Monday, January 10, 2011

Tranformasi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dapat juga saya mencari masa, mencelah untuk menaip sesuatu bagi tatapn saya untuk bermuhasabah diri di alam maya ini.

Ini adalah entri pertama saya untuk tahun 2011 ini. sebenarnya banyak sangat yang hendak dicatat di sini..tapi tak berkesempatan..
...................................................

Sekarang ini, saya dalam proses untuk menerima suasana baru.Ye! suasana baru..untuk cuba memahami alam pekerjaan yang memang mencabar..(dulu..bila masih student..menghitung2..bila la nak kerja..tapi bila dah masuk ke alam praktikal, baru tahu betapa seronoknya alam belajar...ye fully belajar)..walaubagaimanapun..belajar tetap kena belajar hinggalah ke akhir hayat..teringat..ingat lima perkara sebelum lima perkara..

hari pertama saya menjejakkan kaki ke Halal Jakim di Cyberjaya ni..teringat saya jejak langkah ini jika tidak ke cyberjaya..tentu telah terpacak di FSU..nak masuk kuliah..rindu nya waktu tu..senang aje..datang kuliah..dapat belaajr bersama kawan2..tapi dah lepas dah semua ni..itulah kena terima suasana baru..kalau nak jugak..sambung masterla..(oh tidak kot buat masa ni..)
..................................................

Mula2 sampai di tempat praktikal tu..awal betul..pukul 7 (kuliah pun masuk pukul 8, x pernah pukul 7 dah sampai..kecuali masa tahun 1)..terfikir2..kerja ape la agaknya yang akan diberi oleh halal jakim ni..hem..

Rupa2nya kena cek maklumat pengguna yang hantar permohonan sijil halal..saya akan ditempatkan di ketiga3 unit yang ada di hub halal tu..nak bagi rasa kesemua kerja di unit2 berkenaan..

Pada awalnya..merasakan..ya Allah..kerja apalah yang saya kena buat ni..nak kena cek2 belaka..malasnya ya Allah..tak de kaitan pun dengan nak kena kaji halal ke tak makanan tu, tak de kaitan pun subjek sains pemakanan tu..

Ini semua fikiran jahat saya yang mentafsir...tetapi..apabila saya duduk di sini selama seminggu, ada beberapa perkara yang akhirnya mengubah fikiran saya..setiap hari saya perlu menelefon syrikat2 yang membuat permohonan sijil halal ini jika mereka tidak menghantar permohonan dengan lengkap..ada juga perlu menjawab soalan2 pelanggan yang menelefon tentang halal haram sesuatu ramuan produk..macam2 pengalaman bila masuk ke alam pekerjaan..pengalaman untuk mendekati masyarakat, mengetahui kerenah masyarakat, mengetahui sensitiviti masyarakat dengan Islam..juga tentu sekali pengalaman bersama para pekerja di jakim (yang menggunakan Islam sebagai nama badan..)..

.................................................

'Ibrah yang paling penting yang saya dapat dari pengalaman praktikal ini..saya perlu amanah dan berlaku jujur..walaupun mudah untuk menaip kedua2 sifat mahmudah itu..bukan mudah dalam bentuk amali..

Saya perlu amanah untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna, saya perlu amanah iaitu jika tidak jelas, beritahu tidak jelas, jika tidak tahu, cube dapatkan maklumat, dan bukan nya memandai-mandai sahaja..

selain itu..saya nampak position saya ni kecil sahaja..dan tidaklah sebesar position orang lain dalam pejabat ni..walaupun kecil...saya tetap juga perlu menjalankan tugas dengan baik..jika terbengkalai tugas saya..terganggu juga tugas orang lain..

.................................................

Perkara ini sama sahaja di medan dakwah...

Mudah untuk berbicara-suruh orang buat baik, nasihat orang solat jemaah etc.

Tapi perlukan mujahadah dalam beramal..

Di jalan dakwah juga, walau sekecil mana posisi kita, ia sangat penting dan begitu bermakna, sekiranya posisi tersbut tidak menjalankan kerja yang sepatutnya..proses dakwah tetap terganggu disebabkan masalah tadi..

Jadi..jangan termasuk dalam golongan yang menghalang jalan dakwah ini..walaupun posisi kita nampak mudah dan kecil.


tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...