Saturday, November 21, 2009

..Menangislah...

Assalamualaikum...Bismillah wal hamdulillah...

Terima kasih ya Allah atas nikmat iman yang masih berbaki lagi dalam diri ini...

untuk entri kali ni..saya nak share ngan shbat2 semua tentang air mata..

bukan air mata air, tapi tentang jenis-jenis air mata..

sekian lama saya mencari mengenainya...

dan saya jumpa dalam simpanan maklumat tentang air mata ni dalam laptop saya...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut


· Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan


Dari itu.. ..??


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua....

Tuesday, October 27, 2009

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها

Bismillah wal hamdulillah...

Masih lagi dapat menghirup udara Allah yang percuma ni...
Antara nikmat yang paling besar selepas nikmat iman dan Islam..
Terima kasih ya Allah (pinjam word us Ibrahim Khalaf Khilaf)


HALAQAH..

Tengah bersiap sedia ulangkaji halaqah (salah satu subjek yang dipelajari di USIm menggunakan kitab turath..dan sem ni belajar kitab Iqna' karangan alkhatib syarbini) sebab ada imtihan syafawi pagi tu..tiba2..seorang pengawal usim menyapa saya dan rumet saya dan nasihatkan kami agar belajar bersungguh2 selagi masih ada peluang..pak cik tersebut menyuruh kami meneka gaji prof mohd alias..dan dato' nc..sangkaan kami meleset..gaji mereka sangat besar..seperti besar nya kejayaan yang mereka gapai sekarang..semakin bernilai sijil pelajaran kita, semakin tinggi gajinya..

Macamane pulak saya ye??


SITKOM...

Teringat cerita kat tv, balik rumah baru ni..sebuah cerita sitkom komedi "BEREK" yang mengisahkan tentang isteri-isteri polis yang selalu mengadu domba dan tak boleh tengok orang lain senang sikit..paling senang cerita suka buruk-buruk dan fitnah orang. Dan si suami pun nasihatkan si isteri supaya tidak meneruskan perbuatan yang tak best tu..dan ingatkan si isteri supaya bersyukur atas kurniaan yang Allah anugerahkan.

KAHWIN...

Baru-baru ni..kuliahmate saya baru sahaja menamatkan zaman bujangnya..dengan jejaka pilihannya yang merupakan pelajar Usim juga..MABRUK 'ALAIKUMA (wah..termasuk pula citer korang dalam entri aku kali ni..hehee)..dan memang tak sangka mereka akan berkahwin..tahniah buat us Najib dan Norizan..moga kekal hingga ke akhir hayat..dan selepas ini kuliahmate saya akan terbang ke Jordan..ya Allah..best nye,dah rezeki kahwin..rezeki belajar kat Jordan pulak..jeles la dengan izan..hehee..pasni giliran Syamil dan Liyana pula menamatkan zaman bujang diorang..

Ustaz Ubadah DATANG USIM..bersama adik2 Dq yang mengambil degree Usim-Dq diiringi jug a Ustz Hasnah..

Us Ubadah: ya 'Adawiah..
Saya : masha Allah Us..terharunya saya us masih ingat pada saya..(nada gembira amat)
Us Ubadah: Fi ayyi kuliah?
Saya : syariah wal qanun (peh jawab dengan konfiden nya...) takhassus fiqh wal fatwa..
Us Ubadah: masha Allah..akhuha ehsan imam fi masjid negara wa ukht muftiah fi selanjur..
Saya : ameen..(wah us lebih2 pulak puji2..tapi ok gak..satu doa..)

Seronok sangat dapat jumpe dengan mereka..mereka datang seperti membawa satu suasana yang dapat saya rasakan..mereka membawa sinaran al-Quran..tenang..senang..menusuk dalam jiwa saya..masha Allah..Walaupun saya tidak mengenali mereka dengan sedalam-dalamnya..ukhuwwah yang terbina atas al-Quran telah menguatkan hubungan kami..begitu suci dan tulus ikatan ini..rasa ingin kembali ke sana..menyelak helai demi helai dan ayat suci itu berlegar di kepala dan meluncur laju dari bibir ini..tapi itu kenangan pada masa lalu..masih ingat lagi kah aku ayat2 itu..Walau macam mana pun...terima kasih sangat2 yang tak terhingga pada us Shamsul Hakim yang sudi jadi pensyarah tasmi' saya..(^_^)

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها


Saya suka sangat tengok nikmat2 yang orang lain dapat..yang saya tak dapat..pastu persoalkan kenapa lah saya tak macam tu tak macam orang tu...ya Allah..takutnya jadi hamba yang kufur nikmat...

Apa yang saya ada di dunia ni...tak ternilai semuanya. BAnyak sangat..kalau ditulis memang tak muat la..infiniti nikmat yang Allah beri..sejak di alam roh hinggalah di akhirat kelak pengakhiran kita..maka solusinya jadilah hamba yang bersyukur..

Firman Allah:

لإن شكرتم لأزيدنكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد

Teringat saya pada Rasulullah saw..bagaimana baginda bersusah payah menunaikan ibadah nawafil sehingga bengkak2 kakinya walaupun telah dijanjikan syurga..kerana baginda mahu jadi hamba yang bersyukur..Allahu Akbar! qudwah hasanah sepanjang zaman..






Sunday, October 11, 2009

Sejauh Mana Kita Berkongsi di Alam Maya


Bismillah wal hamdulillah..

Keyf hal semua..moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Salam Imtihan dari saya buat semua shbt yang akan menghadapi peperiksaan awal november ni..bittaufiq wannajah..

Sedang berjalan2 membuat aktiviti blog walking..terjumpa artikel dari web pembina.sangat bermanfaat untuk diri ini agar muhasabah kembali tujuan utama dan niat mengapakah blog ini diwujudkan.

Jadi, sukalah saya untuk berkongsi bersama sahabat sekalian...



Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Alam maya tidak dapat tidak, telah banyak mempengaruhi cara hidup kita masa kini, terutamanya terhadap golongan generasi X dan generasi Y kita yang pintar IT and dirasakan tidak dapat hidup tanpa perkhidmatan internet di tangan mereka.

Jika dahulu kita biasa dikagumkan dengan kelebihan sistem Friendster atau Circle 99, sekarang sudah ada bermacam-macam sistem ‘hubungan alam maya' (social networking websites) yang pada asasnya bertujuan membantu kita kekal berhubung dengan kawan lama yang sudah bertahun-tahun terputus hubungan, juga keluarga dan saudara-mara yang berada jauh di mata. Turut digilai adalah aktiviti blogging atau diari maya (online diary).

Kelebihan-kelebihan yang disediakan termasuk berkongsi gambar, video, menghantar pesanan secara maya (online message), serta permainan-permainan secara maya (online games).

Tujuan tulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca merenung sejenak, apakah batasan-batasan yang patut digaris oleh para pengiat alam maya, sejauh mana maklumat peribadi patut dikongsi dan kebaikan/keburukan yang boleh muncul daripada aktiviti ini dan impaknya kepada iman, ‘amal dan imej seorang muslim.

Kebiasaan Perlakuan Penggiat Alam Maya

Ini adalah kebiasaan yang dilihat dilakukan oleh kebanyakkan penggiat alam maya:

  • Berkongsi maklumat diri
  • Berkongsi gambar/video
  • Bermain permainan maya
  • Menulis aktiviti harian/mencurahkan perasaan hati (diari maya)
  • Menulis pendapat tntang isu semasa
  • Bertukar pendapat/berforum, dll

Tujuan Tidak Menghalalkan Cara

Seperti yang digariskan tadi, antara tujuan-tujuan yang biasa dikemukakan adalah:

  • Mencari rakan belajar/kenalan-kenalan yang terputus hubungan
  • Mencari kawan baru di alam maya
  • Sebagai tempat meluahkan perasaan/melepaskan tekanan (permainan maya, diari maya)
  • Bertukar-tukar maklumat

Sebagai Seorang Muslim

Tidak dapat tidak, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah terhadap segala tindak-tanduk kita dengan tatasusila Islam. Ini kerana Islam adalah cara hidup kita, bukan hanya di hati sahaja, tetapi juga di tangan kita, di mata kita, di minda kita, di jari-jemari kita, di pakaian kita, dan juga di alam maya kita.

Saya menyeru agar kita meletakkan visi yang jelas dan terang dalam mengambil peluang terhadap segala kecemerlangan teknologi maya ini untuk:

  • Memperluaskan lagi ilmu pengetahuan kita untuk pembangunan manusia:
    • ilmu al-quran
    • ilmu hadith
    • ilmu feqah
    • ilmu sejarah
    • ilmu teknologi, dll
  • Mempamerkan keagungan sejarah islam kita
  • Berdiskusi secara sihat tentang:
    • isu-isu semasa di tanah air
    • masalah-masalah sosial masyarakat islam
  • Berkongsi maklumat tentang saudara-saudara kita di Negara-negara Islam lain
  • Membuat kutipan dana untuk membantu saudara islam kita, tempatan mahupun di luar Negara
  • Mempromosikan aktiviti-aktiviti islami yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan, padang-padang, sekolah-sekolah dsb.
  • Menghasilkan karya-karya yang menyentuh minda dan menyemarakkan iman dan menggalakkan ‘amal
    • Gambar
    • Video
    • Tulisan
    • Ucapan, dsb
  • Membentangkan rancangan musuh-musuh dalam menjatuhkan maruah manusia ke lembah kehinaan
  • Dll

Anda Adalah Apa yang Anda Lakukan

Semua orang ingin berjaya, semua orang ingin dikenali. Percayalah, hanya di sisi Allah s.w.t lah yang seharusnya kita sasarkan kedudukan kita. Apabila anda telah tetapkan visi dan misi anda berkecimpung dalam aktiviti alam maya, anda akan tahu batasannya, kerena ia sepatutnya bukan tentang anda, tetapi tentang visi dan misi anda. Semoga penglibatan anda di medan maya member impak maksima terhadap iman, ‘amal dan imej seorang muslim di mata dunia.

Mastura Mohd - AJK Pembina Selangor


Friday, September 18, 2009

Salam 'Eidul Fitri..


Assalamualaikum wbt..

Buat sahabat2 yang mengenali saya juga sahabat2 di alam maya, selamat hari raya saya ucapkan, maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terguris hati, tersalah faham, terjeling mata dan sebagainya yang terlanjur..

Moga dengan barakah fitri ini, kita benar2 kembali kepada fitrah manusia; bersih dari noda dan dosa lantaran menyambut kemenangan umat Islam, bukan sekadar melaungkan takbir, tetapi menghayati erti kemenangan itu sendiri.

~Salam Lebaran buat semua samada yang dekat @ jauh di mata, di tanah air Malaysia juga di perantauan (^_^)

Thursday, September 17, 2009

Di Ambang ‘Eid Mubarak..

Bismillah wal hamdulillah


Masih lagi dapat menghirup udara anugerah Allah yang percuma ini..


Dan kini tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya…Ya Allah..terasa baru sahaja hendak merasai nikmat beramal ibadat..tapi bahang Ramadhan itu sudah mahu berlalu pergi..Oh tak mengapa..moga tarbiyyah ta’abbud di bulan ramadhan ini mampu menjadikan diri yang lemah ini istiqamah dalam mengamalkan ibadat nawafil.

Salam Penghargaan dan Seinfiniti Kemaafan

Kali ini entri ini dicoretkan untuk merakamkan (peh bahasa formal nye) setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan pada pihak pengurusan kolej, Madam Roslizawati (Pengetua yang baik), En Hakim (PPA yang berdedikasi), En Azmil (PA yang bersungguh2) dan Puan Anne, juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Kebajikan Siswi Kolej Kediaman Nilam Court umumnya dan khususnya kepada para AJK saya yang dikasihi Allah kerana bertungkus lumus menjayakan Program Ibadah kita iaitu Program Ihya’ Ramadhan..tanpa kalian siapalah saya…tak mampu untuk melakukan segala2 kerja (dari mula menghantar kertas kerja, menguruskan khemah untuk terawih, menggunakan PA sistem yang paling baik, membentang tikar sejadah sehinggalah serve jamuan untuk para imam terawih) dengan menggunakan tulang empat kerat ini…JZKK sahabat2 jaksa sekalian..Hanya Allah sahaja selayak2 kuasa yang dapat membalas jasa kalian..Dan tidak dilupakan jutaan terima kasih diucapkan buat Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden, ISMA, kerana sudi menjejakkan kaki ke Kolej saya, memenuhi undangan saya sebagai penceramah untuk Ceramah Ramadhan..


Mohon kemaafan dipinta pada semua sahabat2 jaksa dan AJK saya khususnya andai pernah dimarahi saya atau terkasar bahasa dalam melaksanakan tugas, terjeling mata, terjuih bibir, termuncung mulut, tercalarkan hati2 milik sahabat2 dan segala perlakuan badan (language body) atau bahasa yang menyakitkan harap dimaafi. Diri ini amatlah tidak sempurna dan sering dihiasi dengan kekurangan2..maka sahabat2 yang ada di sekeliling sayalah yang layak menampal kekurangan2 saya itu…Terima kasih sahabat2 ku..



Program Ihya Ramadhan 2009


Walaupun dari fizikalnya, Program Ihya Ramadhan ini tampak berjaya dihiasi dengan Tadarus, Solat Terawih, Qiyamullail, Pertandingan Tazkirah, Tulis Risalah dan lain2 lagi…tetapi jiwa saya yang kerdil ini masih lagi tidak berpuas hati dengan pencapaian diri ini..amal ibadat yang dilaksanakan bulan Ramadhan kali ini tampak hambar dan suram..tidak seperti Ramadhan yang lalu..begitu menyempitkan dada ini..Ya Allah Ya Rahman…Di manakah tahap puasa ku kali ini..Di manakah tahap ibadah ku kali ini..


Pengajaran yang dipelajari sepanjang Ramadhan


Sepanjang Ramadhan ni..tak delah post yang menarik sangat..Cuma ada beberapa detik yang dilalui yang sangat mengajar diri ini..


Untuk pengetahuan pembaca setia blog ni (ada ke org bace? Buat2 ade la..hehe), fikiran saya sangat berkecamuk apabila perlu menyelesaikan banyak2 kerja dalam masa yang sama..

muka sedih la kononnya ni

Pada hari Ahad lepas (13 Sept) yang lalu..Biro saya menganjurkan dua program pada hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza..Pada waktu paginya Program Seminar Bijak Berbicara dan di sebelah petangnya Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan… Memang haru-biru pada sebelah pagi… tapi buat2 tenang dan relax je la (tapi muka masam campur bengang2 skit tu x dapat disorok bile tengah tension)…dengan masalah2 yang baru timbul, air-cond DKF tak delah..tak mohon surat kelulusan untuk buat program masa hari cuti lah..bas nak balik tak de lah..dan macam2 lagi yang mentensionkan kepala yang sedia serabut ni…


Dan akibatnya, lambat lah sikit sampai ke kolej kediaman menyelesaikan masalah pengangkutan..(geramnye lah masa tu!)


Alhamdulillah..program sebelah petang berjalan lancar..tanpa kehadiran saya di awal waktu..rasa bersalah dengan sahabat2 jaksa lain..tapi nak buat camaner..dah jadi camtu..tak rancang pun…


Ibrah yang paling terkesan di hati ni

1.Bile dah banyak berkomunikasi dan bergaul dengan banyak orang, kita mula membaca dan memahami gaya orang2 itu yang pelbagai kerenah, mengajar kita bagaimana berkomunikasi dengan efektif.


2.Alam sekeliling mentarbiyyah diri saya bagaimana berurusan dengan manusia yang penuh dengan emosi (lebih2 lagi perempuan) berurusan dengan menggunakan gaya bahasa yang terbaik walaupun dalam keadaan marah (tapi kengkadang tu terlepas gak kate2 yang tak best kalau dah bengang sangat).


3.Dan yang paling best, mengajar saya erti ukhuwah walaupun berbeza fikrah (isma ke Pembina ke Nisa’ ke MPP ke SPMM ke PMI ke GAMIS ke and whatever)..dan yang semestinya yang mendokong Islam itu…dan saya selalu didedahkan bagaimana berukhuwah antara satu fikrah sahaja..yang kadang2 bagi saya latihan ini memupuk persepsi yang tak baik kepada orang yang tak sefikrah dengan saya. TAPI saya belajar meneutralkan kedua2 keadaan..tidak mahu melaga2kan..dan berlapang dada adalah cara yang terbaik yang telah diajar dan dipupuk oleh murabbi pertama saya yang telah menemukan saya apa erti menganut Islam dan dakwah, baru tidak rugi..


Apa yang penting pengajaran yang paling bermakna..setiap apa yang dirancang, x semestinya berakhir seperti yang diinginkan kerana di akhir masa itu ada satu kuasa yang menjadikan ia kenyataan atau tidak. Itulah Dia Allah YAng Maha Agung Lagi Maha Perkasa..


Manusia Merancang, Allah jua Merancang, Dan Ingatlah Allah itulah Perancang yang Mutlak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...