Monday, May 18, 2009

:: Konklusinya... ::


Apa yang saya dapat dari konvensyen tersebut?

Ok, pagi tu saya terlepas satu slot, tapi antara isi ceramah tersebut menyentuh tentang boikot. Seramai lebih 3000 peserta yang ada dalam Dewan Merdeka, PWTC itu diseru agar boikot produk-produk yang ada menyumbang saham kepada AS dan Israel.




Banyak la kan barangannya…kalau disebut di sini memang berjela-jela la kan. (Tapi bila menyoal diri sendiri apakah ia diaplikasikan dalam keluarga? Memang sukar untuk jadikan reality sebab kuasa berbelanja semua pada orang tua. Kalau diri sendiri tu, Insya Allah la kan)

Selepas itu, slot Dr. Azzam al-Tamimi. Beliau merupakan Pengarah Institute of Islamic Political Thought, London. Antara perkara yang disebut dalam konvensyen tersebut ialah berkaitan Projek Zionis ini adalah projek memerintah dunia. Beliau mengatakan bahawa semua percaya bahawa zionis sekarang menguasai dunia. Tapi semua alpa dan leka bahawasanya secara hakikatnya, ALLAH lah yang menguasai kita semua. Apa yang kita nampak ini adalah dari mata kasar kita sahaja.


Beliau juga ada menyindir pimpinan-pimpinan Islam yang berada sekitar Palestin sebagai ZIONIS MUSLIM…mereka tak lain tak bukan…MAHMUD ABBAS dan HOSNI MUBARAK…

Ada satu soalan yang dilontarkan oleh peserta. Peserta tersebut menyebut yang Dr. Azzam tak percaya pada Imam Mahdi dan kenapa. Kalau tak silap saya (Insya Allah tak silap sebab Dr. Azzam speaking English) Dr. Azzam menjawab, dia bukan tak percaya, tapi hadis yang menyebut tentang Imam Mahdi itu adalah hadis dhaif. Jadi beliau tak nak tunggu dan tunggu akan kehadiran Imam Mahdi tanpa berbuat apa-apa, tidak berusaha, bermalas-malasan, biar sahaja Islam ditindas! Beliau tak nak biarkan sahaja Islam begitu. Beliau kata kita mesti sama-sama bekerja untuk Islam dan selamatkan Islam. Lagipula Allah telah berfirman dalam Surah Taubah: 105:


"Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

Beliau juga ada menyentuh tentang tarbiyyah. Kita semua kene menyediakan manusia, tapi isunya di sini manusia yang macam mana?? Sebab manusia tersebut yang perlu menjadi pengubah dunia dan mendidik generasi.

Perjuangan untuk memartabatkan Islam supaya berada di tempatnya bukan kerja sehari dua dan bukan mudah. Bukan satu masa yang singkat…
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Slot yang saya sempat take note adalah slot alu-aluan dari Pengerusi Eksekutif Aman Palestin merangkap Presiden ISMA iaitu Ustaz Abdullah Zaik bin Abd. Rahman. Beliau pula menyebut serba-sedikit tentang sejarah kedatangan Yahudi ke bumi suci Palestin. Sebenarnya kedatangan mereka ke sana adalah untuk menempuh satu hari iaitu hari al-ghadhab (terima sumpahan tuhan).



Panel seterusnya ialah Prof. Dr. Mohsen Soleh. Beliau merupakan Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian, Az-Zaytouna Lubnan. Apa yang menarik dalam speech beliau, beliau ada menyebut tentang ancaman-ancaman yang dihadapi Israel; mereka semua sekarang di tentang oleh Penentang Sayap Kiri ie HAMAS, ISLAMIC JIHAD..juga kebangkitan kesatuan-kesatuan Islam, Negara Israel ini bergantung hanya kepada kekuatan tentera berbeza dengan tentera Islam yang bergantung pada kuasa yang tertinggi..RABBUL JALIL..belia-belia Israel penakut dan pengecut! Mereka sembunyi dalam kereta kebal dan takut nak keluar sehinggakan mereka ini memakai pampers (ni yang nampak sangat pengecut nye diorang ni..harap je kereta kebal canggih, tapi hati macam semut!)I


tulah bezanya dengan umat Islam yang mengejar SYAHID...ALLAHUAKBAR!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila mana saya jejakkan kaki di PWTC tempohari, saya merasakan satu semngat baru yang menjalar di tubuh saya..seolah-olah meremang bulu roma saya..berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan, menaikkan semangat saya untuk terus berada dalam jalan dakwah ini yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan di dunia ini. Tapi bila Allah telah menawarkan jual beli ini, saya ingin buat saham saya di akhirat kelak!! Moga ini adalah satu jawapan untuk saya bentangkan pada ALLAH..ini baru usaha yang sangat kecil..mungkin tak sampai sebesar zarah..tapi saya amat bersyukur dapat juga peluang untuk berniaga ni. Teringat firman Allah;Surah Taubah: 111:


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar".


JZKK pd PEMBINA PUSAT dan AMAN PALESTIN atas usaha sama menjayakan konvensyen tersebut…

Moga usaha kalian akan menyumbang kepada kemenangan ISLAM suatu masa nanti!:)


Saturday, May 9, 2009

:: AKHIRNYA.....::

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Pelbagai dugaan, cabaran dan mehnah yang kami lalui untuk memohon kebenaran untuk pelajar USIM menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis dalam beberapa minggu yang lalu.

Impian ini tidak akan menjadi kenyataan jika tidak ada usaha sama daripada ikhwah akhawat USIM..Dan yang paling saya kagum adalah dengan semangat junior2 akhawat meyakinkan saya bahawa program ini akan diluluskan oleh TNC HEP akhirnya...Yang sebenarnya kalau diikutkan secara kasar memang takkan diluluskan.

Jazakumullahukhairan jaza' atas bantuan kalian yang merealisasikan impian kita semua. Yang penting kita kena usaha, lulus atau tidak adalah cerita kedua. yang penting kena jumpa sana sini panjat sana panjat sini korban sana korban sini...

ALLAHUAKBAR!

Dan akhirnya Allah membantu kami! Dapat kelulusan HEP & dapat bas.( kalau tak dapat bas...sewa bas la nampaknya..)

AKHIRNYA...julung2 kalinya kami sebagai penggerak pembina peringkat IPT dapat juga membawa kontinjen dari USIM....selama ni, kebanyakan program yang dianjurkan oleh pembina, tidak disertai pun oleh pelajar USIM...kecuali kami ajelah sebagai penggerak...teruk betul prestasi kami sebagai penggerak pembina...(Ya Allah..bimbinglah kami..)

-------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang saya dapat dalam program tersebut akan di post kan x lama lagi..kena update dulu ayat2 nya..
nanti tersalah faham...

ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

~Ku memerhati semakin lama, sinar mentari dakwah cuba menerobosi ruang udara di bumi USIm yang ku cintai ini~

Wednesday, May 6, 2009

......Dilema Seorang Anak.......

Hari ini, dah masuk hari ke 4 saya meninggalkan emak saya di kampung ditemani oleh kakak saya sekeluarga selepas pemergian arwah abang saya baru-baru ini. Kalau ikutkan hati, saya tak boleh biarkan emak saya keseorangan di kampung memandangkan saya adalah satu-satunya anak bongsu beliau untuk bersama-sama berkongsi rasa dan masalah.

Tapi tugas saya di sini (N9) sangat menuntut saya untuk berkorban masa, tenaga dan fikiran memandangkan keadaan di sini begitu amat2 memerlukan saya. (macamlah org penting sangat!perasan la tu).

Tapi itulah hakikatnya, dengan taklifat saya sebagai Biro Pembangunan Insan di Kolej juga tak kurang hebatnya menjadi penggerak untuk dakwah Islamiyyah di N9 benar2 membuat diri saya tersepit dengan status saya sebagai seorang anak.

Saya amat2 takut, dengan kesibukan saya di sini saya tidak sempat berbakti kepada emak saya itu....menjaga kebajikan beliau, makan minum beliau, kesihatan beliau, dan apae2 sahaja yang berkaitan dengan beliau.

Memang tidak dinafikan, ajal itu akan menjemput kita pada bila2 masa sahaja dan di mana sahaja kita berada....tapi saya tidak mahu menyesal dengan diri saya sendiri yang tidak pandai membahagikan masa antara keluarga dan dakwah. Yang pastinya kerja dakwah bukanlah masalahnya. Tapi yang menjadi punca masalahnya adalah diri saya sendiri...
yang masih belum dapat lagi menyempurnakan 10 Muwasofat Tarbiyyah....



Saturday, May 2, 2009

.:: PEMERGIAN MU TANPA KU DUGA ::.


yang tengah tu la arwah abg saya memakai baju putih~kali terakhir menyambut raya idilfitri di kampung
" mak ada tak mat? aku nak wish birthday mak ni..."

" mak da tidur la dik..kenape?? dah insaf ke...takpe-takpe..aku cadangkan kau beli kad hari jadi dan beritahu mak yang kau dah insaf tak jadi berhenti belajar.."

"kahkahkah..kahkah.."

Ini adalah slot perbualan yang terakhir antara saya dan arwah abang saya yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 24 April 2009 yang lalu.

Memang pemergiannya sangat mengejutkan saya. Saya ada mensyuarat pada waktu itu dan tak sedar ada beberapa panggilan yang menghubungi saya untuk memberitahu akan kematian abang saya (mamat).

Beliau meninggal dunia disebabkan oleh penyakit 'meningo encephalitis'. Maknanya radang otak.
Begitulah menurut pensyarah yang mengajar saya...Abang-abang saya yang lain pun tak sempat nak tanya pada doktor yang rawat beliau. Jadi saya pun tanya panda pensyarah saya yang mengajar saya Food Sciene.

Selepas pemergian beliau ni, memang tak dapat dinafikan sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan beliau pasti rasa seperti apa yang saya rasa sekarang..kosong..sepi..sunyi..Tapi yang paling berat menanggung semua ini adalah emak saya..Beliau tentunya lebih berpuluh kali ganda rasa sedih berbanding yang lain...

Memang benar.. JANJI ALLAH ITU PASTi...



Kematian adalah satu peringatan yang besar dan berat lebih-lebih lagi bila kita kehilangan orang yang tersayang..

Kuasa Allah tiada siapa yang dapat sekat..
Memang itulah takdirnya dan telah tertulis sejak azali..
Cuma kita sebagai yang hidup kena redha dan teruskan hidup untuk gapai redha Nya dan kembali ke SYURGANYA...

AL-FATIHAH....

UHIBBUKA FILLAH YA AHMAD SYARIFUDDIN~MOGA KITA SEMUA BERTEMU DI SYURGANYA~

~KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS~ 9 MEI 2009


Assalmualaikum wbt...

Buat sahabat-sahabat yang ada singgah di laman blog ini, marilah sama-sama kita meraikan dan meramaikan konvensyen tersebut!

Hanya RM 10..
sangat murah....

Marilah sama-sama kita korek dan cungkil apakah benar agenda mereka telah tamat?????

Atau ada makna yang tersirat di sebaliknya..

Jadi...

JUMPA di SANA!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...