Friday, July 1, 2011

Rahmatilah Pilihan ku Ini

Bismillahirrahmanirrahim..

Kembali semula ke alam maya..telah sekian lama tidak meng'up date' khabar berita di sini..mungkin juga kekurangan idea, tidak pun tidak sempat untuk meluah kata..

Tanggal 30 Jun ini..maka genaplah sebulan saya menetap di Nilai..dan selama sebulan ini jugalah macam2 perkara dipelajari..sama ada terluah dek kata2 atau hanya mampu terjemah dek tingkah laku...:)

Moga Allah berkati atas pilihan yang saya buat ini...
............................................

Buat makluman sahabat2, sekarang ini saya sedang menjalani kursus Halal Eksekutif yang dianjurkan oleh HDC dan USIM..sudah genap sebulan kursus yang dijalani..

Hakikatnya..saya secara peribadi tidak berminat untuk attend kursus tersebut..akan tetapi..bersandarkan kepada musyawarah dan nasihat yang lebih cenderung untuk saya teruskan kursus ini..saya cuba juga ikhlaskan hati.

Dan yang paling penting, dalam masa yang sama, (attend kursus ini adalah sebab kukuh untuk tinggal di Nilai)akhirnya saya dapat meneruskan liqa' saya dengan adik2 akhawat...juga dapat berjumpa empat mata..cuba merungkai apa yang tersirat..cuba berkongsi bebanan dakwah yang dipikul..cuba memahami mereka..cuba memasukkan mereka ke dalam sof..yang pada hakikatnya..pelbagai kerenah yang perlu dihadapi..pelbagai ragam yang perlu ditempuhi..bukan mudah untuk menjadi seorang murabbiyah kpd mutarrabbiyahnya sendiri..bukan sehari dua untuk merubah seseorang..

SIFAT DAKWAH

Memang benar..dakwah adalah suatu beban yang perlu dipikul..memang terasa beratnya bila keseorangan..segala apa yang ada pada kita menjadi tuntutannya..masa menjadi tuntutan dakwah, wang ringgit, harta, emosi dan apa2 sahaja yang kita miliki..menjadi tuntutan dakwah..

Benar sekali firman Allah tentang sifat dakwah ini..tentang 'bebanannya' dalam Surah Muzammil. Allah menyuruh kita untuk bangun malam, menghidupkan malam tidak kira nisfahu awin qus minhu qalila..sebgai persiapan ruhi kita dengan tugasan yang 'berat' ini..kerana Allah tahu kita ni sibuk sangat di siang hari hingga tak sempat untuk bermunajat di sepanjang siang.

Dan saya dapat merasakan, untuk berada di jalan dakwah ini..suatu perkara yang sedang saya pelajari hingga ke saat ini..untuk menjadi insan yang ikhlas berada di atas jalan dakwah yang cukup berliku2 ini..bukanlah mudah..memang mudah menasihat orang lain agar berlaku ikhlas dalam amalan..tetapi hakikatnya dari sudut amal..hanya iman yang layak berbicara menggantikan sang lidah..sungguh!medan bicara tidak sama dengan medan amal!

saya pasti..selagi saya tidak dapat praktiskan sesuatu itu dengan betul kerana Allah..
saya pasti..Allah akan sentiasa mendatangkan kepada saya ujian2 untuk mengetuk pintu hati saya ini agar mengambil ibrah daripadanya.

DAKWAH HANYA UNTUK MEREKA YANG BERJAYA MENSUCIKAN JIWA MEREKA

Jalan dakwah ini memang eksklusif..kerna apa saya katakan begitu..kerna mereka yang benar2 layak sahaja yang berjaya untuk berjalan di atas jalan yang mulia ini. Siapakah mereka?Mereka itulah golongan yang berjaya mensucikan jiwa mereka dari godaan, ujian, dugaan dan lain2. Jalan yang mulia ini mengajak manusia kembali kepada tuhan, jalan yang menyedarkan manusia erti hamba kpd sang pencipta, jalan yang menyatukan seluruh umat Islam, jalan kesatuan dan lain2 lagi.

Ayuh adik2 akhawatku, ayuh sahabat seaqidahku, marilah bersama kita masuk ke dalam barisan, menjadi salah seorang pendokong dakwah ini.













tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...