pastinya banyak contribute u Islam)..

Jadi..kita ni bukanlah di kalangan alim ulama’..maka lebih2 lagilah kita kene beringat selalu..

Ukhti rina mengingatkan kami bahawa kerja yang kita semua lakukan ini..bukanlah kerja yang mudah..bukan senang..ini adalah PROJEK BESAR..iaitu nak capai USTAZIYATUL ALAM>ISLAM SEBAGAI GURU SELURUH ALAM..iaitu Islam memerintah dunia ini..

Kami diberi analogi:

“berapa lamakah kita mahu membuat persiapan kenduri perkahwinan yang hanya akan berlangsung lebih kurang 4 jam sahaja??jawapannya..paling kurang dlam 6 bulan…”

“maka jika kenduri itu yang hanya akan berakhir selepas 4 jam pun mmerlukan masa persiapan selama 6 bulan..lebih2 lagi lah kerja untuk menjadikan Islam memerintah dunia..selama2 nya..tentu memerlukan masa yang sangat panjang, hingga beratus2 tahun..sedangkan rasulullah juga tidak hidup dan merasa kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyah (adakah betul dalam pemikiran saya ini??)

Jadi, kita juga perlu mencontohi Rasulullah..mungkin juga kita tidak akan merasa kegemilangan Islam..tapi cukuplah kita dah berusaha ke arah itu..

Oleh itu..kita perlukan RIJAL2 sebagai persiapan untuk membangunkan projek mega ini..

Dan sebagai panduan:

Apa yang penting adalah NIAT YANG IKHLAS…

Kita perlukan pengorbanan..korban masa,tenaga,harta, nyawa..dan apa2 sahaja yang menghalang dakwah ini..

Dan bila Allah beri ujian pada kita..jangan bersikap lemah..tapi hadapi dengan sabar, tabah dan yang penting hadapi sebaik2nya..dan jangan FAIL dengan ujian Allah ini..

Yang kedua perlu ada dalam diri kita: HIMMAH ‘ALIAH (semangat yang tinggi); tak boleh jadi jika kita ikhlas sahaja hadapi semuanya tapi tak bersemangat pun…sebagai contoh: dalam peperiksaan..kita kata kita belajar ikhlas kerana Allah..tapi bila peperiksaan..kita fail..ni x boleh jadi..

Kami juga ditanya tentang apakah MALAPETAKA YANG PALING DAHSYAT yang berlaku pada seorang daie…

Ada yang menjawab futhur..malas..panjang angan-angan..

Tapi jawapannya..adalah masa lapang..bagi seorang daie..beliau tak akan ada masa lapang..masa yang ada pasti diguna untuk dakwah..dan sangat khuatir jika masa lapang itu akan melalaikan meraka…

Faiza faraghta fan sab…(surah insyirah)

Membawa mafhum..bila kamu dah selesai suatu urusan..maka tetaplah kamu bekerja keras..

Jika dilihat dalam konteks sebagai seorang pelajar..bila kamu dah selesai peperiksaan kamu (tak lama lagi exam), maka kamu tetap kena bekerja keras, berusaha untuk terus berjaya..

Dan dalam konteks sebagai daie dan pelajar..bila kamu dah selesai sesuatu urusan..kamu tidak boleh melupakan tugas yang menanti kamu di hadapan sana..(exam..dakwah..)

“AKADEMIK BUKAN NO. 1, TAPI DAKWAH BUKAN NO.2”

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN…

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...