Monday, November 28, 2011

Walimah

Hari ini..27 November 2011..

Rasa banyak sekali jemputan kahwin dari kawan terdekat dan kawan ‘terjauh’(ada ke istilah kawan terjauh) (^_^)

Tahniah sahabat2 ku dari SAMER , DQ dan USIM.

Mabruk a’laikum..

Moga layari bahtera dengan penuh iman dan kasih sayang..

Moga antum semua melakar agenda keluarga untuk kepentingan ummah

Moga menjadi suami isteri yang saling faham memahami, ibu bapa yang soleh solehah dan berjaya melahirkan generasi yang soleh lagi musleh.

Ucapan ini khas saya tujukan buat Siti Faizah Makhruzi dan suami, Anwar Faiz dan isteri, Ammar Abdullah dan isteri, Alifah dan suami, Kak Fasihah dan suami, Ejah dan suami, Hibatul Haqqi dan isteri, Saleh Pohan dan isteri, Halimah dan suami, Syikin dan suami, Wahidah dan suami ..dan ramai lagi nampaknya..

………………………………………………………………….

Kadang2 terkilan juga tak dapat pergi walimah sahabat2

Bukannya apa..program2 banyak menunggu bila hujung minggu..nak tinggal..memang tak patut, sebab tak de orang nak run..

Tapi..apa pun..walimah tetap berlangsung kan??:)…asalkan orang penting ada..itu sudah lebih memadai..Cuma tak dapat sekali meraikan..saya tetap mendoakan kesejahteraan pernikahan antum..

…………………………………………………………………..

Program Anak2 ISMA (26-27 Nov 2011)

Tak sangka dipanggil untuk bantu program ni..special betul program ni..memang khusus untuk anak2 ISMA..untuk counter masalh2 yang adik2 ni hadapi..(biasalah no body is perfect)

Anak2 ISMA ni..memang advance pemikiran mereka..alhamdulillah..sesuai la mereka ni anak2 ISMA..


Senang juga nak bermesra dengan anak2 ni, kreatif, ringan tulang..dan suka berkongsi pengalaman… mungkin orang lain tak boleh buat macam mereka ni..berani berkongsi kekurangan mereka untuk diperbaiki (tak banyak orang boleh citer benda2 yang tak baik dalam diri sendiri)

Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada ujian musibah dari segi kecederaan, atau benda2 yang tak baik..

Cuma..

Bila saya mengatakan begitu ketika penutup program tadi..

Akhirnya Allah menguji saya ketika dalam perjalanan pulang tadi..

Saya bersama ukhti amalina pulang bersama dengan masing2 memandu kenderaan masing2..

Atas nasihat ukht kal untuk menggunakan laluan Linggi kerana dikhuatiri ‘jam’ di sepanjang jalan PD

Laluan Linggi tu..memang jauh..mata saya berkali2 terkelip..mengantuk..

Alhamdulillah..berjaya mengawal pemanduan..

Selepas Berjaya menembusi seremban..kami bersama2 menghantar portable mic ke Pejabat Isma Seremban..terus pulang menggunakan jalan LEKAS..

Lekas Seremban – Nilai.

Memang saya tersengguk dalam perjalanan..berkali2..hinggakan semasa saya berada di lorong tengah saya tersengguk2..dan apabila tersedar saya berada di lorong kiri sekali (lane3)..alhamdulillah terselamat..

Pabila berada di lorong 3..saya langsung tak sedar rupa2nya..tersengguk lagi..bila tersedar je..Izzudin (nick name kereta saya) dah terseret kat divider jalan (mujur ade divider..kalau tak boleh jatuh gaung daa..)..Allahu Akbar!

Berdebar2 nya hati..Allah..accident lagi..

Apa pun..sebelum majlis konvo..saya perlu hantar bengkel..untuk ketuk bahagian2 yang kemek tu..(duit lagi) (T T)

Banyak pula pakai duit bulan ni..



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Thursday, November 24, 2011

Alasan...




Tuut..tuut..

Mesej masuk ke henfon Ukht Hanim.

"Maaf ukhti..ana x dapat datang..ukhti, dalam berdakwah pun kita kena bersabar dan tiada paksaan. Sebagai contoh, kalau ukht nak berdakwah orang supaya tunaikan solat..ukht x leh paksa die kan..dan ukht x leh paksa die dengar cakap ukhti kan?ukht kena lah belajar mengajak secara berhikmah dan bijaksana..

Lagipun ana x bersedia untuk jumpa akhawat lain..maaf ukht..ana x lah baik sangat..x sama dengan akhawat lain tu..

Emm..mungkin program lain kali, ukht ajaklah ana..insha Allah ana luangkan masa..lebih2 lagi jika dengan kehadirannya ukhti hanim untuk program akan datang."

Hanim merenung dan menatap jauh mesejnya yang diperolehinya..

Selang beberapa minit..

Masuk pula mesej kedua...

"Salam ukhti hanim..

ana x dapat datang mabit malam ni..ana dalam perjalanan pulang dari LCCT..penat masih tak hilang lagi..

ana x rehat2 lagi dari siang tadi..rasa macam nak pengsan..dengan assgmnt yang banyak dan mid term yang bakal menjelang...

maaf ukhti..ana mohon maaf banyak2.."

Apa pun hanim dah biasa dengan kerenah ketidak hadiran anak2 binaannya ke program2..ada sahaja alasan mereka walaupun hanim sudah berkali2 ingatkan mereka...

Hanya doa munajat dipanjat agar mereka tetap thabat..

-----------------------------------------------------

Begitulah antara cerita2 mutarabbi..dengan murabbiyahnya..

kadang2 tanpa disedari mungkin kita juga pernah menjadi mutarabbi seperti itu..

jujur saya ungkapkan..di suatu ketika dahulu..pernah sahaja terbit di hati saya perkataan 'malas' untuk datang ke usrah atau program2 lain yang sewaktu dengannya..

tapi..saya tetap teguhkan jua hati untuk hadir..walaupun ada bibit2 tidak ikhlas..

cumanya..saya tidak meletakkan alasan (bijak sikit dari cerita di atas) seperti "saya kurang baik" @ "saya banyak assignment" @ "saya penat, tak cukup rehat"..

malah..saya akan beri alasan.."mak saya suruh balik kampung..ada kenduri" tak pun.."saya ni Timbalan Pengerusi asrama..saya kena jadi AJK Protokol...takkan saya nak tinggalkan, nanti jejas pula imej dakwah.." tak pun.."saya ada meeting..kalau saya tak de..meeting tak boleh buat" (budget penting sangat la..)..

Itulah antara alasan2 femes yang sering saya gunakan...

untuk mengelak dari datang program atau usrah..

malangnya,,jika alasan yang diberi tidak berjaya mematahkan mas'ulah saya..saya pun terpaksalah datang ke usrah,,,

mungkin juga termasuk anda..yang suka cari alasan??

------------------------------------------------

ALASAN..BAGUS SANGATKAH??

Tiada siapa yang tak pernah beri alasan dalam hidupnya..

malah setiap diri kita pasti pernah meletakkan alasan jika kita tidak suka sesuatu untuk dibuat

atau kita tak faham kenapa kena buat..

Alasan ni memang menyeronokkan...sebab akhirnya kita boleh buat benda lain yang kita suka..

dan tanpa kita sedari..kita dah pun mendapat saham melukakan hati orang lain yang berharap agar kita melakukan sesuatu itu mengikut kehendak mereka..

ALASAN & BERKIRA URUSAN AKHIRAT

Jika difikir2..usrah, qiyam, daurah dan (beberapa wasilah tarbiyah lain)..adalah antara urusan akhirat kita..

di mana..melalui wasilah ini..adalah antara cara untuk top up akaun akhirat kita..

perlu berkira2 juga ke??

pelik bukan..manusia sekarang..masih berkira2 dengan diri sendiri jika mahu buat kebaikan

masih berkira2 dengan mas'ulah sendiri untuk datang qiyam..

masih berkira2 dengan usrah mate untuk datang usrah...

Buat mutarabbi yang suka berkira2 dengan urusan akhiratnya..

sama2 lah kita bermuhasabah...

janganlah meletakkan alasan di hadapan...

janganlah memandang sebelah mata urusan akhiratmu..

bermuhasabahlah! Insha Allah..Allah akan membantu dalam tarbiyah ini..













tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Thursday, November 17, 2011

Tutuplah mengikut syarak

Bismillahirrahmanirrahim…

Penatnya mata dan juga minda hari ini..memerah otak nak menjawab soalan peperiksaan. Pertama kali jawab soalan SPA, boleh tahan juga sesuai la dengan jawatan yang dipohon. Kalau nak senang aje, duduk rumah goyang kaki la..tapi ingin mencari pengalaman dan mengasah keupayaan..manalah tahu rezeki ada di situ..sekadar percubaan dan tidak melepaskan peluang yang ada, belum tahu lagi akan datang Berjaya dipanggil peperiksaan atau tidak.

Pertama kali datang ke UM yang kat tengah Bandar tu..awal sangat bertolak..6.30 pagi..padahal dari masjid Negara je pun..itulah sikap saya..bila tidak tahu jalan, pasti akan seawal2nya..bila dah tahu jalan, hanya cukup2 minit untuk sampai ke destinasi..

Hari ini berehat di surau sahaja..x berkesempatan pun untuk mencari tempat makan dan tempat rehat yang lebih istimewa..surau pun cukup selesa..mungkin kerana tempat itu adalah dewan baru makanya suraunya pun baru, Alhamdulillah..

Sebelum ini, jika di USIM semua pelajar2nya bertudung litup..walaupun ada yang hanya ikut syarat syarak tapi sekurang2nya undang2 yang dilaksanakan di USIM mampu memelihara martabat dan aurat wanita..tetapi di UM itu..mungkin tidak menjadikan syarat bertudung itu sebagai mandatori..kelihatan beberapa wanita tidak bertudung masuk ke surau dan mengenakan telekung untuk menunaikan solat. Melihat juga sebahagian daripada mereka agak sukar untuk solat apabila telekung tidak disediakan. Di dalam hati saya terdetik..bagaimanakah konsep menutup aurat yang mereka fahami??Ya Allah..kasihan mereka masih belum mampu menjaga aurat..wal hal pabila mengadap Allah..tahu pula mereka untuk mengenakan kain telekung..


Sedih sungguh melihat golongan terpelajar yang tidak ada kefahaman asas Fardhu ain yang lengkap. Memakai tudung bila nak solat, pakai tudung bila nak nikah, pakai tudung bila dah tua..sedih hati ini bila mengenangkan nasib masyarakat wanita Islam hari ini..

Buat mereka yang masih di USIM atau mana2 tempat yang miliki undang2 yang lebih Islami, didiklah diri supaya Islam itu sebati pada diri, bukan sahaja pada nama, malah dari luar sudut pandang mata kita.

Buat mereka yang masih bertudung ikut fesyen seperti cerita “Si Tudung Tweet” tu..pupuklah kesedaran tentang konsep tutup aurat yang macamane digariskan dalam Islam..janganlah hanya menutup kepala, tapi terlupa pula pada bahagian2 badan yang Allah perintahkan agar dilindungi dari mata kasar manusia.

Buat mereka yang bertudung tapi masih berbaju ketat, sedarlah diri sebelum api memamah diri.



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Tuesday, November 15, 2011

Hasil Lukisan 1


Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini..saya ingin berkongsi bersama hasil lukisan saya yang pertama..

memang tak pernah melukis dalam komputer..

inilah pertama kali..

moga bermanfaat untuk pembaca2 blog semua..:)



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

Saturday, November 5, 2011

Say NO to Seksualiti Merdeka!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Lepas satu satu isu melanda negara Malaysia kita ni..

tentang isu murtad, isu aqidah, isu humanisme, isu bebalisme, isu malasisme, dan yang terkini digembar gemburkan dan mencucuk sensitiviti umat Islam adalah isu seksualiti merdeka.

Rupa2 nya sudah 4 kali pesta ini berlangsung di negara kita..sedar tak sedar telah diadakan sejak tahun 2008.

Jadi..di sini, saya bukanlah nak mengulas lebih lanjut tentang isu ini..cuma saya ingin berkongsi pandangan dan link2 yang berkaitan bagi menjelaskan isu ini..

Selamat melayari web2 ini:

Bantahan Aman Pembela (website)
Perjuangan Seksualiti Merdeka adalah jijik (website)
Kutuk Festival Seks Bebas (website)
Haram Muslim Sertai seksualiti Merdeka (website)

Astaghfirullahul 'azim..saya sendiri pelik dengan sikap orang bukan Islam ini. bukankah kegiatan Lesbian, Bisexual dan transgender itu sudah melawan ketamadunan manusia sendiri??melawan fitrah sendiri..mengapa mesti memenangkan kehendak naluri yang songsang ini??

kaum Lut telah berani menonjolkan imejnya.

Ya Allah Najjina Ya Allah.

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...